Tuesday, 31 July 2012

Makanan Penggalak Susu

Tempe
Bagi ibu yang telah bercadang ingin menyusukan bayi, ada beberapa perkara yang boleh dijangka adakah bayi anda dapat susu yang cukup dari ibunya. Tanda bayi dapat susu yang cukup ialah seperti lihat pada lampin adakah lampin basah antara 6-8 lampin sehari, ibu boleh mendengar bayi menyusu sewaktu disusukan. Jika ada antara ibu merasakan bayi tak cukup susu, ada beberapa jenis makanan sebagai pilihan buat ibu menyusu untuk banyakkan susu badan.
           

Longan Kering
  • Makanan yang kaya serat,protein,mineral dipercayai membantu melonjakkan kuantiti susu yang semakin merudum. Elakkan stres dan tekanan kerja hingga menyebabkan anak tak cukup susu
  • Perlu minum air sekurangnya 1 liter bagi setiap 25kg berat badan anda. Minum air suam sebelum mulakan sesi penyusuan atau memerah
  • Susu soya dan tempe
  • Halba atau herba tradisional. Boleh dijadikan teah dan diminum suam
  • Makanan berserat seperti oat
  • Tambahkan jintan di dalam masakan
  • Kurma cina. Rebus dengan gula batu dan minum airnya
  • Air rebusan barli
  • Longan kering. Kaedah yang sama boleh digunakan seperti kurma cina tadi
  • Jadikan pegaga sebagai ulam. Boleh dimakan semasa makan tengah hari
  • Jantung pisang. Jadikan seperti kerabu atau ulam
  • Makan ikan. Hasilkan susu ibu lebih cepat
  • Halia bukan sekadar penambah perisa dan buang angin dalam badan, tetapi menambahkan jumlah susu badan yang kian sedikit
  • Memakan kekacang seperti badam
  • Memakan beras perang kerana ada serat yang tinggi
  • Berdoa dan mengamalkan bacaan surah peningkatan susu ibu
  • Sentiasa berdoa meminta pertolongan daripada-Nya supaya anda sentiasa bersemangat untuk terus memberi kan penyusuan buat si manja
  • Bagi yang beragama Islam amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 yang bermaksud, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkat mu!! lalu terpancarlah darinya 12 mata air. tiap-tiap suku atau puak telah mengetahui tempat minumannya (masing-masing). Makan dan minumlah rezeki (yang diberikan Allah). dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan membuat kerosakan.
  • Berzikir untuk banyakkan susu ibu seperti Ya Matiin semasa memerah susu atau menyusui bayi.
  • Jantung Pisang
  • Selalu bertaubat,bersedekah dan bersihkan hati dari perkara  yang tak elok

Nah.. banyakkan pilihan  makanan yang boleh di cuba, Bagi yang sukar mengamalkan makanan seperti ini boleh lah mencuba Vitamin Shaklee. Insyallah sangat membantu juga.

Kenali Set Vitamin Penyusuan. Sila KLIK

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...