Wednesday 30 May 2012

Q&A : Anda bertanya, Mama Batrisyia sudi jawab.. ** Baby Fussy penyebab susu merudum? **



Soalan : Puan Ani dari Sungai Buloh bertanya:

Anak perempuan saya masih berusia 5bulan dan masih menyusu secara ekslusif. Untuk bekalan 48jam yang lalu tiba-tiba bekalan susu saya merudum dan hampir tiada. Saya tahu saiz payudara bukan lah faktor kepada banyak nya air susu dan saya merasakan payudara saya penuh susu pada 5bulan tersebut dan kadang mengalir susu.  Bayi saya kelihatan lapar, tetapi bila saya offer payudara ,tak mengeluarkan susu dengan cepat. Ini menyebabkan anak saya berpaling dan meragam.  Eventually bayi saya menyusu jugak tapi sangat sedikit dan bayi mula give up. Saya makan seperti biasa dan tidak mengambil apa-apa ubat. Saya juga belum didatangi haid. Apa yang menyebabkan anak saya meragam dan bekalan susu saya drop?


Tuesday 29 May 2012

Di manakah susu saya? Tiba-tiba bekalan susu merudum

Sebagai individu yang amat menyokong penyusuan susu ibu, saya sering mendapat pertanyaan dari beberapa orang rakan yang  kebingungan apabila merasakan bahawa bekalan susu mereka  secara tiba-tiba kering. Sebenarnya kebanyakan ibu-ibu boleh merasai  perubahan pada payudara. Apabila susu mula dihasilkan pada minggu selepas kelahiran bayipayudara akan  berasa berat, keras, membesar dan mungkin bengkak. Berbanding bulan yang pertama  badan kita akan mengawal selia bekalan susu yang terhasil untuk memenuhi keperluan bayi kita. Apabila ini berlaku, payudara akan berasa lebih lembut dan ringan melainkan kita mempunyai jarak waktu rehat yang  panjang antara suapan (bayi tidak menyusu dalam tempoh masa yang panjang) Perubahan ini berlaku lebih cepat dengan kehamilan berikutnya.

Berjayakah penyusuan bayi tanpa persediaan?


Persediaan untuk penyusuan susu ibu.

 Sebelum penyusuan bayi dilakukan ibu-ibu haruslah bersedia dari segi tenaga dan mental. Adalah penting untuk ibu-ibu faham bahawa hanya sedikit sahaja yang perlu dilakukan untuk bersedia menyusukan bayi.
Badan kita sebenarnya telah melakukan banyak persediaan secara tidak langsung dan menghasilkan kolostrum (susu awal yang berwarna sedikit kuning) seawal 26 minggu kehamilan.

Entri ini lebih meliputi bekalan pilihan ibu-ibu sama ada memilih untuk mendapatkan nya sebelum bayi dilahirkan ,  perkara yang ibu  tidak patut lakukan , dan beberapa perkara yang ibu mungkin mahu lakukan.




Monday 28 May 2012

Testimoni: Jamu vs vitamin? Atau kedua-duanya?


Testimoni kali nih saya bawak anda semua mengenali lagi set berpantang dengan vitamin Shaklee.

Set vitamin berpantang mengandungi :
Set berpantang
  • Multivitamin
  • B-Complex
  • Vitamin C
  • Zinc
Berpantang tidak semestinya dengan jamu tetapi berpantang boleh juga dengan pengambilan vitamin. Walaubagaimana pun tiada halangan sekiranya anda tetap ingin mengambil jamu dalam masa yang sama ingin juga vitamin. Tetapi tempoh masa pengambilan perlulah dijarakkan diantara jamu dan vitamin. Pilihan di tangan anda!!!

Set ini sangat istimewa kerana tiada kesan sampingan,cirit birit pada bayi , boleh diambil terus oleh ibu-ibu sebaik sahaja bersalin. Apa lagi yang istimewa? walaupun bayi mengalami demam kuning/jaundice vitamin ini tetap boleh diambil oleh ibu malah Insyallah membantu mempercepatkan jaundice bayi cepat baik kerana bayi yang menyusu badan akan dapat khasiat dari vitamin tersebut.  Set ini juga mampu membantu mempercepatkan luka bersalin sama ada secara pembedahan atau normal. Dengan adanya zink complex dapat membantu mengurangkan risiko rambut gugur seperti kita tahu selepas bersalin rambut banyak yang gugur kerana perubahan hormon.

Testimoni LovelyBaby Alisha:



Selepas baca testimoni di atas apa yang boleh disimpulkan ialah Puan Lovelybaby hanya mengambil vitamin tidak makan langsung jamu. Berbeza dengan proses berpantang beliau sebelum nih dengan jamu. Walaubagaimana pun kesihatan beliau makin lebih baik dari mengambil jamu sebelum ini.


