Thursday, 6 December 2012

Jangan Sesekali Berkata TIDAK CUKUP SUSU

Ia amat mudah kalau kita rasa mudah, ia kan jadi susah kalau kita fikir susah. Saya tahu tidak semua Ibu merasakan penyusuan itu menyenangkan. Kadangkala ada Ibu dan bayi yang bergelut dengan penyusuan dan kadang kala bukan mudah untuk konsisten dalam jadual perahan bagi ibu yang bekerjaya. Selepas setahun bergelut dengan aktiviti penyusuan yang semestinya saya tidak punya  pengalaman dahulu akhirnya saya  berjaya jua kekalkan penyusuan sehingga kini. Hari ini saya update entri yang ini, Iman dah pun berusia 2 tahun 5 bulan.

Bersantai salah satu terapi nak
banyakkan susu badan  sebab mental
kita sihat dan gembira.
Penyusuan memang menyeronokkan. Bayi lapar? Fixing it is as simple as lifting your shirt. Iman  loves nursing so much. Saya tahu saya telah berikan terbaik. Parenting is hard work tau. Kita sebagai ibu bapa pasti tahu kita nak jadi ibubapa yang bagaimana, yang baik, lemah lembut, penyayang dan sabar. Kadangkala juga, kita akan hadapi kebuntuan idea sebab life with small children can be stressful. Namun saya tahu yang saya sewajarnya memberi yang terbaik buat Iman nutrisi yang terbaik di awal kelahirannya. Nutrisi terbaik datangnya dari susu badan si ibu. Insyallah kuat tubuh badan nya. Lagi kuat kalau kita si ibu nya amalkan pemakanan yang sihat-sihat. Sihat bukan bermaksud makanan sihat yang boleh mengemukkan. Juga bukan bermaksud si ibu perlu makan.. makan.. makan.. dan makan hingga badan jadi gemuk dan seolah dipam-pam. Mulalah tuduh penyusuan buat badan jadi kembang.

Saya memang jenis yang tak suka makan sayur-sayur berdaun kecuali bayam dan pucuk paku manis. Jadi saya cari alternatif lain untuk ganti khasiat yang hilang yang saya tak dapat dari sayur hijau dengan mengamalkan pengambilan suplemen Shaklee yakni yang semulajadi dan selamat. Mengapa saya pilih Shaklee sebab natural source. Saya dulu amalkan suplemen free dari hospital dan beli di farmasi je. Jenis yang biasa kita boleh dapat di farmasi, tapi kesannya sangat tak sama setelah saya amalkan Shaklee.  Mungkin badan saya tak ngam dengan suplemen yang lain tu.Tapi dengan Shaklee, it really works.


Mama Batrisyia
TESTIMONI Saya SET B + ESP = 10oz double pumping
Secara kesimpulannya juga, persiapan mental merupakan satu elemen yang menjadi titik tolak kepada kejayaan dalam penyusuan. Akal dan fikiran perlulah fokus dan matlamat yang jelas, "INGIN SUSUKAN BAYI SEHINGGA 2 TAHUN". Tetapi matlamat perlulah dizahirkan dengan tindakan-tindakan yang menyokong matlamat. Contohnya baca buku tentang penyusuan, beli kelengkapan bayi juga bertanya pada ahli keluarga,teman-teman atau yang pakar. Sekiranya tiada tindakan zahir, semuanya sia-sia.  

Sokongan ? Sokongan merupakan satu elemen yang sangat perlu merangkumi elemen fizikal dan mental. Kebanyakan suami tidak ambil berat tentang hal ini. Seharusnya para suami turut serta main peranan. Disiplin merupakan perkara yang perlu dalam penyusuan. Tanpa disiplin Ibu sukar nak tetapkan masa untuk aktiviti mengepam susu. Jika malas sudah tentu jawapannya SUSU FORMULA.

Santapan rohani juga penting sangat-sangat. Bagi saya WAJIB. Solat dan doa adalah terapi yang paling mujarab nak banyakkan susu badan. Diiringi dengan perkara2 asas. Suplemen pula salah satu cara juga , lepas doa kita usaha la pulak.
Oleh itu jangan jadikan alasan  "tidak cukup susu" untuk berhenti menyusukan melainkan payudara si ibu sudah kering susu. Anggapan pengaliran susu tidak cukup untuk bayi adalah salah. Punca susu tidak cukup kerana dakapan yang lemah hingga menyebabkan hisapan kurang efektif dan pengaliran susu menjadi kurang. Antara lain, masa penyusuan yang singkat, bayi tidak dapat susu akhir, jarang menyusu yakni kurang daripada 8 kali dalam tempoh 24jam.
Tingkatkan penghasilan susu dengan bantuan vitamin? Sila KLIK.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...