Thursday, 15 November 2012

Hasil Tuaian yang Konsisten Mampu Hasilkan 19oz

Saya sangat menggalakkan penyusuan susu ibu sebanyak yang mungkin kerana saya sangat mengalakkan penyusuan ibu. Saya prihatin terhadap penyusuan ibu bukan semata-mata sebab business,tetapi kerana saya mahu mengalakkan para Ibu menyusukan bayi.

Alhamdulillah saya masih menyusukan Iman kerana penyusuan susu ibu adalah berbeza dengan penyusuan susu formula. Perbezaan itu boleh dilihat melalui kebijaksanaan,tumbesaran, pertumbuhan gigi dan pertuturan kanak-kanak tersebut. Di tambah pula bayi yang menyusu susu ibu tidak akan mudah jatuh sakit.
Ramai ibu muda pada hari ini tidak menyusukan bayi mereka atas pelbagai alasan seperti dijaga oleh ibu mertua semasa berpantang dan mereka lebih gemar memberikan susu formula. Bagi saya, susu terbaik untuk bayi kita adalah susu ibu, bukan susu formula. Jika Ibu memberikan susu formula kepada anak, mereka berisiko mendapat masalah seperti obesiti. Mengapa? Susu formula mempunyai gula oleh itu bayi yang minum susu formula mempunyai tumbesaran yang tidak seimbang.
 
Bagaimana pula dengan para ibu yang tidak menyusukan bayi kerana tidak dapat hasilkan susu yang mencukupi untuk anak atau kerana mereka ingin menjaga bentuk badan. Kadangkala susu tak keluar sebab Ibu makan jamu dan sebagainya. Ibu tidak harus mementingkan badan dahulu selepas bersalin dan tidak perlu risau kerana apabila menyusu, berat badan akan kembali kepada asal kerana penyusuan dapat memudahkan kita mengurangkan berat badan.
Makanan yang saya sarankan buat ibu menyusu yang sedang dalam pantang ialah nasi, minuman seperti Milo, Horlicks, Nestum,Oat dan sebagainya. Saya galakkan agar ibu mengambil makanan yang dapat menghasilkan lebih banyak susu seperti keju dan produk tenusu kerana ia sangat baik untuk susu ibu. Ibu juga perlu makan makanan berkhasiat atau makanan tambahan (supplemen) supaya ia dapat turun kepada bayi, tambahan pula ia bagus untuk badan Ibu.

Jom kita kongsi testimoni ini.
Hasil dari tuaian di pejabat sebanyak 19oz sehari selepas mengambil set vitamin penyusuan  untuk bantu penyusuan juga mengepam secara konsisten di waktu pejabat. Tidak mustahil hasil tuaian ini akan bertambah seiring waktu.

Mama Batrisyia
TESTIMONI SET VITAMIN PENYUSUAN
Ingin hasilkan banyak susu, perlukah pam selalu ketika di pejabat?

Payudara ibu sememangnya tidak akan kosong, bila ia dikosongkan, susu akan terus dihasilkan, jadi susu sentiasa ada setiap kali bayi Ibu minta susu walaupun bayi baru je menyusu. Tetapi, jumlah penghasilan sentiasa berubah. Jika payudara sedang penuh dan tempoh susu tidak dikeluarkan adalah panjang, penghasilan susu akan jadi perlahan, tetapi jika bayi kerap menyusu dan kerap juga pam untuk kosongkan payudara, penghasilan susu akan menjadi cepat. Situasi ini berlaku kerana susu ibu mengandungi sesuatu yang kita panggil Feedback Inhibitor of Lactation atau FIL. Kuantiti FIL bergantung pada jumlah susu dalam payudara dan akan mengurangkan penghasilan apabila susu tidak diperlukan (bayi tak menyusu). Jadi kalau bayi kurang menyusu atau kurang pam, tindakbalas juga akan perlahan. Tetapi lebih kerap menyusu dan pam, maka penghasilan susu akan maintain malah makin bertambah.
“ More feeding means more milk”.
Nasihat saya tanpa henti pada para Ibu terutama Ibu baru dan Mommy to be, jika boleh susukan bayi secara ekslusif selama 6 bulan. Jika Ibu masih ragu-ragu dan merupakan Ibu baru, jangan memikirkan bahawa  Ibu tidak mampu menyusukan meskipun ada kakak atau ibu anda sendiri tidak menyusu kerana setiap individu mempunyai kebolehan yang berbeza. Malah bayi juga akan mengembangkan detik penting mereka berbeza jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain kerana mereka mempunyai tumbesaran yang berbeza. Sesetengah bayi akan tumbuh gigi dahulu tetapi lambat berjalan dan ada pula yang cepat berjalan tetapi lambat tumbuh gigi.
Jika ada masalah penyusuan, rujuk lah dengan mana-mana pakar laktasi kerana mereka pasti akan bantu Ibu. Jangan give up sebelum mencuba ya!!

Ingin tahu SET PENYUSUAN apa yang ada di Mama Batrisyia? Sila KLIK.
Jika anda berminat nak dapatkan SET HEBAT ini sudi-sudikan hubungi mamaBatrisyia82@gmail.com / Tel:017-6706342 / Add FB Azimah SuĂșt boleh chat secara langsung dengan saya. Sudikan LIKE PAGE Mama Batrisyia e-shoppe ada juga banyak info produk di sana. Sudah pastinya saya pentingkan pelanggan saya. Oleh itu setiap pelanggan Mama Batrisyia akan dapat HARGA YG ISTIMEWA DAN KONSULTASI PERCUMA!!!
Diclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis,merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit



 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...