Testimoni Pun Rif Hasliza:


Kes Puan Rif Hasliza pula beliau tetap lakukan kerja rumah walaupun berpantang. Tapi alhamdulillah hanya 2 bulan ambil vitamin Shaklee, tubuh beliau tetap cergas,dapat berjaga malam tanpa ada rasa mengantuk di siang hari.

Nah, dengan vitamin Shaklee ibu-ibu tetap tampil sihat cergas dan berupaya melakukan kerja rumah sekiranya tiada bantuan dari keluarga terdekat sewaktu berpantang. Sesungguhnya proses bersalin memerlukan tenaga yang banyak, oleh itu untuk mengembalikan tenaga yang telah habis digunakan pengambilan pemakanan yang betul dan air yang mencukupi adalah sangat perlu di samping makanan tambahan lain seperti VITAMIN...

Bagi yang sedang mencari-cari set berpantang dan ingin mencuba set ini, boleh la menghubungi mamaBatrisyia82@gmail.com.my / Add FB Azimah SuĂșt / 017-6706342.

Lagi testimoni set berpantang . Sila KLIK


 

Sunday 27 May 2012

Testimoni: ESP bantu atasi susu drop masa berpuasa, parut hilang, badan bertenaga

Memang seronok baca testimoni yang kesannya amat positif. Bagi yang belum cuba..bila lagi nak cuba kan..

Testimoni Puan Mazida:

Puan Mazidah baru je ambil ESP separuh canister tu tapi kesannya parut muka dah makin pudar. Harap lepas nih kalau diteruskan ambil ESP mesti parut terus hilang kan..


Penyusuan berjaya,berat badan turun,sembelit dan keputihan tiada lagi

Jom baca testimoni  pasal set slimming Shaklee..

Testimoni ini datang nya dari Puan Norfatin... :)

Puan Norfatin  berjaya menurunkan berat badan selepas 3 bulan mengamalkan set slimming Shaklee iaitu ESP+Alfalfa+Lecithin. Set ini khas untuk ibu menyusu yang inginkan penurunan berat badan.Walaupun penurunan berat badan Pn Norfatin hanya sedikit sahaja untuk tempoh tersebut tetapi kepuasan yang di dapati daripada pengambilan vitamin ini amat memuaskan hati Puan Norfatin. Kenapa? Jom lihat testimoni...

Saturday 26 May 2012

Resdung penyebab jerawat

Adakah anda orang nya yang sedang mencari topik ini:

1. Resdung
2. Rawatan resdung
3. Jerawat resdung

dan lain-lain yang berhubung kait dengan resdung..
Resdung adalah satu alahan atau penyakit yang mengakibatkan masalah pada kulit wajah. Ia boleh menyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan resdung adalah jerawat hasil dari kuman resdung yang makanya jerawat ini dikategorikan JERAWAT DEGIL.

Friday 25 May 2012

Selamat kah pengambilan minyak ikan (Omega) semasa kehamilan?

Entry ini saya rujuk melalui pembacaan AmericanPregnancy.org , so tiada istilah entry sekadar omong kosong. :)

Penyelidikan saintifik sentiasa memperluaskan pengetahuan kita tentang keperluan pemakanan semasa kehamilan. Antara perkembangan terkini dalam bidang ini, adalah penting omega-3 asid lemak dalam kedua-dua perkembangan bayi yang sihat dan kesihatan ibu.

Sebelum pergi lebih lanjut signifikan pengambilan Omega semasa kehamilan ingin saya ceritakan sedikit apa itu OMEGA?
Omega-3 adalah sebuah keluarga rantai panjang asid lemak poli tak tepu di mana  nutrien yang terkandung di dalam nya penting untuk kesihatan tubuh dan otak. Malangnya, ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan oleh itu mesti diperolehi dari diet atau makanan tambahan.

Hukum menyusui anak ketika mengandung

Soalan;


Apakah hukumnya dlm Islam seorang wanita yg sedang mengandung menyusukan bayinya (bayi lelaki) yg berumur 1 tahun. Adakah haram hukumnya? Saya ada mendengar pendapat drp org2 tua mengatakan tidak dibolehkan bg wanita yg sedang mengandung menyusukan lagi bayinya kerana susu ibu yg diberikan itu sudah menjadi milik adiknya yg didalam kandungan itu dan ianya akan mendatangkan penyakit kpd si bayi yg menyusu tersebut. Tetapi drp pembacaan pula, saya ada terbaca artikel mengenai perkara tersebut. Artikel itu mengata tidak salah wanita mengandung menyusukan bayinya asalkan ianya tidak memudaratkan dirinya sendiri. Jadi saya ingin mendapatkan kepastian ustaz mengenai perkara ini dari segi hukum Islam.

