Wednesday, 29 August 2012

Meransang Pengeluaran Susu di Akhir Minggu Kehamilan

Semasa minggu-minggu terakhir kehamilan yakni minggu 37-38 kehamilan, sebarang rangsangan pada payudara akan menyediakan payudara supaya mengeluarkan susu. Namun ibu perlu bertenang dulu, baru susu akan keluar. Susu tetap tak akan keluar selagi sekitar bising, keadan hiruk-pikuk, fikiran ibu terganggu dan ibu tak mampu bertenang. Rangsangan sebenar hanya berlaku bila ibu benar-benar bertenang, bukan mengalami stres. Ketenangan ini terhasil apabila suasana tenang dan ibu hanya memikir tentang bayinya akan menghisap susu kelak. Maka otaknya akan sampaikan 1 mesej pada payudaranya supaya mengeluarkan susu. Ini dipanggil "let down reflex" dan boleh berlaku jika ibu benar-benar bersedia walaupun bayi belum lahir.

Ramai ibu gagal mengalami suasana let down reflex ini kerana mood tak betul. Apabila ibu membersihkan liang atau pori yg tersumbat pada putingnya, masa itu juga payudaranya akan terangsang. Jadi kalau kerap bersihkan dan gentel puting selepas membersihkannya dengan tuala dan air suam, maka lama-kelamaan bila picit hujung puting, cecair cerah akan keluar sedikit demi sedikit.Cecair ini licin macam pelincir dan berbau seperti besi karat. Selepas beberapa hari cecair cerah ini keluar jika puting dipicit lagi, susu putih pula akan mula keluar. Jangan picit banyak sangat atau kerap sangat, tunggu sampai bayi lahir jika dah tahu susu dah ada. Bila bayi mula hisap, susu putih akan bertukar menjadi warna kuning (kolostrum) buat lebih kurang 3-4 hari, selepas tu susu menjadi putih semula hingga ibu berhenti menyusu bayinya 2 tahun kemudian.


Kita perlu beri bayi susu kuning (kolostrum) yg keluar itu sebab ia mengandungi antibodi untuk mengatasi masalah jangkitan kuman paru-paru, lelah, dan sebagainya. Jika bayi tidak mendapat khasiat susu kuning ini, esok kelak bayi sukar melawan banyak penyakit termasuk serangan virus yg sering menjangkiti bayi, dan bayi mudah meninggal kalau tak cukup antibodi. Susu dari kedua-dua payudara berlainan rupa, bau dan rasa. Susu dari payudara sebelah kanan umpama makanan bagi bayi sebab ia lebih pekat, berlemak & manis serta bayi meminatinya manakala susu dari payudara sebelah kiri umpama air minuman bagi bayi kerana ia lebih cair, hanyir, dan bayi kurang minat menghisapnya. Tetapi perlu beri bayi hisap kedua-dua belah payudara. Ambil masa15 minit setiap payudara, supaya saiz payudara sama besar. Kalau tidak, 1 payudara akan besar sedikit (sebelah kanan yg bayi selalu hisap lama) dan yg 1 lagi kecil sedikit (sebelah kiri yg bayi kurang hisap).



Dapatkan SET VITAMIN PENYUSUAN YANG MANA SESUAI BUAT ANDA. Sila KLIK

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...