Saturday 8 December 2012

Uniknya Susu Ibu lawan Susu Formula

Susu ibu mengandungi antibodi dan imuniti, dan dapat membantu melawan jangkitan. Selain daripada kualiti meningkatkan imuniti, susu ibu berubah komposisinya bergantung kepada keperluan bayi. Susu formula kekal sama tanpa mengira keperluan bayi tersebut. Mengapakah demikian?



Mama Batrisyia

  • Susu ibu berubah mengikut usia bayi. Susu ibu untuk bayi pramatang mempunyai kandungan protein yang tinggi, begitu juga susu ibu untuk bayi berusia 8 bulan lebih tinggi kandungan kalorinya daripada bayi 1 bulan.

  • Susu ibu berubah mengikut keadaan cuaca. Dalam cuaca yang panas, susu ibu banyak air, dalam cuaca sejuk susu ibu lebih banyak lemak.

  • Susu ibu berubah rasanya mengikut apa yang dimakan oleh ibu. Jadi bayi terdedah kepada rasa yang berbeza sepanjang bulan-bulan awalnya . Adakah Ibu ingin makan makanan yang sama saja setiap hari selama 6 bulan. Saya pasti ramai yang geleng kepala bukan?
Saya perlukan lebih TIPS PENYUSUAN. Sila KLIK.
 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...