Wednesday 23 May 2012

Mitos nutrisi tentang kehamilan

Kehamilan bukan masa yang mudah dalam kehidupan seorang wanita dan banyak dikaitkan dengan perubahan nutrisi, aktiviti fisik, ukuran baju, minat, kesihatan dan sebagainya.

Berikut empat mitos keliru tentang nutrisi selama kehamilan:
Mitos Pertama: wanita hamil perlu makan untuk 2 orang.
Seorang wanita hamil memerlukan tambahan 300 kalori satu hari. Hal ini bukan berertiwanita hamil harus makan lebih untuk dua orang. Suapan makanan yang berlebihan akan menyebabkan ibu dan juga bayi kelebihan berat badan.

Manfaat telur untuk kesihatan anak

Telur adalah makanan berprotein tinggi yang mudah dan murah untuk didapati. Untuk memenuhi gizi protein anak, kebanyakan orangtua dulu-dulu  lebih mampu memberikan telur yang harganya jauh lebih rendah dari  daging, ayam atau ikan. Kerana keadaan kewangan yang terbatas, akhirnya orangtua memberikan makanan telur setiap hari kepada anaknya.

Tuesday 22 May 2012

Jom mengenali sifat lelaki berdasarkan rambutnya!!!!

Lepas baca nih cuba tengok rambut boyfriend,papa,hubby,abang, adik lelaki atau rambut sendiri!!!

1) RAMBUT LURUS
- bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan berpotensi dalam bidang kesenian.


2) RAMBUT KERINTING TEBAL
- kurang bijak, degil, cenburu kuat, romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,

Monday 21 May 2012

Katakan TIDAK pada masalah kulit

Dalam dunia terdapat bermacam jenis masalah kulit. Ada masalah kulit berjerawat, bersisik, bernanah,berminyak,berkedut, ton kulit tak sekata dan banyak lagi masalah kulit yang kronik. Namun begitu ada sesetengah masalah kulit masih boleh kita atasi dengan cara penjagaan kulit yang betul dan konsisten, pemakaian produk kulit yang betul-betul bersesuaian atau dengan pengambilan vitamin khas untuk penjagaan kulit.

Perlu di ingatkan kulit yang senstif sangat memerlukan kita berjaga-jaga dengan setiap produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia yang mungkin tidak bersesuaian dengan kulit kita. Ada sesetengah kulit alah dengan wangian dan sebagainya.

ESP dan slimming set memang BEST...badan slim, cela dan parut hilang,pujian pun dapat..

ESP sememangnya salah satu produk terlaris yang telah ramai memperakui keberkesanannya. Saya juga sebagai pengguna tegar ESP turut bersetuju penggunaan ESP bukan hanya bersandar pada  satu kebaikan tetapi banyak kebaikan dalam satu hidangan minuman. Tak perlu cakap banyak kali nie saya nak share testimoni Pn Nana yang telah menggunakan ESP dan set slimming Shaklee.  Jom baca keterujaan  Pn Nana  pada perubahan wajah dan bentuk badan.

Sunday 20 May 2012

Lihat badan dan pinggang ku..Rampingkan..

Entri kali nih saya nak bawak semua mengenali lebih lagi set slimming Shaklee dengan membaca testimoni dari pengguna yang memang super duper sangat berpuas hati dengan set nie..

Testimoni pertama:

Al kisah nya baru 2 bulan amik set ni tapi sangat menakjubkan dari saiz 50 dah boleh pakai saiz 46. Absolutely amazing pejam celik je 2 bulan tu.. Tahniah.. saya pulak teruja.



Lecithin bertindak untuk pecahkan lemak dan pengelmulsi semulajadi dan mempunyai kesan melekat kat lemak menyebabkan lemak terapung dalam darah. Herb lax sebagai detoks manakala Cinch shake sebagai pembakar lemak.


Saturday 19 May 2012

Mengapa Cik B berubah selepas kehamilan? Mengapa tak kekal sama je..


Bagaimanakah payu dara ibu-ibu akan berubah dari semasa kehamilan sehinggalah tempoh penyusuan.

Soalan-soalan yang sering kita dengar dari mulut seorang wanita yang telah menjadi ibu atau bakal ibu antaranya ialah,

Mengapa Cik B saya jadi semakin besar dengan cepat?

