Sunday, 7 October 2012

Babymoon

Penyusuan bayi untuk dua minggu pertama boleh dikatakan ibarat bulan madu buat si ibu dan si manja sejurus ia dilahirkan di mana bayi adalah  fokus utama si ibu buat si kecil. Di waktu inilah ibu-ibu fokus untuk mengenal bayi dan kehendak bayi dengan beri tumpuan yang lebih dan penuh tanggungjawab. Di waktu ini gangguan dari pelbagai pihak haruslah seminimum yang mungkin. Di barat, ia digelar “Babymoon”


Istilah “Babymoon”ialah si ibu meluangkan sepenuh masa dan tumpuan samada banyakkan skin to skin contact dengan bayi.. Memegang bayi dengan penuh kasih sayang di dada  ibu dengan membiarkan bayi merasa bahagian dada si ibu dan menyusukan bayi bila bayi mahu menyusu. Perlakuan ini boleh meransang hormon prolaktin dan oxytocin di mana penghasilan susu ibu akan menjadi lebih banyak dan meriah. Lebih kerap ibu dekat dan menyusu bayi leboh banyak lah susu terhasil nanti.
Sewaktu “Babymoon” ini jugalah kita mengharapkan suami dan kaum keluarga untuk bantu kita lakukan kerja rumah yang tak dapat kita buat. Maklumlah ibu –ibu sedang dalam pantang ketika ini dan biarlah kita fokus pada bayi sahaja. Tapi ini tidak bermaksud yang ibu perlu duduk terperuk dalam bilik sahaja. Apa yang penting kenali kehendak bayi pada peringkat ini. Jika ibu punya anak yang lain luangkan  masa buat mereka juga amatlah penting supaya mereka tidak rasa terabai dengan kehadiran adik baru.

Saya pasti di waktu ini ramai kawan-kawan dan sanak saudara yang datang berkunjung ke rumah kan. Ini sebenarnya merupakan gangguan  yang boleh menganggu proses Babymoon. Kurangkan kunjungan setiap minggu  juga boleh menggelakkan bayi ibu-ibu meragam, kepenatan dan sering terjaga dek gangguan suara dan gurauan dari pengunjung. Apabila bayi meragam dan susah tidur ia juga petanda bayi kepenatan. Kadang-kadang dek kerana kunjungan yang ramai ini ibu-ibu boleh terleka kehendak bayi untuk menyusu. Contohnya jika ada yang mengendong bayi mereka mungkin rasa bayi tak menangis tu tak lapar dan tak perlu diberi susu.  

Ramai juga ibu yang mengadu, kunjungan yang ramai tu menyebabkan mereka kepenatan, kurang tidur, sedikit stress , payudara yang membengkak dek susu yang penuh dan kadang-kadang masalah bayi tak dapat nak latch on dengan betul pada payudara. Apa yang boleh ibu lakukan ialah sentiasa dekat dengan bayi walaupun ada  pengunjung yang mengendong bayi ibu-ibu supaya ibu  dapat spot bila bayi perlukan ibu nya.

Situasi Babymoon sebenarnya membantu para ibu untuk lebih yakin menyusukan bayi  pada bila-bila masa. Tanpa perlu risau siapa yang melihat dan samaada ibu lakukan cara penyusuan yang betul pada bayi asalkan keyakinan itu ada. Penyusuan akan jadi lebih mudah walaupun ramai orang sekeliling.

Kesimpulannya ada masanya ibu perlu rancang bilangan pengunjung yang datang ke rumah semasa berpantang supaya ibu punya ruang yang lebih buat bayi. Selepas habis berpantang pun pengunjung ada masa yang lama dan panjang untuk menziarah ibu-ibu tetapi 2 minggu terawal adalah masa tumpuan lebih buat si bayi.

 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...