Saturday 29 December 2012

Set B, Set Bajet Namun Tetap Hebat

Terasa hari ini semangat seakan berkobar-kobar nak update blog.  Semangat tahun baru agak nya ni. Saya pasti ramai ibu-ibu yang rajin membaca blog saya dah tahu ada 4 jenis set penyusuan bukan? Dan set paling boom dan paling mendapat sambutan  ialah set 3M,diikuti dengan Set E dan  Eu Four Set.

Friday 28 December 2012

Alfalfa Bantu Atasi Miss V Berbau Dan Dijangkiti Kulat

Urusan penjagaan mahkota wanita sangat berhubung rapat soal kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga. Sebenarnya Miss V ada kemampuan “auto cleansing” kerana adanya bakteria baik namun pada sesetengah wanita  ada juga yang masih tercium bau kurang enak. Inilah puncanya bermula masalah keputihan yang teruk.

Wednesday 26 December 2012

Uniknya Susu Ibu

Mungkin ramai yang anggap susu ibu, susu lembu, susu formula itu sama, betul? Semua haiwan mamalia menghasilkan susu dan semua anak mamalia menyusu. Manusia dalam kumpulan mamalia. Namun walaupun tergolong dalam spesis yang sama, setiap spesis menghasilkan susu unik tersendiri bagi memenuhi keperluan nutrisi anak.

Tuesday 25 December 2012

Penyimpanan, Mencairkan dan Memanaskan Susu Ibu

Penyimpanan susu secara teratur perlu dilakukan bagi memastikan kualiti susu ibu dikekalkan pada tahap maksimum. Untuk itu, pastikan setiap bekas penyimpan susu dibersihkan dengan sempurna . Labelkan setiap bekas susu mengikut tarikh dan masa perahan.

Sunday 23 December 2012

Jangan Ambil Mudah Hemoglobin (hB) Rendah Semasa Hamil



Kekurangan zat besi di dalam darah boleh menjejaskan kehamilan. Oleh kerana itulah, anda dinasihatkan untuk memeriksa tahap hB agar berada dalam keadaan yang normal sebelum merancang untuk hamil. Namun, jika masalah ini berlaku, anda perlulah menambah zat besi dalam badan dengan mengambil lebih banyak makanan yang mengandungi daging merah, sayuran hijau, bijirin, serat dan kekacang.

Saturday 22 December 2012

Hebatnya Kombinasi Milk Booster ESP+Alfalfa Terbaik!!

Jam telah menunjukkan pukul 2 pagi, Alhamdulillah minum ESP sebelum tidur tadi, bila bangun mudah dan  tak mengantuk. Buka lappy jap sebab nak update blog buat pembaca setia dan pelanggan tercinta Mama Batrisyia. Al maklumlah ada anak kecil ni siang payah nak buat kerja, so malam lah masa sesuai lepas baby tidur baru boleh buat kerja.


Thursday 20 December 2012

Ermm. Nampak Macam Tak Hamil, Tapi Sebenarnya Hamil!!



Sesungguhnya proses hamil selama 9 bulan sememangnya amat mengujakan dan suatu pengalaman baru buat ibu baru. Bagi yang bukan pertama kali hamil, pengalaman yang lalu mungkin mengajar ibu lebih bersedia. Pada ketika ini perubahan hormon akan berlaku dan mempengaruhi fizikal, emosi dan mental seorang wanita hamil itu.

Bayi Keliru Puting



Sekiranya tidak dapat menyusukan bayi terus dari payudara, ada beberapa pilihan kaedah yang boleh digunakan oleh ibu bagi mengelakkan anak keliru puting. Salah satu nya adalah pemberian botol. Namun selagi bayi yang berumur 4-6bulan, Ibu boleh memperkenalkan cawan latihan @ sippy cup.

Tuesday 18 December 2012

Ibu Menyusu ~Bolehkah Minum Kopi?~

Ibu yang menyusukan bayi perlu berpada-pada ketika mengambil minuman berkafein. Biasanya bayi yang berumur kurang dari enam bulan lebih  sensitif  terhadap pengambilan kafein oleh ibunya. Jika si ibu mengambil minuman berkafein, ia akan meresap masuk ke dalam aliran darah yang seterusnya meresap ke dalam susu badan. Sekiranya ambil kopi lebih kurang 4 cawan sehari, ia akan memberi kesan kepada bayi. Oleh itu si ibu tadi dinasihatkan untuk kurangkan pengambilan kafein ketika masih menyusukan bayi. Bukan tak boleh langsung tapi sila kurangkan saja.

Saturday 15 December 2012

Anak Kurang Menyusu Di Siang Hari Tetapi Lebih Kerap di Waktu Malam

Penting bagi ibu berkerjaya!

Bayi lebih kerap menyusu pada sebelah malam tetapi pada sebelah siang kurang menyusu apabila ditinggalkan dibawah jagaan pengasuh. Ini dinamakan “reverse cycling”.

Kulit Berseri Dan Muda Dengan ESP Protein

1/10 daripada protein di dalam badan  kita terdapat pada kulit. Ini merupakan salah satu sebab mengapa protein amat penting untuk kesihatan yang optimum. Satu lagi sebab yang lain protein merupakan sumber yang kaya dengan bahan pemulih kulit yang diperlukan seperti kolagen, agen pemutihan, pelembap semulajadi dan asid amino.

Tuesday 11 December 2012

Set Kesuburan Shaklee ~ Untuk Suami Isteri Yang Ingin Zuriat ~

Ramai wanita percaya nasib memainkan peranan dalam soal kesuburan. Saya ada terbaca satu artikel dalam surat khabar minggu lepas, 71% wanita percaya kesuburan  adalah ketentuan takdir dan 42% pula menyifatkan ketiadaan zuriat sebagai nasib tidak baik. Anda setuju kah?



Orang tidak bertanya berapa aset yang kita ada, kejayaan yang kita kecapi mahupun gelaran atau anugerah yang kita terima, tetapi lebih senang bertanya soalan yang menjurus kepada pertambahan bilangan ahli keluarga.
Tidak salah jika soalan itu ditanya  bagi mengetahui perkembangan terbaru. Namun jika soalan lebih mendalam ditanya, misalnya sebab mengapa tiada anak dan sudah berapa lama berkahwin atau tidak pergi berubat ke mungkin pertemuan yang diharapkan meninggalkan memori manis mejadi sedikit kelat dek kata-kata yang kurang memikirkan perasaan atau sensitiviti orang lain.

Saya akur memang lumrah soalan berapa jumlah anak paling lazim dikemukakan oleh individu yang sudah lama terputus hubungan atau baru berkenalan. Harus diingat, jika kita mengetahui keadaan seseorang, usah ditanya berulang kali kerana ia boleh meninggalkan perasaan pahit bak hempedu dalam jiwa seseorang.
Masalah paling besar di Malaysia yang mengekang wanita dinegara ini mendapatkan bantuan ialah kos tinggi yang dikaitkan dengan rawatan kesuburan. Bagi yang berkemampuan, banyak wang mungkin tiada masalah, berubat di luar negara pun pasti tiada masalah. Tetapi bagi yang ada masalah kewangan, menunggu lama untuk punya zuriat bukan kah ini amat menyedihkan.

Tidak ramai yang tahu, kadang-kadang hanya mengamalkan suplemen tertentu masalah kesuburan boleh diatasi. Walaupun ia tidak menjanjikan anda boleh hamil tetapi tidak kurang juga yang berjaya hamil kerana mengamalkan suplemen sahaja. Daripada hanya menunggu bulan jatuh ke riba, ambillah suplemen. Usaha dan doa harus dipraktikkan juga.

Testimoni:
Alhamdulillah, saya sangat bersyukur pelanggan nie berjaya hamil dalam masa 2 bulan mengamalkan vitamin Shaklee ni Masalah keputihan serta haid yang tidak teratur berjaya diatasi. Anugerah terbesar dari Allah swt ialah zuriat. Berkat doa beliau di makbulkan Allah swt.

Mama Batrisyia
TESTIMONI SUPLEMEN KESUBURAN SHAKLEE

Jom kita lihat testimoni ni.
 Apa yang diamalkan si isteri?
GLA  Complex - Menstabilkan hormon. Mengatur period agar teratur.
Alfalfa - Mengatasi masalah keputihan dan jangkitan kulat (boleh menjejaskan hubungan suami isteri)
Energizing Soy Protein (ESP protein) – Mengandungi  isoflavone, sangat penting untuk hormone wanita iaitu estrogen, menstabilkan hormon juga tingkatkan tenaga sewaktu bersama.
Vitamin B – Ia mengandungi folik acid. Bagus untuk pembentukan janin juga sistem reproduktif yang sihat. Kebiasaan bagi pasangan yang sedang mencuba untuk hamil, jika buat pemeriksaan , doktor akan beri folic acid.

Apa yang diamalkan si suami?
Zinc complex – Meningkatkan nafsu seks,  Meningkatkan hormon testosterone dan meningkatkan kiraan sperma. Sangat penting dalam kelanjar prostat.
Vitamin E – Melindungi juga menghasilkan sperma yang sihat dan aktif.

