Friday, 12 October 2012

Berpantang. Moden vs Tradisional



Wanita yang baru sahaja bersalin akan melalui proses berpantang selepas melahirkan anak. Di Malaysia amnya, wanita akan melalui proses tersebut dengan amalan berpantang yang tersendiri sama ada melalui cara moden atau tradisional.
Biasanya tempoh yang disarankan adalah 44hari atau 6 minggu. Ketika waktu tersebut tubuh wanita berada dalam perubahan hormone dan amat senang dijangkiti kuman jika diabaikan penjagaannya. Berpantang juga dapat mengembalikan bentuk badan ibu seperti sebelum hamil.


Berpantang memang digalakkan. Cara moden atau tradisional terserah kepada anda. Dalam tempoh 6minggu itu, para ibu yang baru bersalin memang perlu disiplin supaya proses penyembuhan dan juga bentuk dan paksi badan boleh kembali kepada asal.


Cara moden dan tradisional boleh digabungkan asalkan anda menitik beratkan soal kebersihan dan tidak memudaratkan bayi.
Berpantang cara MODEN?
Tiada kajian saintifik yang dijalankan unuk buktikan sesetengah makanan tak boleh dimakan oleh wanita berpantang selagi wanita dalam proses berpantang makan makanan bernutrisi dan memberi tenaga, ia tidak menjadi masalah. Namun bergantung juga kepada penerimaan badan wanita itu sendiri.

Untuk kembali kepada keadaan sebelum hamil, sebaiknya ketika berpantang makan makanan yang berzat. Makanan yang berserat dan berprotein tinggi seperti sayur, buah, ayam,ikan, dan daging sangatlah digalakkan.

Jangan lupa minum banyak air. Ia perlu minum sekurangnya 500ml setiap hari untuk keperluan badan dan juga bayi yang menyusu. Juga dapat elak sembelit. Anda juga perlu 1800-2200 kalori setiap hari untuk tampung kalori yang dah digunakkan semasa kelahiran.

Ada juga yang tak ambil jamu/herba semasa berpantang, ada yang gemar ambil vitamin. Mengapa? Jom lihat testimoni kejap.


Apa yang terkandung dalam SET VITAMIN BERPANTANG dan kelebihannya? 
Sila KLIK.

Berpantang cara TRADISIONAL?
Berurut dikenali sebagai ’terapi spa’ membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Berbengkung untuk dapatkan bentuk badan ideal, kembalikan struktur asal badan dan sendi yang berubah semasa proses hamil dan bersalin.

Makan jamu?  
Elakkan makan jamu pada awal berpantang. Selepas hari ke-5 atau ke-7 barulah ibu boleh makan jamu, itupun selepas ibu  menyusukan bayi. Perlu juga diingatkan sesetengah jamu mempunyai ”steroid” sebagai bahan kandungan. Oleh itu sebaiknya beli jamu  yang ada kelulusan daripada SIRIM, KKM atau FDA sebagai langkah berjaga-jaga.

Apa yang penting wanita dalam pantang perlu jaga kebersihan. Mandi dengan air suam atau herba dua kali sehari, menukar maternity pad 2 atau 3x sehari dan bagi yang mengalami masalah luka pada bahagian vagina seeloknya berendam dalam air garam untuk seketika bagi bersihkan bahagian kemaluan.

Jika anda berminat nak dapatkan SET VITAMIN HAMIL dan BERPANTANG sudi-sudikan hubungi mamaBatrisyia82@gmail.com / Tel:017-6706342 / Add FB Azimah SuĂșt boleh chat secara langsung dengan saya. Sudikan LIKE PAGE Mama Batrisyia e-shoppe ada juga banyak info produk di sana. Sudah pastinya saya pentingkan pelanggan saya. Oleh itu setiap pelanggan Mama Batrisyia akan dapat HARGA YG ISTIMEWA DAN KONSULTASI PERCUMA!!!


Diclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis,merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...