Sebab Cik B sedang bekerja untuk menghasilkan susu yang mencukupi untuk bakal baby yang akan lahir. Semasa kita hamil, paras hormon estrogen dan progesteron yang tinggi boleh menstimulasi kalenjar susu. Sebab itulah saiz bra lebih besar dalam tempoh awal kehamilan tetapi akan terhenti atau lambat pada penghujung trimester pertama. Silalah dapatkan saiz bra yang baru ye.

Mengapa puting kelihatan gelap dan berlekuk?

Ia berpunca dari hormon. Awal trimester pertama, puting akan menonjol dan kalenjar montgomery (behagian berlekuk yang kecil yang mengelilingi bahagian areola) juga menonjol tanda bersedia untuk menyusukan bayi nanti. Puting pula gelap juga sebab hormon dan ia menstimulasikan sel penghasilan pigmen. Oleh itu bersedialah  untuk dapat puting dan areola yang lebih gelap semasa kehamilan.

Cik B kelihatan macam tak simetri sebelum hamil. Tapi sekarang lagi teruk bila hamil. Mengapa?

Sebab Cik B sangatlah sensitif dengan hormon. Contohnya kalau ibu-ibu ada Cik B yang berat sebelah, sebelah yang lebih kecil mungkin kekurangan hormon kerana terdapat kurang tisu payu dara. Sebab itu masa kehamilan Cik B tak dapat membesar dalam kadar yang sama. Kes yang lain pula, kalau pernah buat pembedahan pada salah satu payudara , mana Cik B yang ada kesan parut juga akan kurang hormon kehamilan.

Ada cara tak nak halang atau kawal Cik B dari melendut?

Tidak ada banyak cara nak kawal Cik B dari melendut  kecuali pastikan memakai bra sokongan dan berat badan yang stabil. Kalau ibu-ibu ada Cik B yang melendut kadang kala faktor seperti keturunan, berat badan dan saiz Cik B semasa hamil turut memainkan peranan. kebanyakan payudara wanita akan berubah menjadi kecil, atau lebih besar atau yang bernasib baik akan kekal sama.

Ada banyak krim di pasaran yang boleh menegangkan semula Cik B tetapi dalam masa beberapa minit kesan nya akan hilang. Sapuan krim dan losyen pada bahagian luar Cik B tidak dapat memberi kesan di dalamnya.

Cik B rasa sakit semasa menyusukan  anak. Mengapa dan apa harus ibu-ibu lakukan?

Cik B mungkin bengkak dan itu petanda Cik B sedang mengalirkan susu. Cara terbaik ialah mengepam susu atau menyusu kan bayi dengan kerap. Ibu-ibu boleh juga letak pek ais pada bahagian yang bengkak bagi kurangkan rasa sakit. Nak cara tradisional boleh juga sejukkan kubis dalam peti sejuk. Bila dah sejuk ambil kelopak kubis dan letakkan dalam coli.

Ingin mengembalikan keanjalan Cik B anda ?? Jom la baca nak share dengan anda semua.      -KLIK-


Thursday 17 May 2012

Rezeki kurniaan Allah SWT

Kita sering beranggapan rezeki itu wang ringgit. Pada hal sebenarnya wang ringgit hanyalah secubit daripada limpahan rezeki kurniaan ilahi buat hambanya.

Bagaimana nak terangkan pada anak-anak apa itu rezeki?

"Ibu, Mimi pelik kenapa Atuk Usop hidupnya miskin sedangkan Atuk Usop tak pernah tinggal solat, baik, slalu berdoa minta dimurahkan rezeki.. Allah tak sayang Atuk Usop ke ibu?

Orang miskin hidupnya miskin tak bermakna Allah tak sayangkan Atuk Usop.Atuk Usop mungkin miskin wang tapi Atuk Usop kaya pahala,kaya budi pekerti dan Allah berikan Atuk Usop tak sakit. Rezeki adalah luas bukan semata-mata wang ringgit. Tubuh badan yang sihat tak selalu sakit dan perasaan tenang juga adalah rezeki.

Wednesday 16 May 2012

Bila anak enggan makan. Cubala Meal Shakes

Ada waktunya ibu bapa kehabisan idea memujuk anak-anak makan makanan yangberkhasiat. Anak-anak yang membesar memerlukan diet pemakanan yang yang sarat dengan gizi seimbang.Sekiranya sejak awal-awal lagi anak dah disogokkan dengan makanan ringan, tak mustahil mereka akan menolak mentah-mentah makan makanan berkhasiat.

Dalam umur 1-5 tahun, kanak-kanan biasa nya akan takut untuk mencuba makanan baru. Mereka jadi lebih memilih dan hanya makan makanan kegemaran mereka je.Sayur adalah makanan yang biasanya ditolak oleh kanak-kanak.