Justeru itu setelah berusaha, selebihnya kita bertawakal dan berserah pada Allah swt. Saya nasihatkan pada mana-mana pasangan yang sangat teringin menimang cahaya mata, buatlah pemeriksaan doktor. Pergilah bersama-sama pasangan, jangan pergi seorang saje tau.

Jom lihat SET KESUBURAN dan TESTIMONI lain. Sila KLIK.


Ingin dapatkan produk hebat ini? Hubungi:
CALL/SMS/ wsapp 017-6706342 (Azimah)
Emel: mamaBatrisyia82@gmail.com
PM FB: Azimah Su'ut
FB page: Mama Batrisyia e-shoppe
Area COD saya di kawasan UPM Serdang, Seri Kembangan, Bandar Baru Bangi, Kajang, Puchong, Putrajaya, Bukit Mahkota dan Kuala Lumpur (area Pavillion, Klcc, Bukit Bintang dan beberapa kwsn lain), Miri, Sarawak. Jika kawasan anda tiada dlm senarai, boleh hubungi dan maklumkan saya. 

Penafian: Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis,merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday 10 December 2012

Sekuat Mana Niat Ibu

Saya sebenarnya punya banyak cerita tentang penyusuan. Entry kali ini saya nak kongsi satu cerita. Pernah satu ketika saya ke sebuah Pusat Kesihatan, sementara menunggu nama dipanggil saya duduk lah sebelah seorang makcik umurnya lebih kurang lewat 50an. Tiada kawan untuk diajak bersembang, maka sembang lah dengan makcik sorang nih.

Saturday 8 December 2012

Uniknya Susu Ibu lawan Susu Formula

Susu ibu mengandungi antibodi dan imuniti, dan dapat membantu melawan jangkitan. Selain daripada kualiti meningkatkan imuniti, susu ibu berubah komposisinya bergantung kepada keperluan bayi. Susu formula kekal sama tanpa mengira keperluan bayi tersebut. Mengapakah demikian?

Tiada “selera” dan "dingin" (18sx)

Menyerikan kebahagiaan rumah tangga adalah satu cabaran yang amat besar, lebih-lebih lagi jika pasangan suami isteri itu sudah berkahwin agak lama.Dalam keadaan ini, bukan sesuatu yang mengejutkan sekiranya pasangan terbabit sudah hilang rangsangan mengadakan hubungan kelamin, dalam bahasa mudahnya, hubungan mereka sudah mulai dingin.


Thursday 6 December 2012

Benarkah Susu Kelihatan Cair Petanda Susu Makin Kurang?

Susu ibu cair adalah petanda susu makin berkurangan? Tidak benar sama sekali. Hakikatnya susu ibu tidaklah sama dengan susu formula. Susu ibu memang kelihatan agar cair tetapi tidak bermakna ia kurang bernutrisi, malah susu ibu yang dibekukan dan dicairkan jauh lebih baik dari susu formula walaupun kandungan nutrisi nya sedikit terjejas akibat proses pembekuan. Susu Ibu sudah cukup sempurna.

Jangan Sesekali Berkata TIDAK CUKUP SUSU

Ia amat mudah kalau kita rasa mudah, ia kan jadi susah kalau kita fikir susah. Saya tahu tidak semua Ibu merasakan penyusuan itu menyenangkan. Kadangkala ada Ibu dan bayi yang bergelut dengan penyusuan dan kadang kala bukan mudah untuk konsisten dalam jadual perahan bagi ibu yang bekerjaya. Selepas setahun bergelut dengan aktiviti penyusuan yang semestinya saya tidak punya  pengalaman dahulu akhirnya saya  berjaya jua kekalkan penyusuan sehingga kini. Hari ini saya update entri yang ini, Iman dah pun berusia 2 tahun 5 bulan.

Wednesday 5 December 2012

Jadikan Saat Berpantang Sesuatu Yang Mudah

Berpantang bukan sahaja melibatkan kesihatan, bahkan ia sering dikaitkan dengan amalan pemakanan. Ini kerana dalam tempoh berpantang, badan kita masih lemah malah sakit ketika bersalin masih belum reda sepenuhnya. Jika kita ikut amalan tradisional masyarakat melayu, ibu-ibu lazimnya diberikan makanan yang mampu mendatangkan sumber darah di dalam badan, misalnya limpa dan hati. Ia bagi menggantikan darah yang banyak hilang semasa proses kelahiran berlangsung.

Sunday 2 December 2012

Sungguh Hebat, 54oz Susu Perahan Dalam Masa 10jam

Berpisah dengan bayi buat sementara waktu bukan bererti anda harus berhenti menyusui bayi. Atas sebab apa sekalipun, apabila anda tidak dapat atau tidak mahu menyusui bayi buat sementara waktu, TETAPI perlu mengekalkan bekalan samaada memberikan bayi pada masa itu atau kemudian, anda perlu perah susu lebih kurang sama bilangan kalinya dengan bilangan penyusuan.

Sunday 25 November 2012

Hilang 20kg Dalam Masa 2 Bulan, Penyusuan Meriah, Kulit Cantik. Apa Rahsianya?

Masalah menurunkan berat badan ketika pasca melahirkan merupakan masalah yang paling banyak di keluhkan oleh wanita, khususnya yang melahirkan secara caesar. Seperti kita ketahui sewaktu pasca melahirkan banyak wanita yang sukar untuk mendapatkan berat ideal seperti sebelum mereka melahirkan, masalah ini cukup memberi tekanan pada wanita yang baru selesai melahirkan.
 

Saturday 24 November 2012

Ingin Botox? Tunggu Dulu!

"You, apa rahsianya mukanya kelihatan lebih muda ni?'
"Iya, I kan minggu lepas baru je suntik botox. Ni, lihat, kedut-kedut dah hilang, kan?"
Anda pernah tertarik hendak memakai botox? Anda akan berubah fikiran setelah membaca artikel ini.

Friday 23 November 2012

Hari Pertama Dengan ESP, Kilang Susu Berdenyut-denyut, Pam Dapat 5oz

Ramai mengadu susu badan yang dulu memancut-mancut kini semakin kurang penghasilannya. Selalunya pam susu yang pertama tu susu sangatlah meriah. Bila sy tanya semula cmne aktiviti penyusuan rupanya hanya bergantung pada aktiviti pam je. Direct feed tak sangat. Inilah puncanya susu kian merudum.

Wednesday 21 November 2012

Permulaan Yang Mengujakan, 10oz Dengan SET B

Setiap hari saya pasti akan terima soalan dari ibu menyusu yang menghadapi masalah susu merudum.
Tolong… saya hadapi masalah yang sangat membingungkan di mana penghasilan susu badan saya tak maintain. Sekejap ok, sekejap tak ok. Bila tak ok tu pam pun dapat 2-3oz je. Kadangkala milk supply sangat ok. Rasa sangat tertekan dengan situasi turun

Monday 19 November 2012

Ikan Baik Untuk Jantung Bantu Perlahankan Pemendapan Kolesterol

Masalah berlebihan kolesterol atau hypercholesterolemia menjadi satu isu kesihatan di zaman moden ini. Pelbagai jenis ubat dicipta untuk mengurangkan paras kolesterol darah. Tetapi ironinya masalah ini masih lagi membelenggu masyarakat kita dan statistic kematian akibat serangan jantung terus meningkat dari tahun ke tahun.

Sunday 18 November 2012

Tanpa 3M Dapat 10oz Sehari, TETAPI Dengan 3M Dapat 28oz Sehari

Tingkatkan penghasilan susu dengan “POWER PUMPING” Bagaimana caranya untuk aplikasikan teknik power pumping dalam penyusuan. Berjayakan teknik ini untuk hasilkan susu yang meriah?

Sebelum Ibu mulakan Power Pumping bagi saya ada dua perkara yang perlu Ibu adakan.


Saturday 17 November 2012

Tiada Yang Mustahil Dapat 12oz Susu Semasa Period

Seorang rakan saya bertanya nape waktu period je, berlaku perubahan pada produksi susu di mana di hari biasa dia dapat perah susu 8-10oz sekali sesi tetapi bila period hanya dapat lebih kurang 4-5oz je sekali sesi. Nape jadi cmni ye?

Thursday 15 November 2012

Hasil Tuaian yang Konsisten Mampu Hasilkan 19oz

Saya sangat menggalakkan penyusuan susu ibu sebanyak yang mungkin kerana saya sangat mengalakkan penyusuan ibu. Saya prihatin terhadap penyusuan ibu bukan semata-mata sebab business,tetapi kerana saya mahu mengalakkan para Ibu menyusukan bayi.

Wednesday 14 November 2012

Keperluan Penyusuan Ikut Usia

Jangan khuatir apabila susu ibu yang keluar setelah melahirkan tidak seberapa jumlahnya. Biar berapa pun yang mampu Ibu hasilkan, itulah kuantiti tepat yang diperlukan oleh bayi. Seiring pertambahan usianya, jumlah susu ibu akan bertambah mengikut keperluannya.
 

