Wednesday 29 August 2012

Tanda-tanda Bayi Tidak Mendapat Susu Secukupnya

Kadang kala kekerapan bayi menyusu tidak bererti bayi itu sentiasa kenyang kerana kekerapan nya menyusu menyebabkan kita fikir bayi mendapat susu yang cukup. Ketahui tanda-tanda bayi tidak mendapat susu yang secukupnya dari si ibu.
  • Bayi  tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.
  • Payu dara tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan. Selepas penyusuan payudara cenderung menjadi lebih ringan.
  • Bayi meragam atau sering letih.

Meransang Pengeluaran Susu di Akhir Minggu Kehamilan

Semasa minggu-minggu terakhir kehamilan yakni minggu 37-38 kehamilan, sebarang rangsangan pada payudara akan menyediakan payudara supaya mengeluarkan susu. Namun ibu perlu bertenang dulu, baru susu akan keluar. Susu tetap tak akan keluar selagi sekitar bising, keadan hiruk-pikuk, fikiran ibu terganggu dan ibu tak mampu bertenang. Rangsangan sebenar hanya berlaku bila ibu benar-benar bertenang, bukan mengalami stres. Ketenangan ini terhasil apabila suasana tenang dan ibu hanya memikir tentang bayinya akan menghisap susu kelak. Maka otaknya akan sampaikan 1 mesej pada payudaranya supaya mengeluarkan susu. Ini dipanggil "let down reflex" dan boleh berlaku jika ibu benar-benar bersedia walaupun bayi belum lahir.

Monday 27 August 2012

Anda Selepas Bersalin

Sesungguhnya, amalan-amalan pantang adalah satu proses menyeluruh, bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekal minat suami kepada isteri. Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita  masih tekun dan rela mengikut tradisi ini.

Risau Menu Apa Yang Boleh Diambil Sewaktu Berpantang?


Masa pantang ada banyak yang kita boleh makan dan minum. Makanan yang boleh dimakan terdiri daripada semua yang kita biasa makan seharian semasa mengandung atau tak mengandung, cuma kita kurangkan makanan berminyak iaitu bergoreng dan berempah dan pedas-pedas kerana bayi akan cirit tapi bagi sesetengah bayi sahaja .Kita boleh makan mee, bihun, nasi lemak yang kurang lemak, nasi beriyani yang kurang rempah, nasi ayam dan nasi goreng yang kurang berminyak.

Bagi lauk, kita boleh makan protein seperti daging, ayam, kambing, ayam belanda, burung unta, arnab, rusa dan itik dalam bentuk kari yang kurang rempah dan  minyak. Boleh juga panggang, goreng (tekap buang minyak berlebihan).

Thursday 16 August 2012

Pemulihan Kulit Dengan Vitamin E


Vitamin E dianggap sejenis vitamin berkeupayaan memberi pelindungan kepada kulit. Ia kerap dicampurkan bersama pelindung sinaran matahari, krim malam, pelembap dan sebagainya.Vitamin E adalah bahan penting dalam rawatan kulit kerana :-

  • KEUPAYAANYA MEMPERLAHANKAN PEMBENTUKAN TANDA PENUAAN dan 
  • DEGENERASI SEL KULIT. 
  • MEMPERCEPATKAN PEYEMBUHAN DAN PEMBENTUKAN SALURAN DARAH
  • KEKERINGAN KULIT

Wednesday 15 August 2012

Perlukah PENGELUPASAN KULIT?

Vitamin ditakrifkan sebagai sekumpulan bahan organik yang diperlukan dalam jumlah yang sedikit untuk menghasilkan tindak balas tertentu bagi membolehkan aktiviti dalam sel dan untuk sel hidup secara normal dan sihat. Bukan hanya tubuh badan perlukan vitamin tetapi juga kulit perlukan vitamin untuk  untuk pemeliharaan dan pemuliharaan agar kelihatan segar dan sihat.

Antara jenis vitamin yang lazimnya diperlukan kulit yang sihat ialah vitamin A, Pro vitamin B5, E dan C. Vitamin bukan sekadar untuk kesihatan kulit tetapi juga diperlukan kulit yang cedera dan perubahan yang dilakukan secara mendadak pada kulit  sebagai contoh PENGELUPASAN.

Tuesday 14 August 2012

Jangkitan Kudis Buta atau Scabies Pada Bayi dan Orang Dewasa


Bayi dan kanak-kanak mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit kerana sistem imuniti tubuh masih lagi belum kuat untuk melawan penyakit. Tidak lupa juga jangkitan penyakit kulit berjangkit tidak asing bagi bayi dan kanak-kanak, tidak terkecuali golongan dewasa.