Tuesday 15 May 2012

Berkerjaya bukan penghalang untuk menyusukan si manja!

Ramai ibu-ibu berkejaya dalam dilema sama ada berjayakah penyusuan susu ibu secara ekslusif pada c manja sedangkan kekangan waktu membataskan proses untuk memerah susu di tempat kerja??

Ramai ibu yang keliru dan tertanya bila dan bagaimana hendak melakukan pemerahan sewaktu di tempat kerja. Berapa kali? Di mana? Bagaimana?Sempatkah? Berapa lama perlu memerah bagi satu sesi. Saya cadangkan ibu semua perlu ada 1 jadual pemerahan yang sesuai dengan jadual sibuk di pejabat dan susukan bayi sebelum pergi kerja.

Monday 14 May 2012

Cara cepat dapat Jodoh mengikut cara Islam

Assalamualaikum and greeting to all,
In The Name of Allah
The Most Gracious and The Most Merciful..
Allah..please give me the best ever for Islam..
*Allahu Rabbal ‘Alamin..please give me the best ever for ISlam*
Siapakah jodoh kita, bila waktunya tiba, di mana akan dipertemukan, adakah ia benar-benar orang soleh/solehah?

 Semua itu rahsia Allah Swt.

Jodoh adalah Taqdir Allah Swt
Allah Swt menetapkan tiga bentuk taqdir dalam masalah jodoh. Pertama, cepat mendapatkan jodoh. Kedua, lambat mendapatkan jodoh, tapi suatu ketika pasti mendapatkannya di dunia. Ketiga, menunda mendapatkan jodoh sampai di akhirat kelak. Apapun pilihan jodoh yang ditentukan Allah adalah hal terbaik untuk kita.

Penangan set penyusuan..ESP memang hebat!!

Jom baca testimoni pengguna mengenai Energizing Soy Protein (ESP). Apa kata mereka? Let's the testimoni talk.

Testimoni Puan Norul Haslizan:

Kisahnya baju lencun dek kerna susu. Bila pam dapat 15oz satu sesi. Hebat tu...

Testimoni Puan Shima:

Beliau amat berpuas hati dengan set penyusuan ditambah pula dengan ESP yang menjadikan susu lebih pekat,berlemak dan berkrim. Ini adalah hasil pumping beliau yang ketiga untuk hari tersebut. Susu yang masyuk!!!


 Tahniah buat mereka.

Sila -KLIK-  Jom usha set penyusuan pulak..

Apa yang ditunggu lagi. ESP memang telah diperakui ramai ibu-ibu menyusu membantu sebagai "milk booster" disamping alfalfa dan kalsium. Bagi anda yang nak dapatkan ESP,dapatkan nya hari ini. Hubungi mamaBatrisyia82@gmail.com / 017-6706342/ Add Fb Azimah SuĂșt.

Memang berbaloi!!!

Penyusuan berjaya, masalah lain pun pulih... sukenyerr..

Jom kite baca pula testimoni dari pengguna yang memilih menggunakan set penyusuan. Beliau baru menggunakan produk Shaklee 2 bulan tapi hasilnya produksi susu beliau bertambah oz. Apa yang mengembirakan beliau juga ada masalah keputihan tetapi dalam masa 2minggu sahaja masalah itu pulih kerana dalam set penyusuan ada Alfalfa yang membantu mengatasi masalah keputihan.

Jom baca testimoni ini...

Wajah merah-merah gebu dengan set penyusuan 3M

Set penyusuan Shaklee memang hebat. Rata-rata pengguna memang berpuashati. Apa yang lebih menarik, ibu-ibu yang mengambil set penyusuan ini bukan sekadar merasakan perubahan pada produksi susu mereka malahan kecantikan pada kulit juga terserlah. Mengapa kulit jadi cantik? Apa kaitan dengan vitamin set penyusuan? Dalam set ini terdapat vitamin B dan vitamin C yang memang kita sedia maklum sangat bagus untuk kecantikan kulit.

Jika mengambil tambahan ESP, bertambah cantik la kulit tu sebab protein ESP membantu membaiki sel-sel yang telah rosak. Bila sel dah dibaiki maka,penyerapan vitamin adalah lebih baik.

Sunday 13 May 2012

Hubungkait Vitamin B dan C dalam dunia kecantikan

Entri yang lepas saya dah citer pasal Vitamin E, so kali nih nak citer plak pasal Vitamin B dan C dalam dunia kecantikan. Kenapa set kecantikan Shaklee ada Vitamin E,B dan C?
Walaupun set kecantikan ini tidak didatangkan dengan harum haruman namun kebaikan yang ditawarkan bagi wanita-wanita yang sangat mementingkan kecantikan adalah tidak boleh dipertikaikan lagi.