Anak Derita Asma



Seorang ibu bertanya anak  telah disahkan asma dan perlu gunakan pam setiap hari. Adakah masalah asma ini menyebabkan badan anak jadi  lemah dan mudah dijangkiti penyakt seperti batuk, selsema dan sebagainya? Apakah cara lain cegah dari sentiasa berulang.
 

Tuesday 13 November 2012

Sayangi Anugerahmu


Saya baru setahun jagung bergelar ibu namun wawasan saya inginkan penyusuan ekslusif buat bayi sulung saya.Mari ikuti rahsi saya.

Sebelum bergelar Ibu saya mengaku lepas habis kerja kadang-kadang boleh menyinggah ke mana-mana, gi Alamanda, gi Jusco atau pun jumpa kawan. Tapi sejak ada buah hati tersayang, macam ada magnet pula yang menarik suruh balik cepat lepas habis kerja. Tak sabar tau nak balik rumah cepat nak peluk-peluk , nak cakap-cakap dengan baby. Giler seronok.

Monday 12 November 2012

Mengapa Pentingnya Rangsangan?

Seperti yang Ibu sedia maklum, payudara perlu mendapat lebih banyak rangsangan daripada bayi bagi meningkatkan penghasilan susu. Selanjutnya Ibu perlu lakukan beberapa perkara penting lain dalam usaha membuahkan hasil seperti yang diimpikan seperti kerap menyusu. Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap tiga jam pada siang hari.

Saturday 10 November 2012

Checklist !! Nak Berjaya Dalam Penyusuan

Saya ambil contoh mudah seorang ibu yang punya seorang anak umur 4 bulan yang bercadang nak susukan bayi sehingga paling kurang pun 1 tahun. Sebelum ini ambil suplemen prenatal dan sekarang hampir habis vitamin nya. Adakah patut si ibu dapatkan lagi suplemen itu? Diet harian si ibu tak lah “perfect” , 3kali sehari ditambah dengan snek yang tak berkhasiat. Patutkah ambil suplemen semasa penyusuan? Tak perlu pun takpe kan?

Friday 9 November 2012

Susu Ibu Seperti Air Laut, Ada Pasang dan Surutnya

Entri kali ini mari kita explore beberapa sebab musabah terhasilnya susu yang sedikit atau “low milk production”. Entri kali ini merupakan salah satu bahagian yang agak menarik dalam topik penyusuan kerana mencari jawapan memerlukan kita tahu apakah yang berlaku supaya Ibu dapat hasilkan lebih banyak susu.

 

Tuesday 6 November 2012

Terpaksa Berjalan Pakai Tongkat Sebab Sakit Pinggang & Sendi Lulut

Minggu lepas masa jalan-jalan kat Tesco Kajang saya bertemu dengan seorang rakan lama, sama bekerja dengan saya dulu masa kat tempat kerja lama. Berbual punya berbual saya bertanyakan keadaan ibunya yang dulu  sering saja jumpa doktor  kat klinik tempat kami berkerja sebab sakit sendi. Dia cerita pada saya yang ibunya tak lagi menjahit pakaian akibat dari sakit sendi itulah sampai ibunya nak lipat kaki pun seksa.

Monday 5 November 2012

Titisan Ajaib Buat Bayi Pramatang

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, walaupun masih berada dibilik bersalin, segera berikan susu ibu kepada bayi. Hisapan susu ibu yang pertama ini amat berkhasiat untuk bayi yang baru lahir. Sejam pertama penting untuk merangsang penghasilan susu.

Bagi bayi yang dilahirkan normal, teruskan memberikan susu ibu kepadanya. Kolustrum yang berwarna kuning yang kaya dengan antibody amat diperlukan oleh bayi.

Saturday 3 November 2012

Rahsia Kulit Kencang dan Terawat

Banyak yang berpendapat, perempuan paling takut pada perubahan fizik. Salah satu masalah yang menjadi musuh kaum perempuan adalah kerut dan kedut yang disebabkan oleh faktor penuaan. Padahal sebenarnya kerut dan kedut tidak hanya kelihatan di wajah, tetapi juga pada kulit tubuh.
Kelembapan kulit di tubuh dan di wajah berbeza. Wajah memiliki kelenjar-kelenjar yang mengeluarkan minyak lebih banyak jika dibandingkan dengan di badan.

Thursday 1 November 2012

Apa itu sperma sihat?

Berkahwin  dan memiliki keturunan yang sihat memang menjadi dambaan sebahagian besar pasangan berkahwin. Setiap pasangan di dunia ini menganut fahaman bahwa berkahwin dengan tujuan memiliki keturunan adalah harus.
Masalah memiliki keturunan tidak hanya meliputi kesihatan si calon ibu saja tetapi faktor calon si ayah juga memainkan peranan yang sangat penting. Yang menjadi isu di sini adalah apakah sperma lelaki cukup sihat untuk mensenyawakan sel telur?

Tuesday 30 October 2012

Saya Menginginkan Penyusuan Ekslusif. Anda Bagaimana?

Penyusuan bayi secara ekslusif bermaksud penyusuan secara ekslusif di mana hanya menyusu susu ibu tanpa makanan atau minuman lain selama enam bulan pertama. Penyusuan ekslusif ini sangat penting bagi memastikan kesejahteraan ibu dan bayi secara mental dan fizikal.

Saturday 27 October 2012

Teknik Mengepam Untuk Hasil Yang Optimum

Bagi mendapatkan hasil yang optimum setiap kali pam susu, ada perkara yang perlu dititikberatkan sebelum memulakan sesi mengepam. Ramai yang tak puas hati setiap kali pam dapat 3oz-5oz sahaja. Jangan begitu sekurangnya Ibu patut bersyukur dari takde langsung kan. Bila dikumpulkan hasil yang Ibu anggap sedikit itu akan jadi banyak.Sekarang saya ingin kongsi tips bagaimana Ibu boleh tingkatkan hasil  perahan lebih dari biasa.

Friday 26 October 2012

Hasilkan Rezeki Meriah,Sedap dan Pekat Dengan ESP, Memang Berbaloi

Kawan-kawan datang rumah ramai yang tanya bagaimana saya dapat maintain penyusuan sehingga kini. sedangkan ini anak pertama saya. Jawab saya, semua ibu boleh maintain penyusuan asal saja rajin, kuat semangat dan inginkan terbaik buat si manja. Saya juga gemar mencari Ilmu tentang penyusuan kerana sebelum ini saya memang apa pun tak tahu. Tetapi kini breastfeeding adalah jiwa saya.

Tips Simpan Stok Perahan Sewaktu Berpantang

Susu ibu sangat unik dan merupakan minuman penuh azimat yang dapat melindungi bayi daripada sebarang penyakit dan serangan jangkitan. Susu ibu adalah makanan semulajadi yang dianugerahkan khusus untuk bayi. Susu ciptaan Ilahi ini sememangnya memenuhi khasiat yang cukup untuk tumbesaran anak.

Sunday 21 October 2012

Tips Supaya Susu Sentiasa Meriah Ketika Berpuasa


Jadual pemakanan teratur yang berkesan yang mementingkan pengambilan makanan berkhasiat perlu diamalkan oleh ibu menyusu sepanjang masa terutama ketika berpuasa.

Amalan bersahur menjadi kemestian bagi ibu-ibu menyusu. Ini kerana sekiranya berpuasa tanpa pengambilan sahur yang betul ia boleh memungkin kan anda mengalami gejala hipoglisemia (kekurangan gula badan) dan air susu merudum.


Saturday 20 October 2012

Hukum Menyusukan Anak Angkat

Agama Islam sangat menggalakkan setiap ibu yang melahirkan anak untuk enyusukan sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya mereka mampu berbuat demikian. Namun begitu, Islam juga membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut dengan bantuan perubatan.

Thursday 18 October 2012

Psttt.. Situasi Yang Menakutkan. Kejap Kurus, Kejap Gemuk Semula

DIET yang sihat adalah amalan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Pengambilan pelbagai jenis makanan perlu bagi memastikan kesemua nutrien yang berguna dapat diambil bagi memastikan badan menyerap segala khasiat-khasiat tersebut.

Memang tidak dinafikan dengan melakukan DIET yang betul, ia mampu mengembalikan bentuk badan yang langsing serta menyerikan wajah dengan cara yang lebih semulajadi.

Friday 12 October 2012

Berpantang. Moden vs Tradisional



Wanita yang baru sahaja bersalin akan melalui proses berpantang selepas melahirkan anak. Di Malaysia amnya, wanita akan melalui proses tersebut dengan amalan berpantang yang tersendiri sama ada melalui cara moden atau tradisional.
Biasanya tempoh yang disarankan adalah 44hari atau 6 minggu. Ketika waktu tersebut tubuh wanita berada dalam perubahan hormone dan amat senang dijangkiti kuman jika diabaikan penjagaannya. Berpantang juga dapat mengembalikan bentuk badan ibu seperti sebelum hamil.

