Thursday, 18 October 2012

Psttt.. Situasi Yang Menakutkan. Kejap Kurus, Kejap Gemuk Semula

DIET yang sihat adalah amalan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Pengambilan pelbagai jenis makanan perlu bagi memastikan kesemua nutrien yang berguna dapat diambil bagi memastikan badan menyerap segala khasiat-khasiat tersebut.

Memang tidak dinafikan dengan melakukan DIET yang betul, ia mampu mengembalikan bentuk badan yang langsing serta menyerikan wajah dengan cara yang lebih semulajadi.
Bagi kebanyakan individu lelaki mahupun wanita ramai yang takut dengan KEGEMUKAN. Bila gemuk masalah obesiti dan penyakit lain juga datang. Tak bermakna yang kurus melidi tak obese, ada juga sebab itu pemakanan harus jaga. Ramai yang berpenyakit zaman sekarang ni datangnya dari pengambilan makanan yang pelbagai. Ramai yang tak suka makan makanan yang pahit seperti peria sedangkan yang pahit itulah ubat dari serangan penyakit. Ramai tak suka makan vitamin untuk cegah penyakit, sedangkan bila dah sakit ubat yang mahal berkoyan-koyan pun sanggup beli. Apa lah sangatkan makan vitamin sebiji sehari. Sebelum sakit ni lah cegah awal sebelum dah terlantar nanti bergantung pada ubat memang susah rawat. Cegah lebih baik dari merawat. 

Berbalik pada masalah kegemukan atau berat badan tak ideal, ramai yang salah faham dengan diet. Kaum wanita asal nak diet aje makan ubat kurus, jamu, pil diet, ubat-ubatan menguruskan badan dan bermacam lagi merupakan perkara yang terlintas diminda ramai wanita apabila perkataan ‘DIET’ disebutkan kepada mereka. Ada yang masuk hospital sebab pengsan akibat amalan diet yang ketat.  Diet bukanlah satu amalan untuk anda ikat perut dan amalan berpantang tak boleh itu ini. Kalau tak makan bagaimana nak dapat tenaga? Sebab itu ada sampai pengsan dan tak mustahil membawa maut kalau salah diet.

Pergilah ke mana-mana pakar kesihatan mahupun pakar kecantikan dan tanyakan pada mereka apakah cara terbaik untuk memiliki badan yang langsing, sihat serta wajah yang berseri.Saya pasti pakar-pakar tersebut bersepakat dengan mengatakan ‘DIET’ yang betul dan jalani senaman ringan.

Apa perasaan anda bila dah capai berat badan ideal? Tentu gembira. Anda tak perlu kurus melidi sebab bila berat dan ketinggian adalah seimbang itu dah cukup.

Anda nak tahu satu RAHSIA?
Turunkan berat badan dengan cara yang sihat melalui amalan ambil protein. Saya kenalkan Soy Protein Isolate Powder. Dulu dikenali dengan Energizing Soy Protein (ESP). Boleh turunkan berat badan ke? Iye betul, ia bantu turunkan berat badan.

Ramai ibu menyusukan bayi dan wanita hamil ambil ESP. Sebenarnya ESP bukan lah program untuk kuruskan badan, tetapi ramai yang dah ambil ESP mengakui ESP bantu turunkan berat badan kerana terdapat kandungan Soy Lecithin di dalamnya. Lepas ambil ESP, ternyata berat turun. Macam  saya lah. Berat badan 40kg lebih ringan dari zaman anak dara. Niat saya bukan nak turunkan berat badan TETAPI untuk bantu penyusuan saya buat si kecil. Langsung tak terlintas dalam minda nak kuruskan badan. Masa itu fikir untuk bantu penyusuan je. ESP bantu sebagai “MILK BOOSTER”. Memang berkesan dan hasil susu sangat meriah. Cubalah kalau nak tahu betul ke tak.

Jom kita baca testimoni ni jap.

TESTIMONI TURUN BERAT BADAN




HASIL GABUNGAN SET 3M + ESP SEWAKTU BERPUASA


Dalam hati setiap wanita, saya pasti mempunyai keinginan yang tinggi untuk kelihatan langsing dan berseri namun apabila dizahirkan mungkin sebahagian wanita akan berkata:

" Mimpi ajelah kalau nak suami saya ucapkan kata-kata awak dah susut , dah slim pada saya. Tengoklah badan saya… dah tak boleh nak kurus dah…Kalau nak kurus paling kurang habis beribu jugak ni.” 

Bagi yang tak nak turun berat badan, pun takde masalah sebab jika ambil ESP ia akan bantu maintainkan berat badan ideal kita. Apa yang menarik juga dengan ESP kesihatan terjaga juga anda tak perlu lemah dan letih dek kerana tak makan akibat DIET anda yang salah itu, ESP bekal tenaga berjam-jam dan mengenyangkan.
 
Situasi berpuasa?

Oleh kerana ESP beri tenaga berjam-jam waktu berpuasa anda akan rasa tak letih seolah seperti ketika anda tidak berpuasa. Bagi ibu menyusu yang berpuasa kelebihan ESP, ia akan bantu air susu maintain walaupun anda mungkin kurang minum air. Sebab itu kalau anda berpuasa elok sangat ambil ESP sewaktu bersahur dan berbuka. Bagi yang ada gastrik, ESP bantu meneutralkan asid berlebihan dalam perut penyebab gastrik itu.

ESP DAN PERFORMANCE DRINK (PD) BEKAL TENAGA / SUSU BADAN MAINTAIN KETIKA BERPUASA


Ada lagi perkara yang ramai tak tahu ini. ESP bantu baiki sel-sel rosak dan mengeluarkan serta menggantikan sel-sel baru. Sebab itu ramai pelanggan saya SMS saya, kulit seakan lebih berseri dan lembut. Suami dan kawan-kawan pun puji. Parut-parut pun pudar. Apa yang lebih menarik juga, Alhamdulillah jerawat tiada.


ESP KULT LEBIH LEMBUT
 

Kesimpulannya, dalam 1 canister ESP mengandungi banyak perkara yang mungkin anda tak nampak. Sebenarnya bukan setakat ini sahaja kelebihan ESP, banyak lagi. Kalau nak cerita panjang pulak entri ni. Cukup la yang ni dulu kan.
Jangan putus asa kerana putus asa lah asas kepada kegagalan. Selagi anda berusaha, tiada yang mustahil. Iringi dengan doa minta kepada-Nya kesihatan yang baik.

 Apa itu Soy Protein Isolate Powder (ESP)? Jom KLIK

Jika anda berminat nak dapatkan SOY PROTEIN ISOLATE POWDER (ESP) sudi-sudikan hubungi mamaBatrisyia82@gmail.com / Tel:017-6706342 / Add FB Azimah SuĂșt boleh chat secara langsung dengan saya. Sudikan LIKE PAGE Mama Batrisyia e-shoppe ada juga banyak info produk di sana. Sudah pastinya saya pentingkan pelanggan saya. Oleh itu setiap pelanggan Mama Batrisyia akan dapat HARGA YG ISTIMEWA DAN KONSULTASI PERCUMA!!!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...