Jom baca apa yang bagus nya vitamin kecantikan Shaklee..

Thursday 10 May 2012

Masalah keputihan sindrom derita dalam senyap!!

Minggu lepas ada yang inbox pada saya menceritakan masalah keputihan yang dihadapi. Supplemen apa yang boleh membantu mengatasi masalah keputihan tersebut.

Masalah pertama:

Macam mana nk putihkan semula celah kangkang yang dah hitam dan dah merebak disebabkan masalah keputihan yg melampau. Dah guna macam-macam produk tapi tak berhasil dan memandangkan beliau tak lama lagi nak berkahwin agak malu la kalau suami nya nanti tengok.

Masalah Ke-2:

Dah berkahwin 2 tahun tapi tiada tanda akan hamil. Setiap kali period beliau senggugut yang agak kuat. tapi bila tak period ada pulak keputihan yang banyak lebih-lebih lagi bila nak dekat period.Kadang-kadang keputihan beliau ada ketul-ketul putih. Adakah sebab tu beliau susah hamil?

Atasi Keputihan Sebelum Parah ~ Keselesaan Ketika Bersama ~

Keputihan sememangnya menganggu. Keputihan yang bnyk semestinya menyebabkan kita tak selesa, rimas, gatal-gatal dan kurang yakin pada diri ketika bersama suami. Kalau belum kahwin tapi keputihan byk, tentu hati risau.
Anda ada keputihan? Tapi tak tahu nak bezakan keputihan yang biasa dengan keputihan yang luar biasa.

Antara suami yang romantik dan bertanggungjawab, yang manakah menjadi dambaan?

Salam Jumaat sume..Saya terpanggil nak menulis tentang hubungan suami isteri selepas membaca luahan rasa seorang wanita tentang kehidupan nya selepas berkahwin. Ini saya nak jadikan pengajaran buat yang lalai.
Saya nak berkongsi cerita nya begini..Al kisahnya hubby nya tak pandai memujuk,berbual dan berkomunikasi apatah memuji si wifey pandai masak,pandai bergaya or segala pujian yang patut dapat oleh seorang isteri.
Yang buat lagi klakar, si hubby nye dahle payah nak memuji tapi bile memuji sakit nye hati bukan kepalang.. yelah kan.. sape yang tak marah or kecik hati kalau hubby memuji guna ayat camni..
"Cantiknya hari ni , macam nak pegi mengurat Mat Bangla, tak pun Pria Lombok".
Kot ye pun nak menegur janganle guna bahasa yang kasar sebab bahasa macam ni wifey benci tau walaupun teguran tu adalah benar.

Wednesday 9 May 2012

Kenali jerawat apa yang menyerang muka anda?

Entri kali ni berkisah tentang jerawat.Sapa suka jerawat? Tiada seorang pun yang akan cakap suka jerawat. Betul tak?? Pernah tak antara kite bertanya kenapa bentuk jerawat yang timbul kat muka kita nih berbeza dengan bentuk jerawat yang timbul kat muka kawan-kawan, ahli kuarge,sepupu sepapat or atuk nenek kite. Warna jerawat yang ada kat muka korang warnanya merah,besar pulak tu sedangkan kat muka teman korang tu putih kecik-kecik ja.

Well, jawapan nya ialah jerawat di muka korang adalah berbeza dengan yang di muka teman tadi tu. Jerawat kat muka korang namanya jerawat papule sedangkan kat teman tu namanya whiteheads. Bagi yang bingung,meh sini saya jelaskan tentang jenis-jenis jerawat tersebut.

Kulit bebas cela dengan vitamin E

Sambungan pada entri yang sebelum nih, apa vitamin yang boleh buat kulit bebas jerawat,cantik dan berseri, jerawat pun takut nak singgah kat muka. Meh nak citer sikit vitamin Shaklee untuk kecantikan kulit. Entri kali nih kita baca dalam keadaan relax ja ok..takde macam baca buku sains ok.

Vitamin E

          Nak tanya lah korang kalau beli produk kecantikan ada tak korang perasan kandungan nye terkandung Vitamin E ? Klu tak perasan pasni klu beli pencuci muka tu belek-belek lah kandungan dalam tu ape. Memandang dalam produk kecantikan dah ade vitamin E, dah sah-sah lah vitamin E tu bagus untuk mencantikkan kulit-kulit yang mana dah usang tu. Kulit pun halus,berseri dan gebussss!!

Monday 7 May 2012

Relaktasi?Ingin menyusui kembali tapi susu dah kering??