Wednesday 10 October 2012

Sembelit Sewaktu Hamil dan Berpantang, Anda Khuatir?

Sembelit adalah masalah yang melanda ramai wanita hamil.  Masalah buasir juga kerap berlaku ketika rahim semakin berat dengan janin yang makin membesar. Apabila melahirkan anak, ketika meneran, buasir akan bertambah teruk sehingga ada yang terkeluar dan tidak dapat dimasukkan semula ke dalam.

Tuesday 9 October 2012

Dari Rahim Wanita

Wanita telah dicipta dengan keistimewaan di mana di dalam anggota badannya mempunyai rahim yang berfungsi untuk membolehkan wanita mengandung dan melahirkan bayi. Organ peranakan tersebut menjadi tempat tinggal selama 9 bulan janin berkembang menjadi bayi sebelum lahir ke dunia.

Sunday 7 October 2012

Babymoon

Penyusuan bayi untuk dua minggu pertama boleh dikatakan ibarat bulan madu buat si ibu dan si manja sejurus ia dilahirkan di mana bayi adalah  fokus utama si ibu buat si kecil. Di waktu inilah ibu-ibu fokus untuk mengenal bayi dan kehendak bayi dengan beri tumpuan yang lebih dan penuh tanggungjawab. Di waktu ini gangguan dari pelbagai pihak haruslah seminimum yang mungkin. Di barat, ia digelar “Babymoon”


Saturday 6 October 2012

Sembelit Buat Anak Fobia Membuang Air Besar

SEMBELIT bermaksud perkumuhan usus yang sukar atau menyakitkan dan tidak kerap. Ia adalah normal bagi kanak-kanak, namun ia adalah situasi sementara dan ibu bapa tidak perlu bimbang. Apabila kanak-kanak tidak mengambil fiber atau serat yang secukupnya, kurang meminum air atau kurang bersenam, sembelit mungkin akan berlaku.

Monday 1 October 2012

Kolostrum dan Kehamilan

Bercadang ingin hamil kembali dalam masa terdekat tetapi masih punya anak yang masih menyusu badan. Adakah kehamilan akan mengurangkan kuantiti kolostrum setelah bersalin?

Kehamilan tidak menjadi masalah dan halangan untuk meneruskan penyusuan sepanjang tempoh kehamilan. Malah apabila bayi lahir , masih boleh menyusukan anak yang masih menyusu itu. Ia dipanggil tandem nursing. Penyusuan ketika hamil adalah normal tetapi harus diingatkan agar mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang sepanjang tempoh kehamilan.

Saturday 29 September 2012

Ayuh Berpantang Pikat Kembali Hati Suami


Rawatan berpantang mesti diamalkan oleh ibu selepas bersalin untik kesihatan jangka panjang. Tidak semua orang masih mempunyai ibu untuk menolong penjagaan semasa dalam pantang atau mampu mengambil confinement lady ke rumah.

Friday 28 September 2012

Langsing Tanpa Jejaskan Produksi Susu Badan

Tampil menawan dengan tubuh lansing adalah  dambaan setiap ibu,khususnya yang baru bersalin. Meskipun  menyusui bayi secara ekslusif selama 4-6 bulan dapat mengembalikan berat badan ideal ibu seperti sebelum melahirkan, banyak ibu tidak percaya hal ini. Untuk mengatur makan atau mengurangkan berat badan pun ibu sering tak sanggup sebab khuatir mengganggu produksi susu badan. Latihan atau olahraga saja bukan serta merta dapat mengembalikan berat badan seperti sebelum hamil.

Ketahui Masalah Bayi Sepanjang Penyusuan



Meskipun Ibu ditakdirkan untuk menyusui, namun selalu saja ada masalah yang muncul saat Ibu menyusui bayi. Jangan khuatir dan menyerah sebaliknya bertenang.
Walaupun bayi sudah memiliki refleks menghisap puting payudara ibu sejak lahir, namun pada awalnya mungkin sukar ia lakukan. Bayi Ibu memang belum terbiasa. Kadang-kadang, kesulitan pemberian  susu ibu disebabkan oleh faktor medik yang dapat mempengaruhi selera makan bayi atau proses penyerapan makanan dan nutrisi. 

Thursday 27 September 2012

Tips Menangani Anak Sulit Makan


Masalah sulit makan ini dialami anak di usia bayi. Umumnya mulai ditemui pada usia anak 1-4 tahun.. Banyak hal yang menyebabkan anak susah makan kerana bagi anak, saat makan itu bukan hanya memenuhkan gizi tetapi juga saat penuh dengan rasa ingin tahu, berlatih, belajar, dan sebagainya.

Tuesday 25 September 2012

Jangan Ambil Mudah Jika Anak Kurang Zat


Saya pasti mungkin ibubapa pernah mengalami beberapa atau bahkan mungkin semua hal dibawah ini:

  • Bingung dalam menyiapkan makanan buat anak anda dari hari ke hari?
  • Kurang mengetahui bahan makanan apa yang sesuai dengan usia anak  anda?
  • Kurang yakin adakah menu makanan si kecil sudah memenuhi keperluan gizinya?
  • Mulai menyedari bahawa jika si kecil susah sangat dan cerewet sangat makan boleh menjadikan ia bosan sebab asyik  menu yang sama  je  kan?

Friday 21 September 2012

Children's Health "Start Early And Start With The Best"

Memiliki buah hati adalah dambaan setiap ibu bapa, namun tentunya sudah pasti merupakan tanggung jawab kita untuk memberikan yang terbaik buat anak kita. Begitu juga dalam hal yang paling utama, iaitu memberinya makan makanan berkhasiat yang mampu membina sistem imuniti tubuh serta meransang aktiviti otak.

Saya percaya melalui makanan yang berkhasiat dapat menjadikan anak-anak lebih fokus kepada sesuatu perkara , kurang letih (sentiasa bertenaga),meningkatkan daya ingatan dan keupayaan pembelajaran, menggalakkan tidur yang sempurna serta membaiki emosi kanak-kanak yang kadang kala memberontak.

Thursday 20 September 2012

Berkat Doa,Kesabaran dan Bantuan SET Penyusuan 3M

Selama ini susu ibu  ialah susu terbaik buat bayi. Ia juga dikenali sebagai imun tubuh yang paling terbaik buat bayi baru lahir. Selain kebaikan buat bayi ,ibu juga dapat keuntungan nya dari pemberian susu ibu tersebut pada bayi. Antaranya mengurangkan risiko terkena kanser payudara, kanser rahim serta mengembalikan bentuk tubuh si ibu setelah melahirkan.

Friday 14 September 2012

Penyakit Pertama Si Buah Hati

Di tahun pertama, bayi normal umumnya sihat-sihat sahaja. Kalaupun ia sakit, hampir semua penyakitnya lazim dialami bayi pada masa itu, misalnya alergi, batuk, selsema, infeksi telinga, atau ruam lampin. Sakit pertama yang diderita bayi biasanya membuat orang tua cemas. Mengenali gejala penyakit sangat membantu memutuskan tindakan yang tepat pada waktu yang tepat.

Kehamilan, Proses Mempersiapkan Keturunan yang Sempuna

Apa yang perlu diperhatikan pada masa kehamilan?
Nutrisi yang bagus membantu wanita menyiapkan tubuhnya untuk menjadi seorang ibu kerana proses kompleks yang terjadi selama masa kehamilan memerlukan  banyak protein, vitamin dan mineral untuk ibu dan bayi. Jika tubuh ibu sudah mempunyai simpanan nutrisi jauh beberapa bulan atau tahun sebelum masa kehamilan, keperluan nutrisi dapat ditutupi dengan pola makan yang sederhana. Tetapi jika simpanan nutrisi lebih rendah pada masa kehamilan, maka ibu hamil mempunyai risiko yang cukup besar seperti amnesia dan kesulitan kehamilan.

Bercinta Saat Kehamilan

Berhubungan seks di masa kehamilan memicu banyak pertanyaan di sebaliknya, meskipun secara perubatan berhubungan seks selama hamil bukan hal yang mengelirukan, namun tak ada salahnya meneliti beberapa maklumat seks di masa kehamilan.
 
Seorang wanita sihat dengan kehamilan normal boleh terus berhubungan seks sampai usia kandungannya mencapai sembilan bulan tanpa perlu takut membahayakan diri sendiri ataupun janinnya.

Monday 10 September 2012

Jangan Panik Bila Bayi Baru Lahir Terkena Jaundice/ Kuning

Bayi kuning  terjadi pada semua bayi berusia 2-7 hari. Biasanya bayi yang menghadapi gejala kuning dapat dilihat  dari kulit atau bahagian putih matanya yang berubah menjadi kuning, ini diakibatkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah bayi.

Pada kebiasaannya, kebanyakan bayi baru lahir dibawa ke klinik kerana penyakit kuning. Neonatal jaundice atau bayi kuning boleh mencecah sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran. Dan pada kebiasaannya bayi ini menjadi kuning pada hari ke 3 selepas lahir dan semakin hilang selepas beberapa hari.