Hari ini saya menulis tentang kudis buta atau scabies setelah mendapat panggilan dari seorang rakan mengatakan anaknya terkena jangkitan kudis buta. Mula-mula saya ingatkan mungkin kurap susu kerana anaknya menyusu susu badan.Tetapi katanya tidak. Dan saya sarankan kalau dah teruk sangat silalah berjumpa dengan doktor pakar kulit kerana kudis buta akan berlarutan kerana kudis buta disebabkan oleh sejenis  hama yang menyebabkan kulit menjadi gatal- gatal. Kudis buta dikenali sebagai scabies.Kudis buta boleh naik bila-bila dan di mana sahaja pada tubuh bayi dan kanak-kanak.

Keistimewaan Soy Protein Isolated Powder /Energizing Soy Protein (ESP) sehingga digemari ramai

Energizing Soy Protein (ESP)  kini berwajah baru. Juga kini dikenali sebagai Soy Protein Isolate Powder.

ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. Sesiapa sahaja boleh mengambil ESP tidak kira lelaki atau perempuan.
 

Monday 13 August 2012

Makanan Tunggal Dan Terpenting : Nutrition For Everyone

Apa yang anda fikir  apabila anda mendengar perkataan protein?  Tahu kah anda  kebanyakan kita makan protein lebih daripada kita perlu. Protein terdapat dalam kebanyakan makanan yang kita makan secara teratur. Entri ini akan membantu kita mengetahui lebih lanjut mengenai protein.

Mungkin anda mencari maklumat tentang :-
Makanan apa yang mempunyai protein dan apa yang berlaku apabila kita makan protein lebih banyak daripada apa yang kita perlu.
Apakah protein?
Apakah jenis protein?
Berapa banyak protein yang saya perlukan?

Apakah protein?
Protein adalah sebahagian daripada setiap sel, tisu dan organ dalam badan kita. Protein dalam badan sentiasa dipecahkan dan digantikan. Protein dalam makanan yang kita makan dicerna ke dalam asid amino yang kemudiannya digunakan untuk menggantikan protein dalam badan kita. Protein dijumpai dalam makanan berikut:
• daging, ayam, dan ikan
• kekacang (kacang dan kacang pea kering)
• tauhu
• telur
• kacang dan benih
• Susu dan produk susu
• bijian, sesetengah sayur-sayuran, dan beberapa buah-buahan (hanya dalam jumlah yang kecil)

Apakah jenis protein?
Protein terdiri daripada asid amino. Cuba anda bayangkan asid amino sebagai blok bangunan. Terdapat 22 asid amino yang berbeza yang bergabung bersama-sama untuk membentuk semua jenis protein dalam berbagai cara. Beberapa asid amino ini tidak boleh dibuat oleh badan kita, jadi ini dikenali sebagai asid amino PERLU. (Essential)

TIDAK PERLU (Non Essential) - Ada 13 jenis asid amino. Boleh dibuat oleh badan kita selain dari 9 amino asid yang PERLU tadi.


Protein lengkap vs Protein tidak lengkap

1. Protein lengkap - Jika suatu makanan mengandungi semua asid amino perlu dalam jumlah yang betul untuk menyokong kesihatan sempurna maka makanan tersebut dinamakan "Protein Lengkap". Ia mengandungi nilai biologi yang tertinggi bagi tubuh kerana ia boleh digunakan dengan paling berkesan.

2. Protein Tidak Lengkap - Jika suatu makanan kekurangan mana-mana amino asid perlu (essential) ia dinamakan Protein Tidak Lengkap. Tidak mengandungi sebanyak nilai biologi.





Ada 2 kumpulan protein
1. Kelas 1 - terdiri dari jenis makanan yang berasal daripada haiwan, daging, ikan, ayam , susu, telur. Di anggap lengkap tetapi % kandungan protein terhad kerana bersamanya banyak kandungan lemak & kolesterol

2. Kelas 2 - daripada tumbuh tumbuhan iaitu kekacang dan biji-bijian. Tidak lengkap.
Tertanya-tanya berapa banyak protein diperlukan sehari?  Secara umum, ia disyorkan bahawa 10-35% daripada kalori harian anda datang daripada protein.

Contoh makanan yang terdapat protein:
  • 1 cawan susu mengandungi 8g protein
  • 3 auns daging mengandungi 21g protein
  • 1 cawan kacanag mengandungi 16g protein
  • 8 auns yogurt mengandungi 11g protein

 Baiklah sekarang dah tahu kan kenapa protein sangat lah penting pada tubuh badan kita. Kekurangan protein menyebabkan  kita berisiko mendapat anemia, penyakit buah pinggang, penyakit hati, ulser perut & usus, penglihatan kurang baik, kandungan gula dalam darah rendah, kurang daya penyembuhan luka, saraf tidak stabil dan banyak lagi risiko lain.

