Tuesday, 9 October 2012

Dari Rahim Wanita

Wanita telah dicipta dengan keistimewaan di mana di dalam anggota badannya mempunyai rahim yang berfungsi untuk membolehkan wanita mengandung dan melahirkan bayi. Organ peranakan tersebut menjadi tempat tinggal selama 9 bulan janin berkembang menjadi bayi sebelum lahir ke dunia.

Rahim atau uterus adalah organ reproduksi wanita yang utama pada kebanyakan mamalia, termasuk manusia. Salah satu hujungnya adalah serviks, membuka ke dalam vagina dan hujung satu lagi yang lebih luas, yang dianggap badan rahim, disambung di kedua belah dengan tiub Fallopian. Saiz rahim pada manusia adalah berbentuk buah pear.
Semasa proses kehamilan, saiz rahim wanita akan mengembang mengikut tumbesaran saiz bayi. Rahim wanita diumpamakan seperti belon selepas kehilangan udara apabila sudah melahirkan bayi.
Rahim akan mengecil dengan pantas dan mengecut kembali kepada saiz dan posisinya yang normal. Mungkin ada sedikit kesakitan susulan apabila ia mengecut. Ia rasa seperti kontraksi kelahiran. Ada yang mengelarkan nya rengat.
Semasa proses pelahiran, ada sesetengah wanita perlu digunting kemaluannya yang kemudian akan dijahit semula untuk membaiki luka akibat guntingan tersebut. Luka pada ketika hamil kini terpisah ketika bayi dilahirkan. Ini menyebabkan sebahagian besar dinding rahim jadi luka parah.
 
Oleh itu penjagaan rahim yang rapi perlu diamalkan oleh wanita sepanjang proses berpantang untuk mendapat semula rahim yang kuat dan sihat.
Itulah wanita..insan yang sering dianggap lemah.Luarannya lemah. Nampak seolah-olah ia tak bermaya. Namun hakikatnya kekuatan wanita itu tersembunyi disebalik kecekalan hatinya..kelembutan dan kasih yang ada dalam diri wanita itulah yang menjadikan dirinya pelengkap hidup seorang lelaki sepertimana Nabi Adam a.s yang kesunyian..merindui seseorang sebagai peneman..maka Allah s.w.t menciptakan Hawa sebagai teman setianya..

Dari rahim makhluk Allah s.w.t yang sering dianggap lemah ini..maka lahir manusia yang menghuni dunia. Dengan kekuatan kudrat wanita ini berhempas pulas menggadai nyawa, maka lahirlah umat Muhammad s.a.w . Semuanya lahir dari rahim seorang wanita. Juga lahir dari kekuatan dan kecekalan hati wanita bertempur di bilik bedah/ bilik bersalin. Nyawanya ibarat ‘telur dihujung tanduk’. Namun demi melahirkan zuriat insan yang dicintai atau mungkin ia menjadi ‘pembuktian cinta’, maka kesakitan mahupun alahan yang dialami tika dalam mengandung mudah ditempuh dengan sabar Mungkin juga ia berkat doa dan semangat dari suami.

Jom baca amalan berpantang. Jamu vs Vitamin. Sila KLIK


 

 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...