Sejak beberapa hari nie ada yang bertanya pada saya bolehkah mereka menyusui semula bayi mereka sedangkan mereka dah lama berhenti menyusui bayi?

Jawapannya sudah tentu tetapi perlulah dengan keazaman dan semangat dah set dalam otak "saya pasti mampu menyusui semula bayi saya".  Jadi sekiranya ibu kembali menyusui anak inilah yang dinamakan RELAKTASI atau kembali menyusui. Akibat dari bayi berhenti menyusu inilah yang menyebabkan susu kering.

Persoalan nya MUNGKINKAH sudah berhenti menyusu tapi kemudian menyusu kembali padahal dah berhenti menyusu selama 2 bulan atau lebih..contohnya. Perlu diingatkan sepanjang tempoh "berehat" itu produksi susu dah tentu menjadi sangat berkurang atau langsung terus kering.

Nah.. pada saat ibu timbul keinginan untuk menyusu kembali, seluruh organ yang memproses susu ibu perlulah berada dalam keadaan bersedia sebab ibu dah memilih nak menyusu kembali. Ingat tu.. ibu perlu bersedia!!!

Sunday 6 May 2012

Tubuh segar,wajah berseri semasa berpantang

Penantian untuk bergelar ibu dan bapa sudah berakhir. sudah pastinya mama n papa baru amat teruja untuk menatap wajah zuriat buat pertama kali. Tahniah!!!

Pada masa yang sama, mam n papa pasti rasa gementar memasuki dunia baru bersama bayi. segala-galanya terasa asing dan walaupun mama n papa dah tahu serba sedikit mengenai penjagaan bayi. Dalam tempoh ini juga, mama yang baru melahirkan akan melalui tempoh berpantang.

Persoalan nya bagaimana mama semua mempersiapkan diri dan menghadapi saat berpantang? Pengambilan makanan semasa berpantang adalah terhad disebabkan itulah mama semua perlukan supplemen untuk membaikpulih tubuh supaya kembali sihat. Sesetengah mama menghadapi depresi selepas bersalin atau mungkin meroyan. ooo..jangan sampai begitu ya.. kesian baby baru yang perlu penjagaan.

Wow.. slimming set sangat Amazing..muka pun berseri

Di sini saya nak berkongsi testimoni dari seorang pengguna slimming set. Tahniah buat beliau kerana dah dapat berat badan yang di ingini dan ternyata beliau amat berpuas hati dengan pengambilan supplemen slimming set Shaklee.


Langsing selepas bersalin..ketahui caranya

Bolehkah aku menurunkan berat badan seperti zaman remaja dahulu? Berapa lama untuk aku menurunkan berat badan selepas bersalin? Ini antara persoalan yang sering bermain di minda wanita tatkata berat badan  meningkat ketika mengandung.

Apabila melahirkan anak, selain kegembiraan  kerana dikurniakan hadiah kecil yang cukup comel dan indah tentu seklai terselit kerisauan. Kerisauan teantang berat badan tidak turun dan sukarnya untuk kembali seperti dulu.

Usah risau! Peluang bagi ibu melahirkan anak untuk langsing masih ada. Caranya ialah samaada melalui pemakanan atau pengambilan supplemen.

Saturday 5 May 2012

ESP - Susu banyak, badan sihat, baby pun sihat, parut kulit hilang,jerawat tiada

Tadaa..kali nie nak kongsi tips dan rahsia susu yang meriah di entri sebelum nie. Sila -KLIK-. 
Saya sebagai mami baru sangat menyokong penyusuan susu ibu. Sepanjang tempoh kehamilan saya,setiap hari jika ada masa terluang mesti nak google pasal penyusuan. Tak sempat baca kat opis, saya print baca kat rumah plak so that kat rumah tak payah nak dok depan laptop dah. Ilmu tu penting sebab banyak yang saya tak tahu pasal penyusuan dulu. Tapi sekarang Alhamdulillah kalau orang tanya bolehlah nak jawab iyerr...meh..meh nak tanya apa? Silakan.

Masalah kesuburan? Peluang tingkatkan kehamilan dengan supplemen.

Masih "kosong"selepas beberapa bulan melayari bahtera perkahwinan mengundang keresahan ramai pasangan. Tekanan semakin hebat apabila bulan bertukar tahun,namun zuriat yang ditunggu masih tidak kunjung tiba
Bagaimana ini terjadi dan masih kah ada peluang untuk bergelar papa dan mama? Insyallah sekiranya anda berusaha jalan nya tentu ada.

Secara umumnya kesuburan seseorang wanita itu berkait dengan kemampuannya mengeluarkan telur. Telur akan keluar sekali dalam tempoh 1 pusingan haid. Waktu telur dikeluarkan dikenali sebagai waktu subur. Bagi wanita yang mempunyai pusingan haid teratur, pengeluaran telur akan biasa akan berlaku pada hari ke-13 atau 14 (dikira dari hari pertama haid keluar). Disebabkan itulah sekiranya ingin merancang mempunyai anak disarankan melakukan hubungan kelamin pada waktu ini.

Set Kesuburan Lelaki ~Peluang Tingkatkan Tenaga & Kualiti Ketika Bersama~

Nak tingkatkan tahap seksualiti dan kesuburan lelaki ada beberapa suplemen dari Shaklee yang boleh membantu.  Bukan hanya pihak isteri sahaja ya yang perlu berusaha, di pihak lelaki pun perlu berusaha juga. Baru lah adil, rumah tangga pun bahagia. Seringkali masalah ketidaksuburan dikaitkan dengan wanita, begitulah ego seorang lelaki lumrahnya tak nak buat pemeriksaan doktor. 

Set kesuburan wanita

Bagi para wanita yang ingin meningkatkan tahap kesuburan saya menawarkan beberapa supplemen dari Shaklee yang bisa membantu anda meningkatkan kesuburan. Walau bagaimana pun perlulah di ingatkan bahawa ini adalah hanya salah satu cara untuk membantu anda berusaha. Selebihnya berserah kepada yang maha Esa kerna hanya Dia yang memakbulkan impian anda. Kalau tak berusaha manakan dapat hasil nya kan.
Set kesuburan bagi wanita

GLA - Gamma Linolenic Acid
  • Merupakan sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi nya berupaya menstabilkan hormon wanita,mengawalatur kitran haid yang tidak menentukan. Kitaran haid yang teratur membolehkan wanita mengenalpasti waktu subur seterusnya merancang proses kehamilan. Pada ketika waktu subur peratusan persenyawaan meningkat.

Friday 4 May 2012

Rezeki dinihari jam 3pagi

Assalamualaikum semua.. tengah pikir-pikir nak update entri apa hari ni. Terfikir nak berkongsi dengan pembaca dan pelanggan mama Batrisyia tentang rezeki dinihari jam 3 pagi pada 3 May 2012.

Syukur Alhamdulillah hari nie dah genap 6bulan 2minggu 5hari saya menyusukan Iman secara ekslusif tanpa FM. Tolak 3 hari di awal kehamilan Iman terpaksa di beri FM sebab Cik B takde susu langsung. Nak tak nak terpaksa jugak sain surat kebenaran bagi FM kat Iman. After 3days bertungkus lumus stimulate Cik B akhirnya no more FM for Iman.

Tetapi keadaan sekarang dah berubah, dengan bangga nya saya cukup kagum dengan diri saya sebab dapat bertahan menyusukan Iman sampai sekarang.This is my first baby cukup kagum success BF. Insyallah akan diteruskan ke peringkat tertinggi.

Thursday 3 May 2012

Bye bye rambut rapuh dan gugur

"Saya mempunyai masalah rambut yang mudah kusam dan selalu keguguran rambut dengan banyak" Adakah anda punyai masalah begitu?

Di entri sebelum ini pasti nya anda semua dah baca kan mengapa rambut wanita selepas bersalin banyak yang gugur. Jika masih ingat antaranya perubahan hormon. Nah di entri ini pula saya akan bagi tips apa yang perlu anda lakukan untuk mengurangkan hati yang kusut akibat rambut gugur yang banyak tu.

Sebenarnya kekurangan nutrisi seperti zink dan protein akan menyebabkan rambut anda cepat patah dan gugur. Ini adalah pendapat ramai pakar rambut ye. Sebenarnya rambut gugur tidak boleh dihentikan tetapi boleh dikurangkan kalau anda berusaha. Kalau dibiarkan silap hari bulan kepala botak dan rambut pun menipis. Hilang sudah seri rambut. Kalau pakai tudung boleh la cover lagi kepala tu.

Wednesday 2 May 2012

Dilema wanita: Rambut yang gugur melampau-lampau..

"Rambut saya banyak gugur lah lepas bersalin"

Sering kali terdengar ramai kaum wanita mengadu mengalami keguguran rambut. Itu adalah normal kerana  wanita mempunyai anggaran 100 ribu helai rambut di atas kulit kepala sudah semestinya ada rambut yang gugur setiap hari kan.

Bagi wanita yang lepas bersalin mesti ada yang cakap "Rambut saya banyak gugur lah lepas bersalin". Si suami pulak menegur rambut mama ade di mana-mana, dalam bilik,atas katil,kat dapur, ditepi-tepi dinding, dalam toilet lagi la segenggam kot rambut mama bile dikumpul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...