Tuesday 30 October 2012

Saya Menginginkan Penyusuan Ekslusif. Anda Bagaimana?

Penyusuan bayi secara ekslusif bermaksud penyusuan secara ekslusif di mana hanya menyusu susu ibu tanpa makanan atau minuman lain selama enam bulan pertama. Penyusuan ekslusif ini sangat penting bagi memastikan kesejahteraan ibu dan bayi secara mental dan fizikal.

Saturday 27 October 2012

Teknik Mengepam Untuk Hasil Yang Optimum

Bagi mendapatkan hasil yang optimum setiap kali pam susu, ada perkara yang perlu dititikberatkan sebelum memulakan sesi mengepam. Ramai yang tak puas hati setiap kali pam dapat 3oz-5oz sahaja. Jangan begitu sekurangnya Ibu patut bersyukur dari takde langsung kan. Bila dikumpulkan hasil yang Ibu anggap sedikit itu akan jadi banyak.Sekarang saya ingin kongsi tips bagaimana Ibu boleh tingkatkan hasil  perahan lebih dari biasa.

Friday 26 October 2012

Hasilkan Rezeki Meriah,Sedap dan Pekat Dengan ESP, Memang Berbaloi

Kawan-kawan datang rumah ramai yang tanya bagaimana saya dapat maintain penyusuan sehingga kini. sedangkan ini anak pertama saya. Jawab saya, semua ibu boleh maintain penyusuan asal saja rajin, kuat semangat dan inginkan terbaik buat si manja. Saya juga gemar mencari Ilmu tentang penyusuan kerana sebelum ini saya memang apa pun tak tahu. Tetapi kini breastfeeding adalah jiwa saya.

Tips Simpan Stok Perahan Sewaktu Berpantang

Susu ibu sangat unik dan merupakan minuman penuh azimat yang dapat melindungi bayi daripada sebarang penyakit dan serangan jangkitan. Susu ibu adalah makanan semulajadi yang dianugerahkan khusus untuk bayi. Susu ciptaan Ilahi ini sememangnya memenuhi khasiat yang cukup untuk tumbesaran anak.

Sunday 21 October 2012

Tips Supaya Susu Sentiasa Meriah Ketika Berpuasa


Jadual pemakanan teratur yang berkesan yang mementingkan pengambilan makanan berkhasiat perlu diamalkan oleh ibu menyusu sepanjang masa terutama ketika berpuasa.

Amalan bersahur menjadi kemestian bagi ibu-ibu menyusu. Ini kerana sekiranya berpuasa tanpa pengambilan sahur yang betul ia boleh memungkin kan anda mengalami gejala hipoglisemia (kekurangan gula badan) dan air susu merudum.


Saturday 20 October 2012

Hukum Menyusukan Anak Angkat

Agama Islam sangat menggalakkan setiap ibu yang melahirkan anak untuk enyusukan sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya mereka mampu berbuat demikian. Namun begitu, Islam juga membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut dengan bantuan perubatan.

Thursday 18 October 2012

Psttt.. Situasi Yang Menakutkan. Kejap Kurus, Kejap Gemuk Semula

DIET yang sihat adalah amalan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Pengambilan pelbagai jenis makanan perlu bagi memastikan kesemua nutrien yang berguna dapat diambil bagi memastikan badan menyerap segala khasiat-khasiat tersebut.

Memang tidak dinafikan dengan melakukan DIET yang betul, ia mampu mengembalikan bentuk badan yang langsing serta menyerikan wajah dengan cara yang lebih semulajadi.

Friday 12 October 2012

Berpantang. Moden vs Tradisional



Wanita yang baru sahaja bersalin akan melalui proses berpantang selepas melahirkan anak. Di Malaysia amnya, wanita akan melalui proses tersebut dengan amalan berpantang yang tersendiri sama ada melalui cara moden atau tradisional.
Biasanya tempoh yang disarankan adalah 44hari atau 6 minggu. Ketika waktu tersebut tubuh wanita berada dalam perubahan hormone dan amat senang dijangkiti kuman jika diabaikan penjagaannya. Berpantang juga dapat mengembalikan bentuk badan ibu seperti sebelum hamil.

Wednesday 10 October 2012

Sembelit Sewaktu Hamil dan Berpantang, Anda Khuatir?

Sembelit adalah masalah yang melanda ramai wanita hamil.  Masalah buasir juga kerap berlaku ketika rahim semakin berat dengan janin yang makin membesar. Apabila melahirkan anak, ketika meneran, buasir akan bertambah teruk sehingga ada yang terkeluar dan tidak dapat dimasukkan semula ke dalam.

Tuesday 9 October 2012

Dari Rahim Wanita

Wanita telah dicipta dengan keistimewaan di mana di dalam anggota badannya mempunyai rahim yang berfungsi untuk membolehkan wanita mengandung dan melahirkan bayi. Organ peranakan tersebut menjadi tempat tinggal selama 9 bulan janin berkembang menjadi bayi sebelum lahir ke dunia.

Sunday 7 October 2012

Babymoon

Penyusuan bayi untuk dua minggu pertama boleh dikatakan ibarat bulan madu buat si ibu dan si manja sejurus ia dilahirkan di mana bayi adalah  fokus utama si ibu buat si kecil. Di waktu inilah ibu-ibu fokus untuk mengenal bayi dan kehendak bayi dengan beri tumpuan yang lebih dan penuh tanggungjawab. Di waktu ini gangguan dari pelbagai pihak haruslah seminimum yang mungkin. Di barat, ia digelar “Babymoon”


Saturday 6 October 2012

Sembelit Buat Anak Fobia Membuang Air Besar

SEMBELIT bermaksud perkumuhan usus yang sukar atau menyakitkan dan tidak kerap. Ia adalah normal bagi kanak-kanak, namun ia adalah situasi sementara dan ibu bapa tidak perlu bimbang. Apabila kanak-kanak tidak mengambil fiber atau serat yang secukupnya, kurang meminum air atau kurang bersenam, sembelit mungkin akan berlaku.

Monday 1 October 2012

Kolostrum dan Kehamilan

Bercadang ingin hamil kembali dalam masa terdekat tetapi masih punya anak yang masih menyusu badan. Adakah kehamilan akan mengurangkan kuantiti kolostrum setelah bersalin?

Kehamilan tidak menjadi masalah dan halangan untuk meneruskan penyusuan sepanjang tempoh kehamilan. Malah apabila bayi lahir , masih boleh menyusukan anak yang masih menyusu itu. Ia dipanggil tandem nursing. Penyusuan ketika hamil adalah normal tetapi harus diingatkan agar mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang sepanjang tempoh kehamilan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...