Shaklee Advanced Joint Health Jaga Kesihatan Sendi

Bagi jutaan individu yang mempunyai ketidakselesaan sendi, aktiviti biasa seperti membengkok, duduk dan berjalan dirasakan begitu mencabar. Bukan itu sahaja, ia juga boleh mengakibatkan kualiti hidup terjejas dan menghalang anda daripada melakukan aktiviti yang digemari

Jangan biarkan sakit sendi menghalang kita dari bergiat aktif. Pencegahan di peringkat awal boleh menjadikan sendi sihat biarpun di usia yang semakin yang meningkat. namun begitu sama ada anda menghadapi sakit sendi atau tidak, adalah penting bagi mengambil nutrien yang tepat bagi kesihatan sendi.

Saturday 8 September 2012

3 Bulan, Kulit Lebih Cerah, Kesan Parut Pudar, Kulit Tak Berminyak, Jerawat Beransur Hilang

Dunia kecantikan memang sinonim dengan kaum wanita, tetapi kini kaum lelaki juga berebut-rebut ingin mencantikkan wajah dan tubuh badan. Mencantikkan diri memang amalan yang sihat dan baik. Wajah adalah pandangan pertama orang pada kita, kulit yang bersih dan tanpa cela bisa membuat orang yang melihat berasa kagum dan semestinya terdetik di dalam hati mereka, Bersihnya kulit dia, produk apa lah agak nya dia pakai. Kalau tak kenal memang segan lah nak tanya kan.

Monday 3 September 2012

Tampil Lebih Muda Dan Menawan Dengan Shaklee Collagen Powder

Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia. Ia menyumbangkan kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat. Paras kolagen yang tinggi menyerlahkan tubuh yang sihat dan menampilkan wajah yang lebih muda.
Malangnya semakin meningkat usia,kolagen di dalam badan akan semakin berkurangan. Tetapi jangan bimbang, kemerosotan semulajadi ini boleh dibaikpulihkan melalui makanan tambahan. Pengambilan makanan tambahan secara tetap dapat mengantikan kolagen yang hilang.

Wednesday 29 August 2012

Tanda-tanda Bayi Tidak Mendapat Susu Secukupnya

Kadang kala kekerapan bayi menyusu tidak bererti bayi itu sentiasa kenyang kerana kekerapan nya menyusu menyebabkan kita fikir bayi mendapat susu yang cukup. Ketahui tanda-tanda bayi tidak mendapat susu yang secukupnya dari si ibu.
  • Bayi  tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.
  • Payu dara tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan. Selepas penyusuan payudara cenderung menjadi lebih ringan.
  • Bayi meragam atau sering letih.

Meransang Pengeluaran Susu di Akhir Minggu Kehamilan

Semasa minggu-minggu terakhir kehamilan yakni minggu 37-38 kehamilan, sebarang rangsangan pada payudara akan menyediakan payudara supaya mengeluarkan susu. Namun ibu perlu bertenang dulu, baru susu akan keluar. Susu tetap tak akan keluar selagi sekitar bising, keadan hiruk-pikuk, fikiran ibu terganggu dan ibu tak mampu bertenang. Rangsangan sebenar hanya berlaku bila ibu benar-benar bertenang, bukan mengalami stres. Ketenangan ini terhasil apabila suasana tenang dan ibu hanya memikir tentang bayinya akan menghisap susu kelak. Maka otaknya akan sampaikan 1 mesej pada payudaranya supaya mengeluarkan susu. Ini dipanggil "let down reflex" dan boleh berlaku jika ibu benar-benar bersedia walaupun bayi belum lahir.

Monday 27 August 2012

Anda Selepas Bersalin

Sesungguhnya, amalan-amalan pantang adalah satu proses menyeluruh, bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekal minat suami kepada isteri. Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita  masih tekun dan rela mengikut tradisi ini.

Risau Menu Apa Yang Boleh Diambil Sewaktu Berpantang?


Masa pantang ada banyak yang kita boleh makan dan minum. Makanan yang boleh dimakan terdiri daripada semua yang kita biasa makan seharian semasa mengandung atau tak mengandung, cuma kita kurangkan makanan berminyak iaitu bergoreng dan berempah dan pedas-pedas kerana bayi akan cirit tapi bagi sesetengah bayi sahaja .Kita boleh makan mee, bihun, nasi lemak yang kurang lemak, nasi beriyani yang kurang rempah, nasi ayam dan nasi goreng yang kurang berminyak.

Bagi lauk, kita boleh makan protein seperti daging, ayam, kambing, ayam belanda, burung unta, arnab, rusa dan itik dalam bentuk kari yang kurang rempah dan  minyak. Boleh juga panggang, goreng (tekap buang minyak berlebihan).

Thursday 16 August 2012

Pemulihan Kulit Dengan Vitamin E


Vitamin E dianggap sejenis vitamin berkeupayaan memberi pelindungan kepada kulit. Ia kerap dicampurkan bersama pelindung sinaran matahari, krim malam, pelembap dan sebagainya.Vitamin E adalah bahan penting dalam rawatan kulit kerana :-

  • KEUPAYAANYA MEMPERLAHANKAN PEMBENTUKAN TANDA PENUAAN dan 
  • DEGENERASI SEL KULIT. 
  • MEMPERCEPATKAN PEYEMBUHAN DAN PEMBENTUKAN SALURAN DARAH
  • KEKERINGAN KULIT

Wednesday 15 August 2012

Perlukah PENGELUPASAN KULIT?

Vitamin ditakrifkan sebagai sekumpulan bahan organik yang diperlukan dalam jumlah yang sedikit untuk menghasilkan tindak balas tertentu bagi membolehkan aktiviti dalam sel dan untuk sel hidup secara normal dan sihat. Bukan hanya tubuh badan perlukan vitamin tetapi juga kulit perlukan vitamin untuk  untuk pemeliharaan dan pemuliharaan agar kelihatan segar dan sihat.

Antara jenis vitamin yang lazimnya diperlukan kulit yang sihat ialah vitamin A, Pro vitamin B5, E dan C. Vitamin bukan sekadar untuk kesihatan kulit tetapi juga diperlukan kulit yang cedera dan perubahan yang dilakukan secara mendadak pada kulit  sebagai contoh PENGELUPASAN.

Tuesday 14 August 2012

Jangkitan Kudis Buta atau Scabies Pada Bayi dan Orang Dewasa


Bayi dan kanak-kanak mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit kerana sistem imuniti tubuh masih lagi belum kuat untuk melawan penyakit. Tidak lupa juga jangkitan penyakit kulit berjangkit tidak asing bagi bayi dan kanak-kanak, tidak terkecuali golongan dewasa.

Hari ini saya menulis tentang kudis buta atau scabies setelah mendapat panggilan dari seorang rakan mengatakan anaknya terkena jangkitan kudis buta. Mula-mula saya ingatkan mungkin kurap susu kerana anaknya menyusu susu badan.Tetapi katanya tidak. Dan saya sarankan kalau dah teruk sangat silalah berjumpa dengan doktor pakar kulit kerana kudis buta akan berlarutan kerana kudis buta disebabkan oleh sejenis  hama yang menyebabkan kulit menjadi gatal- gatal. Kudis buta dikenali sebagai scabies.Kudis buta boleh naik bila-bila dan di mana sahaja pada tubuh bayi dan kanak-kanak.

Keistimewaan Soy Protein Isolated Powder /Energizing Soy Protein (ESP) sehingga digemari ramai

Energizing Soy Protein (ESP)  kini berwajah baru. Juga kini dikenali sebagai Soy Protein Isolate Powder.

ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. Sesiapa sahaja boleh mengambil ESP tidak kira lelaki atau perempuan.
 

Monday 13 August 2012

Makanan Tunggal Dan Terpenting : Nutrition For Everyone

Apa yang anda fikir  apabila anda mendengar perkataan protein?  Tahu kah anda  kebanyakan kita makan protein lebih daripada kita perlu. Protein terdapat dalam kebanyakan makanan yang kita makan secara teratur. Entri ini akan membantu kita mengetahui lebih lanjut mengenai protein.

Mungkin anda mencari maklumat tentang :-
Makanan apa yang mempunyai protein dan apa yang berlaku apabila kita makan protein lebih banyak daripada apa yang kita perlu.
Apakah protein?
Apakah jenis protein?
Berapa banyak protein yang saya perlukan?

