Wednesday 14 November 2012

Anak Derita Asma



Seorang ibu bertanya anak  telah disahkan asma dan perlu gunakan pam setiap hari. Adakah masalah asma ini menyebabkan badan anak jadi  lemah dan mudah dijangkiti penyakt seperti batuk, selsema dan sebagainya? Apakah cara lain cegah dari sentiasa berulang.
 
Apabila seorang kanak-kanak itu disahkan sebagai penghidap asma, ini bermakna paru-paru sudah jadi sensitif. Apabila terdedah kepada pesekitaran yang berhabuk, cuaca yang tidak menentu atau jika dijangkiti selsema atau batuk, paru-paru mudah menjadi sempit dan mengalami keradangan yang menyebabkan penghasilan kahak. Kahak yang banyak diparu-paru akan memudahkan lagi jangkitan kuman di dalam paru-paru dan kuman inilah yang akan menyebabkan jangkitan pneumonia.

Penggunaan antibiotik yang telalu kerap tidak akan memberi kesan sampingan kepada tumbesaran anak tetapi sebaliknya kan menyebabkan daya ketahanan badan mereka atau antibodi lemah. Daya ketahanan atau antibodi yang lemah ini menyebabkan mereka mudah dijangkiti kuman seperti selsema dan batuk.

Jika anak ditempatkan di pusat asuhan kanak-kanak, mereka lebih mudah dijangkiti kuman kerana persekitaran dan mungkin kanak-kanak lain ramai yang menghidap batuk selsema menyebabkan mereka mudah dijangkiti.

Penggunaan Inhaler merupakan salah satu cara untuk mengurangkan sensitiviti paru-paru dan seterusnya mencegah proses radang di dalam paru-paru. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan pembentukan kahak dan serangan asma.

Jika anak ditempatkan di nurseri, saya nasihatkan agar mencari alternatif lain untuk sementara waktu sehingga anak sihat sepenuhnya. Selain itu  boleh cuba memberi anak ”supplemen” atau makanan tambahan unuk menguatkan antibodi dan mengurangkan serangan jangkitan virus seperti selsema dan batuk.

Inginkan supplemen buat anak? Anak sering demam, selsema, letih , kurang daya tumpuan, kurang selera makan dan macam-macam lagi? 

Apa yang boleh bantu ibu-ibu sekurang-kurangnya boleh bantu menguatkan sistem imuniti tubuh melawan penyakit. Sila KLIK


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...