Saturday, 14 July 2012

Penyusuan Ketika Berpuasa Tapi Takut Susu Kering

Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan menganggu pengeluaran susu ibu. Sebaliknya bersandarkan kepada keupayaan ibu mengosongkan payu dara secara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus atau pemerahan payu dara.

Perlu ibu tahu bahawa hormon yang mempengaruhi susu ibu dalam menjayakan penyusuan melibatkan hormon prolaktin dan oksitoksin. Prolaktin menghasilkan susu ibu manakala oksitoksin merembeskanya keluar. Tahukah ibu-ibu istilah (FIL) Feedback Inhibitor of Lactation? Ia merupakan factor penentu ke  arah penyusuan yang berjaya ketika berpuasa ataupun tidak.

Terdapat sejenis protein yang berkumpul dalam payudara  iaitu FIL. Ia sering member tindak balas negative kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul akibat kurang rangsangan penyusuan (bayi menyusu direct fed) atau payudara tidak dikosongkan. Apabila tahap FIL terlalu tinggi berkumpul maka isyarat kepada otak agar penghasilan susu ibu dikurangkan kerana kurangnya permintaan. Jika ada permintaan maka penawaran ada. Macam Istilah ekonomi pula kan. Hal sebaliknya berlaku jika payudara kerap dikosongkan maka jumlah FIL yang rendah akan menghantar isyarat pada otak agak lebih menghasilkan susu lebih banyak bagi menampung permintaan yang sedia ada.



 Bagaimana jika susu kering?
Apa yang  penting ialah sentiasa berfikiran positif, terus menanam azam jitu bagi meneruskan penyusuan sepanjang berpuasa  dan pada masa yang sama memastikan diri mengamalkan pemakanan seimbang dan menyihatkan.

Jangan terlalu khuatir dengan memikirkan amalan berpuasa bakal menjejaskan penghasilan susu ibu dan jadikan susu kering. Jika ibu bimbang melampau-lampau akan menimbulkan perasaan tekanan yang akhirnya mendorong kemerosotan bekalan susu ibu.

Pengeluaran susu ibu yang berkurangan bukan disebabkan oleh ibadat puasa. Sebaliknya adalah kerana tekanan yang dihadapi menyebabkan tindakan reflex let down terhalang.  Cara mudah hanyalah perlu bertenang kerana ketenangan bakal menghasilkan susu lebih banyak kesan dari  hati yang gembira dan tenang.

Walau bagaimana pun ingin di ingatkan amaun susu ibu  mungkin berkurangan pada hari pertama berpuasa. Namun jangan risau sangat  seperti yang saya nyatakan tadi perlulah selalu mengosongkan payu dara. Jika bersama bayi, susu kan sekerap mungkin secara terus. Jika berkerja jangan di tinggalkan aktiviti memerah dan sila kosongkan payu dara sebaik mungkin dengan mengepam susu setiap 2-3 jam sekali..

Biarpun berpuasa, pemerahan payu dara perlu berlangsung seperti biasa. Sebaik-baiknya mulakan rutin seawal pagi iaitu ketika waktu sahur kerana amaun susu ibu pada waktu ini masih bannyak. Sama juga selepas ibu berbuka puasa segeralah mengepam susu.

 Bagaimana menangani dehidarasi?

Dehidrasi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Oeh itu titik beratkan hal ini dengan pengambilan air yang cukup ketika bersahur dan berbuka. Jika ibu mengalami dehidrasi yang teruk akan mengakibatkan tekanan darah rendah,letih , menggigil, loya, pening, haus melampau. Apa yang perlu dilakukan jika ibu dehidrasi? Segeralah berbuka puasa jika berpuasa itu memudaratkan kesihatan ibu hukumnya wajib berbuka.
Meminum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir badan yang terhidrat. Hal ini disebabkan garam penting dalam mengembalikan kandungan sodium dan potassium dalam tubuh.

Minuman Isotonik Tanpa Gas membantu mengekalkan bendalir dalam tubuh agar tidak dehidrasi. KLIK PERFORMANCE DRINK

 Penting !!
Ibu juga boleh mengamalkan pengambilan vitamin tertentu di mana dengan mengambil vitamin secara konsisten mampu untuk membantu penghasilan susu ketika berpuasa. Penyusuan anak lelaki memerlukan lebih tenaga. Jadi makan lebih banyak nasi ketika bersahur. Jika anak perempuan, makan lebih buah-buahan dan sayur sayuran. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...