Apakah protein?
Protein adalah sebahagian daripada setiap sel, tisu dan organ dalam badan kita. Protein dalam badan sentiasa dipecahkan dan digantikan. Protein dalam makanan yang kita makan dicerna ke dalam asid amino yang kemudiannya digunakan untuk menggantikan protein dalam badan kita. Protein dijumpai dalam makanan berikut:
• daging, ayam, dan ikan
• kekacang (kacang dan kacang pea kering)
• tauhu
• telur
• kacang dan benih
• Susu dan produk susu
• bijian, sesetengah sayur-sayuran, dan beberapa buah-buahan (hanya dalam jumlah yang kecil)

Apakah jenis protein?
Protein terdiri daripada asid amino. Cuba anda bayangkan asid amino sebagai blok bangunan. Terdapat 22 asid amino yang berbeza yang bergabung bersama-sama untuk membentuk semua jenis protein dalam berbagai cara. Beberapa asid amino ini tidak boleh dibuat oleh badan kita, jadi ini dikenali sebagai asid amino PERLU. (Essential)

TIDAK PERLU (Non Essential) - Ada 13 jenis asid amino. Boleh dibuat oleh badan kita selain dari 9 amino asid yang PERLU tadi.


Protein lengkap vs Protein tidak lengkap

1. Protein lengkap - Jika suatu makanan mengandungi semua asid amino perlu dalam jumlah yang betul untuk menyokong kesihatan sempurna maka makanan tersebut dinamakan "Protein Lengkap". Ia mengandungi nilai biologi yang tertinggi bagi tubuh kerana ia boleh digunakan dengan paling berkesan.

2. Protein Tidak Lengkap - Jika suatu makanan kekurangan mana-mana amino asid perlu (essential) ia dinamakan Protein Tidak Lengkap. Tidak mengandungi sebanyak nilai biologi.





Ada 2 kumpulan protein
1. Kelas 1 - terdiri dari jenis makanan yang berasal daripada haiwan, daging, ikan, ayam , susu, telur. Di anggap lengkap tetapi % kandungan protein terhad kerana bersamanya banyak kandungan lemak & kolesterol

2. Kelas 2 - daripada tumbuh tumbuhan iaitu kekacang dan biji-bijian. Tidak lengkap.
Tertanya-tanya berapa banyak protein diperlukan sehari?  Secara umum, ia disyorkan bahawa 10-35% daripada kalori harian anda datang daripada protein.

Contoh makanan yang terdapat protein:
  • 1 cawan susu mengandungi 8g protein
  • 3 auns daging mengandungi 21g protein
  • 1 cawan kacanag mengandungi 16g protein
  • 8 auns yogurt mengandungi 11g protein

 Baiklah sekarang dah tahu kan kenapa protein sangat lah penting pada tubuh badan kita. Kekurangan protein menyebabkan  kita berisiko mendapat anemia, penyakit buah pinggang, penyakit hati, ulser perut & usus, penglihatan kurang baik, kandungan gula dalam darah rendah, kurang daya penyembuhan luka, saraf tidak stabil dan banyak lagi risiko lain.

Kenali PROTEIN SHAKLEE - ESP

Saya tinggalkan anda dengan sedikit pesanan kat bawah dari NIH medical Encyclopedia.

photo of woman eating large hamburgerIs there any harm in getting more protein than I need?
Most people eat more protein than they need without harmful effects However, protein contributes to calorie intake, so if you eat more protein than you need, your overall calorie intake could be greater than your calorie needs and contribute to weight gain.

Besides that, animal sources of protein can be sources of saturated fat which has been linked to elevated low-density lipoprotein (LDL) cholesterol, a risk factor for heart disease.

In addition, for people with certain kidney diseases, a lower-protein diet may be recommended to help prevent an impairment in kidney function.
Source: NIH Medical Encyclopedia

Friday 10 August 2012

Tangani Gastrik Ketika Berpuasa

Gastrik merupakan masalah kesihatan yang biasa terjadi ketika bulan Ramadhan. Ada pesakit gastrik yang baru 2 hari berpuasa telah terkena jangkitan penyakit itu. Ada pula yang merasakan kesakitan seperti urat-urat perut dipulas, ditarik-tarik dan seperti nafas terhenti kerana menahan kesakitan akibat gastrik. Perut adalah bahagian tubuh yang mudah dijangkiti pelbagai penyakit terutama berkaitan sistem penghadaman ataupun gastrik dan pedih ulu hati.

Menarik Tentang Amalan Berpantang di Kalangan Orang Melayu, Cina dan India


Google punye google saya terbaca artikel mengenai amalan berpantang selepas bersalin. Rasanya sangat menarik untuk dikongsi bersama-sama sebab kat artikel ni ada amalan berpantang bagi kaum Melayu, China dan India. Mungkin ada yang nak tahu amalan apa yang diamalkan oleh kaum lain ketika berpantang kan. 
Sangat menarik artikel nih. Jemput baca.

Wednesday 8 August 2012

12oz EBM 1 Sesi , Penangan Set 3M

Dalam penyusuan apa yang amat dibimbangi oleh kebanyakan ibu-ibu menyusu ialah bagaimana untuk meningkatkan pengeluaran susu pada tahap yang maksimum atau sekurangnya maintain penyusuan sehingga umur bayi 2 tahun.

Mujurlah sistem laktasi kita sangat fleksibel dan boleh meningkat  dalam banyak keadaan waima  bekalan tidak selalu penuh.Tidak ada resipi  untuk menghasilkan lebih banyak susu melainkan ibu-ibu konsisten,minum air banyak, makanan dan diet yang sihat dan seimbang atau pun mengambil makanan tambahan seperti vitamin. Selain itu lakukan pam atau perah susu sekerap yg mungkin. Lagi kerap pam, maka lagi banyaklah susu dihasilkan.

Sunday 5 August 2012

Penggemar Durian? 10 Fakta Menarik Perlu Tahu Tentang Durian

RAJA BUAH DURIAN
Durian.. yes saya penggemar durian. Tapi saya bukanlah hantu durian. kalau saya makan durian tidaklah sampai berbiji-biji durian tetapi cukup sekadar berulas sahaja. Kampung saya jauh, kalau balik pun takde kebun durian pun. Terpaksa lah nak makan durian beli aje kat tepi jalan gerenti banyak booth-booth durian. Sekadar merasa bila tiba musim.cukup lah kan.

Saturday 4 August 2012

Set Slimming Omega .Hebat Buat Ibu Menyusu.

Salam semua, sekarang dah jam 3pagi, masih lagi berusaha update blog buat pembaca dan pelanggan semua supaya bila blogwalking kat blog saya ni sentiasa lah ada entry baru. Cakap banyak tak perlu, kali ni saya nak update tentang  testimoni seorang pengguna Set Slimming Omega. Hanya 2 bulan Puan Nadia dah dapat lose weight 11kg. Hebat kan. Hanya 2bulan..bukan 6bulan,dan bukan juga setahun. Sapa yang tak suka kan? Mesti suka..

Wednesday 1 August 2012

Biar usia terus meningkat,tapi sentiasa kelihatan awet muda

Penuaan seolah-olah menjadi satu perkataan  sejak kebelakangan ini, semua manusia pasti kan tua cuma bagimana kita melambatkan proses penuaan itu. Sesungguhnya Ia memberi kesan kepada kita semua.
Saya banyak belajar tentang proses penuaan. Saya mendapati bahawa badan manusia berkembang dan sentiasa membina sel-sel baru melalui akil baligh, sehingga sekitar usia 20. Pada usia ini, badan kita terus  menghasilkan sel-sel sepanjang  seluruh hidup anda.

Tuesday 31 July 2012

Makanan Penggalak Susu

Tempe
Bagi ibu yang telah bercadang ingin menyusukan bayi, ada beberapa perkara yang boleh dijangka adakah bayi anda dapat susu yang cukup dari ibunya. Tanda bayi dapat susu yang cukup ialah seperti lihat pada lampin adakah lampin basah antara 6-8 lampin sehari, ibu boleh mendengar bayi menyusu sewaktu disusukan. Jika ada antara ibu merasakan bayi tak cukup susu, ada beberapa jenis makanan sebagai pilihan buat ibu menyusu untuk banyakkan susu badan.
           

Monday 30 July 2012

Siapa WAJIB Bayar Fidyah Puasa?

FIDYAH PUASA

Siapakah yang wajib mengeluarkan fidyah puasa? Bagaimana cara mengeluarkannya?

Fidyah puasa bermaksud mengeluarkan kadar tertentu dari makanan asasi setempat bagi setiap hari yang ditinggalkan dari puasa bulan Ramadhan dan diberikan kepada orang miskin. Kewajipan fidyah puasa ini berdasarkan firman Allah;

“…Dan wajib ke atas orang-orang yang payah/sukar mengerjakan puasa (kerana tua, sakit yang tiada kemungkinan sembuh dan sebagainya) membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin (bagi tiap-tiap hari yang ditinggalkan puasanya)…”. (al-Baqarah: 184)

Thursday 26 July 2012

Mengapa Rasa Diri Tak Cantik, Tak Cun Sedangkan Anda Boleh Berubah Jadi Cantik?

Sebenarnya anda hanya perlu ambil masa beberapa minit sahaja iaitu facial di waktu malam atau sebelum tidur untuk kekal cantik,segar,menawan,awet muda  serta membaikpulih kesihatan dan kecantikan kulit. Pasti anda kekal segar ketika bangun pagi.

