Monday, 27 August 2012

Risau Menu Apa Yang Boleh Diambil Sewaktu Berpantang?


Masa pantang ada banyak yang kita boleh makan dan minum. Makanan yang boleh dimakan terdiri daripada semua yang kita biasa makan seharian semasa mengandung atau tak mengandung, cuma kita kurangkan makanan berminyak iaitu bergoreng dan berempah dan pedas-pedas kerana bayi akan cirit tapi bagi sesetengah bayi sahaja .Kita boleh makan mee, bihun, nasi lemak yang kurang lemak, nasi beriyani yang kurang rempah, nasi ayam dan nasi goreng yang kurang berminyak.

Bagi lauk, kita boleh makan protein seperti daging, ayam, kambing, ayam belanda, burung unta, arnab, rusa dan itik dalam bentuk kari yang kurang rempah dan  minyak. Boleh juga panggang, goreng (tekap buang minyak berlebihan).

Bagi minuman, sebaiknya jus buah-buahan seperti epal, lobak merah, oren, jambu, atau kurma. Blend sendiri dan di tambah sedikit susu pekat, gula atau madu untuk maniskan jika mahu. Kalau boleh minum hampas sekali, jangan buang. Hampas baik untuk mudah buang air besar supaya tak sembelit.

Makanan dari kategori karbohidrat  dan sayuran boleh dikelaskan sebagai 'angin' atau 'tak angin'. Pengelasan ini bebas  bagi individu. Bagi sesetengah ibu yang berpantang, bayam dianggap 'angin' kerana menyebabkan ibu dan bayi kembung. Sebenarnya, karbohidrat dan sayuran mengandungi bahan selulosa (cellulose) dalam jumlah yang berbeza. Selulos dihadam oleh bakteria dan menghasilkan gas (udara). Kurang kandungan selulos, kurang gas dihasilkan. Banyak selulos, banyak gas dihasilkan. Gas ini terkumpul dalam usus dan menyebabkan kembung tapi mudah dikeluarkan  dengan cara kentut kalau kita banyak bergerak. Bayi yang banyak menggerakkan anggota juga mudah kentut dan kurang kembung.

Jika ibu tetap mahu makan bahan mengandungi selulos  seperti cereal, nasi, sayur dan  buah tapi bimbang bayi kembung, makanlah sedikit sahaja dan jika nak elakkan bayi kembung  sapukan awal-awal minyak Yuyi cap limau tu pun dah ok.

Ada lagi? Boleh makan nasi lembut atau bubur nasi, ikan bakar/sup ikan/ikan goreng, ayam bakar/goreng/kari dan sayur goreng/rebus/celur/sup. Makan buah-buahan contohnya pisang dan oren 3 kali sehari utk elak sembelit. Minumlah  susu utk kalsium dan susu badan. Teruskan makan vitamin kerana  vitamin ada sumber ferum atau iron. Jangan sesekalai lupa minum banyak air jika menyusu bayi.

Kini ramai ibu muda yang berkerja dan terpaksa mengharungi berpantang bersendirian sama ada berada di Malaysia atau di luar negara. Oleh itu mereka perlu mampu cepat sembuh dan kembali bertugas. Untuk tujuan ini, mereka perlu beberapa pendekatan moden dan diet dalam pantang Melayu perlu sedikit perubahan. Apa-apa pun tepuk dada tanyalah selera. Jika anda merasakan pemakanan yang ingin diambil memudaratkan diri dan bayi, maka tak perlu lah ambil.



Kenali SET VITAMIN BERPANTANG. Sila KLIK

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...