Kenali PROTEIN SHAKLEE - ESP

Saya tinggalkan anda dengan sedikit pesanan kat bawah dari NIH medical Encyclopedia.

photo of woman eating large hamburgerIs there any harm in getting more protein than I need?
Most people eat more protein than they need without harmful effects However, protein contributes to calorie intake, so if you eat more protein than you need, your overall calorie intake could be greater than your calorie needs and contribute to weight gain.

Besides that, animal sources of protein can be sources of saturated fat which has been linked to elevated low-density lipoprotein (LDL) cholesterol, a risk factor for heart disease.

In addition, for people with certain kidney diseases, a lower-protein diet may be recommended to help prevent an impairment in kidney function.
Source: NIH Medical Encyclopedia

Friday 10 August 2012

Tangani Gastrik Ketika Berpuasa

Gastrik merupakan masalah kesihatan yang biasa terjadi ketika bulan Ramadhan. Ada pesakit gastrik yang baru 2 hari berpuasa telah terkena jangkitan penyakit itu. Ada pula yang merasakan kesakitan seperti urat-urat perut dipulas, ditarik-tarik dan seperti nafas terhenti kerana menahan kesakitan akibat gastrik. Perut adalah bahagian tubuh yang mudah dijangkiti pelbagai penyakit terutama berkaitan sistem penghadaman ataupun gastrik dan pedih ulu hati.

Menarik Tentang Amalan Berpantang di Kalangan Orang Melayu, Cina dan India


Google punye google saya terbaca artikel mengenai amalan berpantang selepas bersalin. Rasanya sangat menarik untuk dikongsi bersama-sama sebab kat artikel ni ada amalan berpantang bagi kaum Melayu, China dan India. Mungkin ada yang nak tahu amalan apa yang diamalkan oleh kaum lain ketika berpantang kan. 
Sangat menarik artikel nih. Jemput baca.

Wednesday 8 August 2012

12oz EBM 1 Sesi , Penangan Set 3M

Dalam penyusuan apa yang amat dibimbangi oleh kebanyakan ibu-ibu menyusu ialah bagaimana untuk meningkatkan pengeluaran susu pada tahap yang maksimum atau sekurangnya maintain penyusuan sehingga umur bayi 2 tahun.

Mujurlah sistem laktasi kita sangat fleksibel dan boleh meningkat  dalam banyak keadaan waima  bekalan tidak selalu penuh.Tidak ada resipi  untuk menghasilkan lebih banyak susu melainkan ibu-ibu konsisten,minum air banyak, makanan dan diet yang sihat dan seimbang atau pun mengambil makanan tambahan seperti vitamin. Selain itu lakukan pam atau perah susu sekerap yg mungkin. Lagi kerap pam, maka lagi banyaklah susu dihasilkan.

Sunday 5 August 2012

Penggemar Durian? 10 Fakta Menarik Perlu Tahu Tentang Durian

RAJA BUAH DURIAN
Durian.. yes saya penggemar durian. Tapi saya bukanlah hantu durian. kalau saya makan durian tidaklah sampai berbiji-biji durian tetapi cukup sekadar berulas sahaja. Kampung saya jauh, kalau balik pun takde kebun durian pun. Terpaksa lah nak makan durian beli aje kat tepi jalan gerenti banyak booth-booth durian. Sekadar merasa bila tiba musim.cukup lah kan.

Saturday 4 August 2012

Set Slimming Omega .Hebat Buat Ibu Menyusu.

Salam semua, sekarang dah jam 3pagi, masih lagi berusaha update blog buat pembaca dan pelanggan semua supaya bila blogwalking kat blog saya ni sentiasa lah ada entry baru. Cakap banyak tak perlu, kali ni saya nak update tentang  testimoni seorang pengguna Set Slimming Omega. Hanya 2 bulan Puan Nadia dah dapat lose weight 11kg. Hebat kan. Hanya 2bulan..bukan 6bulan,dan bukan juga setahun. Sapa yang tak suka kan? Mesti suka..

Wednesday 1 August 2012

Biar usia terus meningkat,tapi sentiasa kelihatan awet muda

Penuaan seolah-olah menjadi satu perkataan  sejak kebelakangan ini, semua manusia pasti kan tua cuma bagimana kita melambatkan proses penuaan itu. Sesungguhnya Ia memberi kesan kepada kita semua.
Saya banyak belajar tentang proses penuaan. Saya mendapati bahawa badan manusia berkembang dan sentiasa membina sel-sel baru melalui akil baligh, sehingga sekitar usia 20. Pada usia ini, badan kita terus  menghasilkan sel-sel sepanjang  seluruh hidup anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...