Selepas mengenakan mekap siang,minyak,cuaca yang tidak menentu dan pencemaran sepanjang hari, kulit kita pasti memerlukan kasih sayang dan jagaan di waktu malam. Saya tahu anda penat di waktu malam selepas siang bekerja. Tetapi hanya beberapa tips mudah ini anda pasti akan kekal cantik menawan.

Monday 23 July 2012

Dulu Anak Susah Sangat Nak Makan, Kini Tidak Lagi


Meal Shaklee dihasilkan untuk semua golongan tidak kira kanak-kanak berusia setahun keatas yang sedang membesar ,pelajar, ibu hamil, para atlet , pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera. Dan jika mencari sarapan pagi yang enak dan berkhasiat Meal Shakes lah jawapan yang tepat dan bijak. Pelbagai cara boleh dilakukan dengan Meal Shakes ikut selera masing-masing. Nyum..nyum.. lihat sahaja gambar di sebelah.  Jom kita baca pulak testimoni ya. 

Thursday 19 July 2012

Selesai Sudah Masalah Bau Nafas,Gusi Bengkak Dan Gigi Tak Tetap


Ostematrik /kalsium Shaklee adalah paling seimbang bagi memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati,mengandungi kalsium, magnesium, fosfurus dan vitamin D, zinc, kuprum manganes dan boron.. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Mari kita sesama baca testimoni di mana Ostematrik ini bekesan pada kesihatan gigi ,gusi, tulang malahan nafas berbau akibat gigi dan gusi yang tidak sihat.

Monday 16 July 2012

Bekalan "Titisan Emas" Si Manja

"Susu saya tak banyak, anak tak puas meyusu. Kesian pada anak.. sebab itu saya guna susu formula"..

Pernah kan dengar perkara begitu? Sebenarnya setiap ibu mempunyai bekalan susu yang mencukupi untuk bayi yang baru lahir. Soal banyak atau sedikit bekalan susu anda berkait dengan bekalan permintaan. Semakin kurang anda menyusukan anak, semakin kurang pula susu dihasilkan. Masalah ini bertambah buruk jika anda menampung keperluan susu badan dengan susu formula.

Saturday 14 July 2012

Penyusuan Ketika Berpuasa Tapi Takut Susu Kering

Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan menganggu pengeluaran susu ibu. Sebaliknya bersandarkan kepada keupayaan ibu mengosongkan payu dara secara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus atau pemerahan payu dara.

Perlu ibu tahu bahawa hormon yang mempengaruhi susu ibu dalam menjayakan penyusuan melibatkan hormon prolaktin dan oksitoksin. Prolaktin menghasilkan susu ibu manakala oksitoksin merembeskanya keluar. Tahukah ibu-ibu istilah (FIL) Feedback Inhibitor of Lactation? Ia merupakan factor penentu ke  arah penyusuan yang berjaya ketika berpuasa ataupun tidak.

Friday 13 July 2012

Ragam Ibu Mengandung..

Terasa ingin berkongsi pengalaman dengan pelanggan dan pembaca blog Mama Batrisyia yang tak seberapa ni. Pengalaman saya ketika disahkan pregnant first baby iaitu lebih kepada berkongsi perasaan saya ketika dapat tahu saya preggy Sebelum saya preggy, saya tak risau pun tentang apa-apa. Saya pergi kerja, buat kerja-kerja saya, tengok tv or even had a moment of silence for those whose lives have been lost, and then went to bed and was asleep in three seconds, no prob. Semua itu tiada masalah lah bagi saya. Relax je.

Tapi, sejurus lepas dapat tahu saya preggy, saya jadi risau sangat, Risau tentang semua, risau tentang benda yang bergerak-gerak dalam perut. Saya risau saat nak menanggung kesakitan masa melahirkan dan macam-macam lagi yang bukan-bukan dok pikir. hihihii.. What if something happens while I'm asleep and I don't wake up to save my baby and myself? What if, what if, what if ...!!!  Semua lah what if..

Thursday 12 July 2012

Kurang Selesa Ketika Penyusuan

Pengalaman pertama kali menyusukan bayi memang sukar dilupakan. Pertalian antara ibu dan anak terasa paling dekat pada waktu ini. Namun ada ibu yang berasa kurang selesa ketika menyusu disebabkan beberapa masalah. Apa yang penting ibu harus memastikan payu dara, khususnya kawasan areola dan puting sentiasa bersih dan kering.

Antara masalah yang lazim semasa menyusu ialah:

Puting sakit / luka
Ini adalah masalah yang paling kerap berlaku. Ia disebabkan oleh kedudukan bayi yang salah atau cara menghisap (latch on) yang tidak betul. Tunjuk ajar daripada jururawat penyusuan dalam membetulkan cara menyusu boleh mengatasi masalah ini.

Wednesday 11 July 2012

Penangan Set B: Freezer tak muat nak simpan EBM

Sharing is caring. Saya suka sangat sharing testimoni dengan pelanggan dan individu yang sudi membaca blog saya yang tak seberapa nih.. Tapi itu tak penting yang penting ialah pengisian dalam blog ni dapat disampaikan dengan jelas. Jom baca testimoni set penyusuan apakah ini sampai leh dapat stok EBM banyak camni kan.

Friday 6 July 2012

Berat Badan Anak Naik, Beri Makan Dah Tak Tolak


Bagi ibu-ibu yang dah cuba meal shake pasti sangat gembira dengan kesan yang diberikan pada anak-anak yang tak berselera makan. Seeloknya berat badan anak harus dipantau dan sejajar dengan peningkatan usia dan ketinggian anak. Jika ibu mendapati berat badan anak tak seiring haruslah bertindak dengan segera agar kesihatan anak tak terjejas.

Testimoni Puan Faronah

Ambil Iktibar Dari Kisah Ini : Sejadah, Salah Satu Cara Iblis Menyesatkan Kita

‏Photo: بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِمِ

♥◘♥_Sajadah, Salah Satu Cara Iblis Menyesatkan Kita !_♥◘♥

Siang menjelang dzuhur . salah satu iblis ada di masjid. Kebetulan hari itu adalah hari Jum’at, saat berkumpulnya orang. Iblis sudah ada di dalam masjid. Ia tampak begitu khusyuk. Orang mulai berdatangan. Iblis menjelma menjadi ratusan bentuk dan masuk dari segala penjuru, lewat jendela, pintu, ventilasi, atau masuk lewat lubang pembuangan air

Pada setiap orang, iblis masuk lewat telinga, ke dalam syaraf mata, ke dalam urat nadi, lalu menggerakkan denyut jantung setiap para jamaah yang hadir. Iblis juga menempel di setiap SAJADAH.

 “Hai Blis!” panggil seorang Kiai, ketika baru masuk masjid. Iblis merasa terusik dan berkata : “Kau kerjakan saja tugasmu kiai, Tidak perlu kau larang-larang saya. Ini hak saya untuk menganggu setiap orang dalam masjid ini!”
Pak Kiai : “ini rumah ALLAH, blis! Tempat yang suci, kalau kau mau ganggu, kau bisa diluar nanti!” Kiai coba mengusir iblis.
Iblis : “Kiai, hari ini adalah hari uji coba sistem baru”. Kiai tercenggung. “Saya sedang menerapkan cara baru, untuk menjerat kaummu”.
“Dengan apa?”, tanya kiai.
Iblis : “Dengan sajadah !”.
Kiai : “Apa yang bisa kau lakukan dengan sajadah, blis? “
Iblis : “Pertama, saya akan masuk ke setiap pemilik saham industri sajadah. Mereka akan saya jebak dengan mimpi untung besar. Sehingga, mereka akan tega memeras buruh untuk bekerja dengan upah dibawah UMR, demi keuntungan besar!”
Kiai : ” Ah, itu kan memang cara lama yang sering kau pakai. Tidak ada yang baru ?”
Iblis : ” bukan itu saja kiai, Saya juga akan masuk pada setiap desainer sajadah. saya akan menumbuhkan gagasan, agar para desainer itu membuat sajadah yang lebar-lebar”
Kiai : “Untuk apa ?”
Iblis : “Supaya, saya lebih berpeluang untuk menanamkan rasa egois di setiap kaum yang kau pimpin, Kiai! Selain itu, saya akan lebih leluasa, masuk dalam barisan sholat. Dengan sajadah yang lebar maka barisan shaf akan renggan. Dan saya ada dalam kerenganggan itu. dari situ saya bisa ikut membentangkan sajadah”.

Dialog iblis dan kiai sesaat terputus. Dua orang datang, dan keduanya membentangkan sajadah. Keduanya berdampingan. Salah satunya, memiliki sajadah yang lebar. Sementara, satu lagi sajadahnya lebih kecil.

