Showing posts with label Penyelesaian kesuburan lelaki dan wanita. Show all posts
Showing posts with label Penyelesaian kesuburan lelaki dan wanita. Show all posts

Friday, 2 September 2016

7 Kesilapan Sukar Hamil @ Jejas Kesuburan Yang Perlu Anda Tahu - BACAAN SUAMI ISTERI SHJ !

Tahukah anda menggunakan pelincir yang salah semasa mengadakan hubungan intim boleh mengurangkan peluang untuk hamil.
Semua gel pelincir boleh merosakkan sperma.
Cara terbaik untuk baiki hubungan , tingkatkan pelincir semulajadi anda.

Monday, 21 July 2014

Testimoni Set Kesuburan Shaklee ~ Ramai dah berjaya hamil~

Testimoni baru !!! Ramai dah berjaya hamil..

Cahaya mata anugerah tak ternilai. Semua pasangan berkahwin semua inginkan zuriat, namun tak semua antara kita ni bernasib baik dpt anak cepat kan. Tak kurang juga ramai yg tahap kesuburan rendah. Bagaimana nak hamil jika tahap kesuburan rendah?

Friday, 31 January 2014

Tahniah, Su Dah Berjaya Hamil !!

Anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan suami isteri bersyukur atas rezeki berkenaan. Cuma, tak semua bernasib baik dapat zuriat yang cepat.Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. 

Monday, 27 January 2014

Tips Ingin Hamil ~ Dr. Hamid Arshat Pakar Bidan & Sakit Puan

Siapa tak kenal dengan Pakar Bidan Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat. Saya suka sangat baca artikel dan perkongsian dari blog Dr. Hamid ni dan juga pesbuk beliau. Sesiapa yang follow blog Dr. Hamid ni memang banyak sangat info especially untuk kita ni, kaum wanita. Jadi kat entry ni saya nak share la jugak sikit-skit tips dari Dr. Hamid.

Friday, 10 January 2014

Lelaki Mandul, MUNGKIN Sebab Kurang Zinc Dalam Air Mani

Kawan saya mengadu ingin sangat hamil, takde problem apa2 pun, dah cek doktor dan doktor beri khabar gembira, no fertility issues. Semua ok. No cysts, no Pcos, No menstrual problem. Maybe cuma stress. Tapi, kenapa suami tak datang buat pemeriksaan sekali? Jawapan klise, rasanya suami sy takde masalah apa-apa.

Tuesday, 3 December 2013

Tertekan !! Suami Enggan Buat Ujian Kesuburan?

Kenapa ya tak juga hamil-hamil. Usia  saya sudah 36, suami saya sudah 40an,  dah berkahwin lebih dari 7 tahun. Bayangkan, saya sudah berubat ke mana-mana, semua bahkan sudah pernah berurut , minum dan makan jamu yang tak sedap dan pahit tu kerna ikut saranan orang tua-tua. Jumpa doktor pun sudah berkali-kali, dari tiup rahim, suntik hormon, HSG, periksa dalam pun dah. wah memang penat, duit pun dah banyak melabur.




Masalah pula suami saya tak mahu buat pemeriksaan sperma. Alasannya  sperma saya pasti bagus  tak payah diperiksa, awak je la yang berubat. Apa yang saya nak cakap lagi? Saya jadi malas dan  berserah je sekarang. Perkara begini buat saya makin tertekan.

Setiap kali menghadapi saat datang bulan, kalau lambat sikit, hati dah teruja ingatkan pregnant . Tapi bila cek hampa!!!

Demikian curahan hati seorang ibu kepada saya. Adakah anda juga ada masalah begitu?

Sebenarnya anda  tidak bersendirian. Kalau kita baca di forum –forum kehamilan, begitu ramai yang ingin hamil tapi masih tak berpeluang . Mulai dari masalah keputihan, sperma suami kurang bagus , cair, sedikit , cyst, pcos ,masalah haid hinggalah masalah kegemukan.

Kadangkala tanpa kita sedari faktor tekanan yang mungkin menyebabkan kita sukar hamil. Badan letih dan tak bermaya adalah potensi kepada hubungan kelamin yang  tak menjadi. Emosi yang sering kerisauan penyumbang kepada fikiran yang kalut.

Penyelesaian nya kadang kala mudah je tapi kita tak nampak. Alhamdulillah, ramai yang berjaya hamil hanya dengan mengamalkan vitamin tambahan. Vitamin untuk kesihatan, bantu melengkapkan apa yang kurang dalam tubuh badan kita. Al maklumlah, bukan mudah zaman kini nak amalkan diet dan piramid makanan yang betul.

Alhamdulillah, testimoni dari pelanggan kami yang telah berjaya hamil dengan mengamalkan vitamin.

Testimoni :Cyst bukan penghalang untuk hamil kembali.


Testimoni: Masalah kitaran haid tak teratur, lepas sebulan amalkan vitamin, akhirnya berjaya hamil


Kenali SET KESUBURAN. Apa kelebihan nya?

Saya memahami tekanan yang dihadapi oleh pasangan yang ingin punyai zuriat, tekanan menghadapi orang sekeliling yang kerap bertanya semestinya sesuatu yang merimaskan.
Namun, jadikan ia sesuatu yang positif  dan jalani kehidupan dengan hati yang riang.

Tidak adil rasanya sekiranya membiarkan si isteri sahaja yang berusaha, suami juga patut mengalah dan akur untuk sama-sama berusaha. Ada kajian dilakukan ke atas lelaki perokok, ada kemungkinan peluang untuk hamil juga sukar kerana benih dari seorang perokok kurang berkualiti dan sedikit. Jangan mendabik dada pula sekiranya anda seorang perokok tapi isteri anda tetap hamil.

Harapan saya agar anda dan suami lebih memahami tentang masalah yang dihadapi dan mencari jalan keluar bersama agar boleh mewujudkan keinginan untuk segera hamil.

Tetap berusaha, berdoa, bersyukur dan bersemangat!
============================================================

Sila jangan abaikan konsultasi yang betul dari pengedar yang betul.



Ingin dapatkan produk hebat ini? Hubungi:
CALL/SMS/ wsapp 017-6706342 (Azimah)
Emel: mamaBatrisyia82@gmail.com
PM FB: Azimah Su'ut
FB page: Mama Batrisyia e-shoppe

Area COD saya di kawasan UPM Serdang, Seri Kembangan, Bandar Baru Bangi, Kajang, Puchong, Putrajaya, Bukit Mahkota dan Kuala Lumpur (area Pavillion, Klcc, Bukit Bintang dan beberapa kwsn lain), Miri, Sarawak. Jika kawasan anda tiada dlm senarai, boleh hubungi dan maklumkan saya. 


Penafian: Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis,merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, 30 July 2013

Bersama Tapi Masih Tak Hamil (18sx)

Sudah lama anda dan pasangan merancang untuk mendapat anak, namun masih tiada tanda-tanda hamil. Kerap bersetubuh sangat digalakkan untuk meningkatkan lagi kemungkinan anda hamil dan peluang untuk hamil itu sangat cerah. Entri kali ni mungkin ada yang kurang selesa namun sebenarnya ia adalah perkongsian ilmu buat para suami isteri yang berusaha untuk punyai cahaya mata.

Tuesday, 4 June 2013

Sukar Hamil : Tips Ingin Cepat Hamil


Setiap pasangan suami isteri tentu ingin memiliki keturunan. Namun, terkadang ada beberapa pasangan yang susah sangat nak hamil. Bahkan ada yang sudah bertahun-tahun berkahwin masih belum memiliki keturunan.Sudah buat pemeriksaan doktor, tiada masalah pun. Sukar hamil boleh jadi disebabkan oleh faktor genetik. Namun, bukan sedikit  adalah disebabkan oleh ketidaktahuan tentang hal-hal kehamilan

Monday, 7 January 2013

Sukar Hamil, Ketahui 7 Kesilapan Sukar Hamil ~ BACAAN DEWASA~

Mungkin tanpa disedari, tabiat dan gaya hidup anda selama ini punca masalah sukar hamil. Mengubahnya kepada positif, siapa tahu selepas ini memiliki zuriat sendiri bakal menjadi kenyataan. Kehadiran cahaya mata menjadi pelengkap kebahgiaan  ibu dan ayah. Bertuahlah bagi pasangan suami isteri yang terus dikurniakan zuriat selepas berumah tangga.

Tuesday, 11 December 2012

Set Kesuburan Shaklee ~ Untuk Suami Isteri Yang Ingin Zuriat ~

Ramai wanita percaya nasib memainkan peranan dalam soal kesuburan. Saya ada terbaca satu artikel dalam surat khabar minggu lepas, 71% wanita percaya kesuburan  adalah ketentuan takdir dan 42% pula menyifatkan ketiadaan zuriat sebagai nasib tidak baik. Anda setuju kah?



Orang tidak bertanya berapa aset yang kita ada, kejayaan yang kita kecapi mahupun gelaran atau anugerah yang kita terima, tetapi lebih senang bertanya soalan yang menjurus kepada pertambahan bilangan ahli keluarga.
Tidak salah jika soalan itu ditanya  bagi mengetahui perkembangan terbaru. Namun jika soalan lebih mendalam ditanya, misalnya sebab mengapa tiada anak dan sudah berapa lama berkahwin atau tidak pergi berubat ke mungkin pertemuan yang diharapkan meninggalkan memori manis mejadi sedikit kelat dek kata-kata yang kurang memikirkan perasaan atau sensitiviti orang lain.

Saya akur memang lumrah soalan berapa jumlah anak paling lazim dikemukakan oleh individu yang sudah lama terputus hubungan atau baru berkenalan. Harus diingat, jika kita mengetahui keadaan seseorang, usah ditanya berulang kali kerana ia boleh meninggalkan perasaan pahit bak hempedu dalam jiwa seseorang.
Masalah paling besar di Malaysia yang mengekang wanita dinegara ini mendapatkan bantuan ialah kos tinggi yang dikaitkan dengan rawatan kesuburan. Bagi yang berkemampuan, banyak wang mungkin tiada masalah, berubat di luar negara pun pasti tiada masalah. Tetapi bagi yang ada masalah kewangan, menunggu lama untuk punya zuriat bukan kah ini amat menyedihkan.

Tidak ramai yang tahu, kadang-kadang hanya mengamalkan suplemen tertentu masalah kesuburan boleh diatasi. Walaupun ia tidak menjanjikan anda boleh hamil tetapi tidak kurang juga yang berjaya hamil kerana mengamalkan suplemen sahaja. Daripada hanya menunggu bulan jatuh ke riba, ambillah suplemen. Usaha dan doa harus dipraktikkan juga.

Testimoni:
Alhamdulillah, saya sangat bersyukur pelanggan nie berjaya hamil dalam masa 2 bulan mengamalkan vitamin Shaklee ni Masalah keputihan serta haid yang tidak teratur berjaya diatasi. Anugerah terbesar dari Allah swt ialah zuriat. Berkat doa beliau di makbulkan Allah swt.

Mama Batrisyia
TESTIMONI SUPLEMEN KESUBURAN SHAKLEE

Jom kita lihat testimoni ni.
 ✔Apa yang diamalkan si isteri?
❤GLA  Complex - Menstabilkan hormon. Mengatur period agar teratur.
❤Alfalfa - Mengatasi masalah keputihan dan jangkitan kulat (boleh menjejaskan hubungan suami isteri)
❤Energizing Soy Protein (ESP protein) – Mengandungi  isoflavone, sangat penting untuk hormone wanita iaitu estrogen, menstabilkan hormon juga tingkatkan tenaga sewaktu bersama.
❤Vitamin B – Ia mengandungi folik acid. Bagus untuk pembentukan janin juga sistem reproduktif yang sihat. Kebiasaan bagi pasangan yang sedang mencuba untuk hamil, jika buat pemeriksaan , doktor akan beri folic acid.

✔Apa yang diamalkan si suami?
❤Zinc complex – Meningkatkan nafsu seks,  Meningkatkan hormon testosterone dan meningkatkan kiraan sperma. Sangat penting dalam kelanjar prostat.
❤Vitamin E – Melindungi juga menghasilkan sperma yang sihat dan aktif.

Justeru itu setelah berusaha, selebihnya kita bertawakal dan berserah pada Allah swt. Saya nasihatkan pada mana-mana pasangan yang sangat teringin menimang cahaya mata, buatlah pemeriksaan doktor. Pergilah bersama-sama pasangan, jangan pergi seorang saje tau.

Jom lihat SET KESUBURAN dan TESTIMONI lain. Sila KLIK.


Ingin dapatkan produk hebat ini? Hubungi:
CALL/SMS/ wsapp 017-6706342 (Azimah)
Emel: mamaBatrisyia82@gmail.com
PM FB: Azimah Su'ut
FB page: Mama Batrisyia e-shoppe
Area COD saya di kawasan UPM Serdang, Seri Kembangan, Bandar Baru Bangi, Kajang, Puchong, Putrajaya, Bukit Mahkota dan Kuala Lumpur (area Pavillion, Klcc, Bukit Bintang dan beberapa kwsn lain), Miri, Sarawak. Jika kawasan anda tiada dlm senarai, boleh hubungi dan maklumkan saya. 

Penafian: Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis,merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Saturday, 8 December 2012

Tiada “selera” dan "dingin" (18sx)

Menyerikan kebahagiaan rumah tangga adalah satu cabaran yang amat besar, lebih-lebih lagi jika pasangan suami isteri itu sudah berkahwin agak lama.Dalam keadaan ini, bukan sesuatu yang mengejutkan sekiranya pasangan terbabit sudah hilang rangsangan mengadakan hubungan kelamin, dalam bahasa mudahnya, hubungan mereka sudah mulai dingin.


Thursday, 1 November 2012

Apa itu sperma sihat?

Berkahwin  dan memiliki keturunan yang sihat memang menjadi dambaan sebahagian besar pasangan berkahwin. Setiap pasangan di dunia ini menganut fahaman bahwa berkahwin dengan tujuan memiliki keturunan adalah harus.
Masalah memiliki keturunan tidak hanya meliputi kesihatan si calon ibu saja tetapi faktor calon si ayah juga memainkan peranan yang sangat penting. Yang menjadi isu di sini adalah apakah sperma lelaki cukup sihat untuk mensenyawakan sel telur?

Saturday, 5 May 2012

Masalah kesuburan? Peluang tingkatkan kehamilan dengan supplemen.

Masih "kosong"selepas beberapa bulan melayari bahtera perkahwinan mengundang keresahan ramai pasangan. Tekanan semakin hebat apabila bulan bertukar tahun,namun zuriat yang ditunggu masih tidak kunjung tiba
Bagaimana ini terjadi dan masih kah ada peluang untuk bergelar papa dan mama? Insyallah sekiranya anda berusaha jalan nya tentu ada.

Secara umumnya kesuburan seseorang wanita itu berkait dengan kemampuannya mengeluarkan telur. Telur akan keluar sekali dalam tempoh 1 pusingan haid. Waktu telur dikeluarkan dikenali sebagai waktu subur. Bagi wanita yang mempunyai pusingan haid teratur, pengeluaran telur akan biasa akan berlaku pada hari ke-13 atau 14 (dikira dari hari pertama haid keluar). Disebabkan itulah sekiranya ingin merancang mempunyai anak disarankan melakukan hubungan kelamin pada waktu ini.

Set Kesuburan Lelaki ~Peluang Tingkatkan Tenaga & Kualiti Ketika Bersama~

Nak tingkatkan tahap seksualiti dan kesuburan lelaki ada beberapa suplemen dari Shaklee yang boleh membantu.  Bukan hanya pihak isteri sahaja ya yang perlu berusaha, di pihak lelaki pun perlu berusaha juga. Baru lah adil, rumah tangga pun bahagia. Seringkali masalah ketidaksuburan dikaitkan dengan wanita, begitulah ego seorang lelaki lumrahnya tak nak buat pemeriksaan doktor. 

Set kesuburan wanita

Bagi para wanita yang ingin meningkatkan tahap kesuburan saya menawarkan beberapa supplemen dari Shaklee yang bisa membantu anda meningkatkan kesuburan. Walau bagaimana pun perlulah di ingatkan bahawa ini adalah hanya salah satu cara untuk membantu anda berusaha. Selebihnya berserah kepada yang maha Esa kerna hanya Dia yang memakbulkan impian anda. Kalau tak berusaha manakan dapat hasil nya kan.
Set kesuburan bagi wanita

GLA - Gamma Linolenic Acid
  • Merupakan sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi nya berupaya menstabilkan hormon wanita,mengawalatur kitran haid yang tidak menentukan. Kitaran haid yang teratur membolehkan wanita mengenalpasti waktu subur seterusnya merancang proses kehamilan. Pada ketika waktu subur peratusan persenyawaan meningkat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...