Monday, 5 November 2012

Titisan Ajaib Buat Bayi Pramatang

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, walaupun masih berada dibilik bersalin, segera berikan susu ibu kepada bayi. Hisapan susu ibu yang pertama ini amat berkhasiat untuk bayi yang baru lahir. Sejam pertama penting untuk merangsang penghasilan susu.

Bagi bayi yang dilahirkan normal, teruskan memberikan susu ibu kepadanya. Kolustrum yang berwarna kuning yang kaya dengan antibody amat diperlukan oleh bayi.
 
Bagaimana pun bagi bayi pramatang yang mempunyai system imuniti amat lemah, berilah susu ibu yang baru diperah kerana kandungan antibody sama dengan usia bayi yang pramatang. Hanya susu ibu yang sama sejajar dengan usia bayi. Hantarlah susu perahan dan lawat setiap hari bayi Ibu kerana selain susu bayi pramatang memerlukan sentuhan dan belaian ibunya.
Jangan dibekukan susu perahan kerana susu yang dibekukan tidak sesuai dengan bayi pramatang. Cuba dapatkan bahagian yang lebih berlemak pada susu ibu yang biasanya perahan susu ibu selepas 10minit pertama untuk bayi Ibu.
Simpan susu dalam bekas mengikut keperluannya. Contohnya jika bayi minum 10ml, maka simpanlah susu dalam botol 10ml agar tidak membazir. Tukar susu lebihan di dalam peti sejuk wad dengan susu yang baru setiap kali anda melawat bayi untuk menghantar susu. Bayi pramatang memerlukan susu segar untuk membina system imun dalam badannya.
Selain itu, memberi susu perahan, lakukan sentuhan urutan, dan belaian mesra akan membuatkan bayi Ibu lebih bersemangat dan menghilangkan rasa takutnya semasa dalam incubator.
Belaian kasih dan kehangatan tubuh ibu bukan sahaja merangsang dan mengukuhkan jalinan kimia antara ibu dan anak sebaliknya kaedah itu juga dipercayai berupaya memberi semangat kepada si bayi untuk sentiasa berada dalam keadaan stabil supaya proses tumbesarannya berjalan lancar.


Masih dahagakan TIPS PENYUSUAN yang lain? Jom KLIK


 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...