Orang yang punya sajadah lebar seenaknya saja membentangkan sajdahnya, tanpa melihat kanan-kiri. Sementara, orang yang punya sajadah lebih kecil, tidak enak hati jika harus mendesak jamaah lain yang sudah lebih dahulu datang. Tanpa berpikir panjang, pemilik sajadah kecil membentangkan saja sajadahnya, sehingga sebagian sajadah yang lebar tertutupi sepertiganya

Keduanya masih melakukan sholat sunnah.
“Nah, liat itu kiai !”, Iblis memulai dialog lagi
“Yang mana ?”, tanya kiai

“Ada dua orang yang sedang sholat sunnah itu, mereka punya sajadah yang bebeda ukuran. Lihat sekarang, aku akan masuk diantara mereka”

Iblis lenyap. Ia sudah masuk ke dalam barisan shaf. Kiai hanya memperhatikan kedua orang yang sedang melakukan sholat sunnah. Kiai akan melihat kebenaran rencana yang dikatakan iblis sebelumnya. Pemilik sejadah lebar ,rukuk, Kemudian sujud. Tetapi sambil bangun dari sujud, ia membuka sajadahnya yang tertumpuk, lalu meletakkan sajadahnya diatas sajadah yang kecil. Hingga sajadah yang kecil berada dibawah sajada yang besar. kemudian ia berdiri, Sementara, pemilik sajadah yang lebih kecil melakukan hal serupa. Ia juga membuka sajadahnya, karena sajadahnya ditutupi oleh sajadah yang lebih besar. Itu berjalan sampai akhir sholat sunnah.

Bahkan, pada saat sholat wajib juga, kejadiaan itu beberapa kali terlihat di beberapa bagian masjid. Orang lebih memilih menjadi di atas dari pada di bawah. Di atas sajadah saja orang sudah berebut kekuasaan dengan orang lain. Siapa yang memiliki sajadah lebar akan meletakkan diatas sajadah kecil. Sajadah sudah dijadikan iblis sebagai pembedaan kelas.

Pemilik sajadah diidentikan sebagai orang yang memiliki kekayaan, yang setiap saat harus berada diatas daripada yang lain. Sedangkan pemilik sajadah yang kecil, adalah kelas bawah yang setiap saat selalu menjadi sub-ordinat dari orang yang kaya.
Diatas sajadah saja, Iblis telah mengajari orang supaya selalu menguasai orang lain. ” ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM

________________________________@♥@_________
SEMOGA KITA LEBIH BIJAK MENGGUNAKAN SAJADAH YANG KITA MILIKI
KEEP SHARING, Tetap berbagi dengan siapapun apa yang kita miliki, karena semua itu hanya titipan dari ALLAH SWT
“Semakin tinggi tingkat keimanan seorang mukmin maka akan semakin tinggi dan canggih pula godaan yang dilakukan oleh Iblis dan pengikutnya”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Apakah kalian tidak berbaris sebagaimana berbarisnya para malaikat di sisi Rabb mereka?” Maka kami berkata: “Wahai Rasulullah, bagaimana berbarisnya malaikat di sisi Rabb mereka?” Beliau menjawab: “Mereka menyempurnakan barisan-barisan (shaf-shaf), yang pertama kemudian (shaf) yang berikutnya, dan mereka merapatkan barisan”. (HR. Muslim, An Nasa’i dan Ibnu Khuzaimah).‏

 Siang menjelang dzuhur . salah satu iblis ada di masjid. Kebetulan hari itu adalah hari Jumaat. saat berkumpulnya orang. Iblis sudah ada di dalam masjid. Ia tampak begitu khusyuk. Orang mulai datang. Iblis menjelma menjadi ratusan bentuk dan masuk dari segala penjuru, lewat jendela, pintu,  atau masuk lewat lubang pembuangan air

Pada setiap orang, iblis masuk lewat telinga, ke dalam saraf mata, ke dalam urat nadi, lalu menggerakkan denyut jantung setiap para jemaah yang hadir. Iblis juga menempel di setiap SEJADAH.

“Hai Iblis!” panggil seorang Kiai, ketika baru masuk masjid. Iblis merasa terusik dan berkata : “Kau kerjakan saja tugasmu kiai, Tidak perlu kau larang-larang saya. Ini hak saya untuk menganggu setiap orang dalam masjid ini!”
Pak Kiai : “Ini rumah ALLAH, Iblis! Tempat yang suci, kalau kau mau ganggu, kau bisa diluar nanti!” Kiai cuba mengusir iblis.
Iblis : “Kiai, hari ini adalah hari uji cuba sistem baru”. Kiai tercenggung. “Saya sedang menerapkan cara baru, untuk menjerat kaummu”.
“Dengan apa?”, tanya kiai.
Iblis : “Dengan sejadah !”.
Kiai : “Apa yang bisa kau lakukan dengan sejadah, iblis? “
Iblis : “Pertama, saya akan masuk ke setiap pemilik saham industri sejadah. Mereka akan saya jebak dengan mimpi untung besar. Sehingga, mereka akan tergamak memeras buruh untuk bekerja dengan upah yang rendah demi keuntungan besar!”
Kiai : ” Ah, itu kan memang cara lama yang sering kau pakai. Tidak ada yang baru ?”
Iblis : ” Bukan itu saja kiai, Saya juga akan masuk pada setiap pereka sejadah. saya akan tubuhkan gagasan, agar para pereka itu membuat sejadah yang lebar-lebar”
Kiai : “Untuk apa ?”
Iblis : “Supaya, saya lebih berpeluang untuk menanamkan rasa egois di setiap kaum yang kau pimpin, Kiai! Selain itu, saya akan lebih berleluasa, masuk dalam barisan solat. Dengan sajadah yang lebar maka barisan saf akan renggang. Dan saya ada dalam kerenganggan itu. dari situ saya bisa ikut membentangkan sejadah”.

Dialog iblis dan kiai sesaat terputus. Dua orang datang, dan keduanya membentangkan sejadah. Keduanya berdampingan. Salah satunya, memiliki sejadah yang lebar. Sementara, satu lagi sejadahnya lebih kecil.

Orang yang punya sejadah lebar seenaknya saja membentangkan sejadahnya, tanpa melihat kanan-kiri. Sementara, orang yang punya sejadah lebih kecil, tidak enak hati jika harus mendesak jamaah lain yang sudah lebih dahulu datang. Tanpa berfikir panjang, pemilik sejadah kecil membentangkan saja sejadahnya, sehingga sebahagian sejadah yang lebar tertutupi sepertiganya.

Keduanya masih melakukan solat sunnah.
“Nah, liat itu kiai !”, Iblis memulai dialog lagi
“Yang mana ?”, tanya kiai

“Ada dua orang yang sedang solat sunnah itu, mereka punya sejadah yang berbeza ukuran. Lihat sekarang, aku akan masuk diantara mereka”

Iblis lenyap. Ia sudah masuk ke dalam barisan shaf. Kiai hanya memperhatikan kedua orang yang sedang melakukan solat sunnah. Kiai akan melihat kebenaran rencana yang dikatakan iblis sebelumnya. Pemilik sejadah lebar ,rukuk, Kemudian sujud. Tetapi sambil bangun dari sujud, ia membuka sajadahnya yang tertumpuk, lalu meletakkan sejadahnya diatas sejadah yang kecil. Hingga sejadah yang kecil berada dibawah sejadah yang besar. Kemudian ia berdiri, Sementara, pemilik sejadah yang lebih kecil melakukan hal serupa. Ia juga membuka sejadahnya, kerana sejadahnya ditutupi oleh sejadah yang lebih besar.Hal terus terjadi sampai akhir solat sunnah.

Bahkan, pada saat solat wajib juga, kejadiaan itu beberapa kali terlihat di beberapa bahagian masjid. Orang lebih memilih menjadi di atas dari pada di bawah. Di atas sajadah saja orang sudah berebut kekuasaan dengan orang lain. Siapa yang memiliki sejadah lebar akan meletakkan diatas sejadah kecil. Sejadah sudah dijadikan iblis sebagai perbezaan kelas.

Pemilik sajadah diidentikan sebagai orang yang memiliki kekayaan, yang setiap saat harus berada diatas daripada yang lain. Sedangkan pemilik sejadah yang kecil, adalah kelas bawah yang setiap saat selalu menjadi mangsa dari orang yang kaya.
Diatas sejadah saja, Iblis telah mengajari orang supaya selalu menguasai orang lain. ” ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM

SEMOGA KITA LEBIH BIJAK MENGGUNAKAN SEJADAH YANG KITA MILIKI


 Tetap berbagi dengan siapapun apa yang kita miliki, kerana semua itu hanya titipan dari ALLAH SWT
“Semakin tinggi tingkat keimanan seorang mukmin maka akan semakin tinggi dan canggih pula godaan yang dilakukan oleh Iblis dan pengikutnya”

Rasulullah saw bersabda: “Apakah kalian tidak berbaris sebagaimana berbarisnya para malaikat di sisi Rabb mereka?” Maka kami berkata: “Wahai Rasulullah, bagaimana berbarisnya malaikat di sisi Rabb mereka?” Beliau menjawab: “Mereka menyempurnakan barisan-barisan (shaf-shaf), yang pertama kemudian (shaf) yang berikutnya, dan mereka merapatkan barisan”. (HR. Muslim, An Nasa’i dan Ibnu Khuzaimah).











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...