Tuesday, 30 October 2012

Saya Menginginkan Penyusuan Ekslusif. Anda Bagaimana?

Penyusuan bayi secara ekslusif bermaksud penyusuan secara ekslusif di mana hanya menyusu susu ibu tanpa makanan atau minuman lain selama enam bulan pertama. Penyusuan ekslusif ini sangat penting bagi memastikan kesejahteraan ibu dan bayi secara mental dan fizikal.


Si manja hanya akan bersedia untuk menerima makanan selain susu ibu pada usia enam bulan ke atas. Sebarang makanan yang masuk ke pencernaanya hanya akan mengganggu proses penghasilan susu ibu secara semulajadi.

Pada usia sekecil ini, bayi masih memerlukan antibodi untuk melawan sebarang jangkitan penyakit yang berbahaya yang boleh mengancam nyawa. Selain itu, penyusuan susu ibu secara ekslusif akan meminimumkan risiko alahan pada bayi. Penyusuan susu ibu secara ekslusif juga meneguhkan hubungan antara ibu dan bayinya. Bayi akan berasa selamat, lebih rapat dan mesra. Malah jika Ibu mampu menyusukan secara ekslusif selama enam bulan, tidak mustahil boleh meneruskan sehingga usia anak dua tahun!

Bagaimana saya merealisasikan impian penyusuan ekslusif walhal ini adalah anak pertama saya, walaupun ketika itu saya sangat cetek ilmu tentang penyusuan dan saya tidak pernah terfikir untuk menyusukan bayi saya selama ini ketika ia masih dalam kandungan.

Bagaimana? Bolehkah? Mampukah?

Pada dua hingga tujuh hari pertama saya susukan Iman sekerap yang boleh seiring ”on demand”. Jika Iman tidur lebih dari tiga jam saya akan kejutkan untuk disusukan kerana khuatir akan kekurangan nutrien. Tetapi jika bayi Ibu lebih besar, mereka sentiasa mendapat jumlah susu yang diambil mencukupi dengan kekerapan 8 hingga 12 kali penyusuan dalam tempoh 24 jam.

Saya susukan Iman dengan kerap ikut kemahuannya dimana saya perhatikan tanda-tanda awal seperti mulutnya mencari-cari sesuatu, mulutnya terbuka luas apabila disentuh atau membuat pergerakan seperti menghisap sesuatu menunjukkan ia lapar.

Selain itu rahsia apa lagi yang membantu saya kekal penyusuan ekslusif ?

Set penyusuan 3M dan ESP banyak membantu saya. Walaupun kadang kala saya mengakui juga susu seakan merudum tetapi saya cepat mengenal pasti punca berlakunya masalah tersebut.


SET VITAMIN PENYUSUAN 3M + ESP



Adakah saya kurang minum air?
Adakah saya datang bulan?
Adakah saya letih, gelisah dan kurang sihat?
Adakah saya menghadapi tekanan kerja?
Adakah bayi saya kurang menghisap di payudara?
Adakah saya mengambil makanan  yang mempunyai potensi susu merudum?
Adakah saya pada minggu tersebut kurang konsisten dengan jadual perahan ketika berkerja?

HASIL SUSU PERAHAN DENGAN BANTUAN SOY PROTEIN ISOLATE POWDER (ESP)

Banyak faktor mendorong ke arah susu merudum jadi jangan panik. Dah tahu puncanya segera atasi. Salah satu cara nya amalkan vitamin macam saya, susu meriah, kulit takde masalah, berat turun, badan bertenaga, kesihatan terjaga dalaman dan luaran.

Ingin tahu SET PENYUSUAN 3M + ESP  juga SET VITAMIN PENYUSUAN yang lain. Sila KLIK.


Bayi yang mendapat susu yang mencukupi akan berhenti menghisap sendiri. Bayi juga akan membuang air besar 5x dalam masa 5 jam. Najisnya berbintil-bintil berwarna kuning dan bau masam. Si manja yang mendapat susu ibu mencukupi akan, ceria, berotot dan sihat. Dia dapat tidur lena dan cergas sewaktu jaga. Payudara yang penuh sebelum menyusukan akan berasa lembut selepas proses menyusu.

Penting bagi ibu berkerjaya !!

Bagi ibu bekerja, perahlah susu dan ciptakan bekalan susu yang mencukupi untuk diberikan kepada bayi selepas Ibu mula bekerja kelak. Ibu boleh memerah susu seawal 2 minggu selepas bersalin untuk menyediakan bekalan susu yang mencukupi untuk bayi.

Tidak dinafikan sokongan daripada suami dan ahli keluarga juga memainkan peranan penting. Mintalah bantuan daripada ahli keluarga terdekat untuk mengatasi masalah seperti menjaga anak-anak lain, membantu dalam kerja-kerja seharian dan penjagaan bayi yang akan membantu ibu untuk mendapat rehat secukupnya.


Jika anda berminat nak dapatkan SET HEBAT ini sudi-sudikan hubungi mamaBatrisyia82@gmail.com / Tel:017-6706342 / Add FB Azimah SuĂșt boleh chat secara langsung dengan saya. Sudikan LIKE PAGE Mama Batrisyia e-shoppe ada juga banyak info produk di sana. Sudah pastinya saya pentingkan pelanggan saya. Oleh itu setiap pelanggan Mama Batrisyia akan dapat HARGA YG ISTIMEWA DAN KONSULTASI PERCUMA!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...