Thursday, 20 December 2012

Bayi Keliru Puting



Sekiranya tidak dapat menyusukan bayi terus dari payudara, ada beberapa pilihan kaedah yang boleh digunakan oleh ibu bagi mengelakkan anak keliru puting. Salah satu nya adalah pemberian botol. Namun selagi bayi yang berumur 4-6bulan, Ibu boleh memperkenalkan cawan latihan @ sippy cup.

Bagaimanapun , jika Ibu memilih untuk memberi susu perahan menggunakan botol, pastikan bayi berumur sekurang-kurangnya 4 minggu. Jika botol diperkenalkan terlalu awal kurang dari 4 minggu, itu akan menyebabkan masalah keliru putting atau bayi gemarkan aliran susu botol yang lancer tanpa perlu berusaha keras untuk hisap susu. