Wednesday, 26 December 2012

Uniknya Susu Ibu

Mungkin ramai yang anggap susu ibu, susu lembu, susu formula itu sama, betul? Semua haiwan mamalia menghasilkan susu dan semua anak mamalia menyusu. Manusia dalam kumpulan mamalia. Namun walaupun tergolong dalam spesis yang sama, setiap spesis menghasilkan susu unik tersendiri bagi memenuhi keperluan nutrisi anak.

Contoh yang boleh diberi, ikan paus menghasilkan susu berlemak tinggi kerana anak ikan paus memerlukan lemak yang banyak untuk terus hidup dalam kehidupan air yang sejuk. Bagi susu ibu pula, memandangkan perkembangan otak adalah penting, maka susu ibu mampu bekalkan nutrien untuk perkembangan otak yang cepat. Nampak kan bezanya?
Tidak kira apa jua jenis haiwan, kandungan asas  nutrisi ialah lemak, protein, karbohidrat, vitamin dan mineral. Ibu-ibu semua pasti akan lebih menghargai susu ibu jika dibandingkan satu persatu antara susu ibu, formula dan lembu. Alhamdulillah, susu ibu sememangnya diciptanya Tuhan untuk memenuhi keperluan bayi.

Jom kita lihat gambar perbezaan di antara susu ibu , susu formula, dan susu lembu di bawah mikroskop.

 
Susu Ibu: Sel-sel nya sangat segar, sekata, tiada gelembung udara, sel-sel nya hidup dan sangat cantik.
Susu  Formula: Ada  gelembung udara yang  besar-besar, bertompok dan tidak sekata
Susu  Lembu :  Hampir menyamai susu ibu, tapi tidak sekata dan tidak secantik sel-sel dalam susu ibu bukan.
Menarik bukan?  Seperti yang telah di tulis kandungan asas nutrisi adalah sama. Malah kesemua kandungan ini turut terdapat di dalam susu semua jenis mamalia. Namun, nisbah setiap kandungan ini berbeza. Sama juga halnya dengan jenis protein dan lemak. Faktor ini menjadikan susu setiap spesis mamalia unik, sesuai dengan keperluan anak masing-masing. Secara logiknya, susu formua berasaskan susu lembu bukanlah makanan yang sesuai untuk bayi manusia. Tepuk dada tanya selera ye.
kredit pic: www.cafemom.com
Bagaimana ingin berjaya dalam penyusuan ekslusif? Sila KLIK.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...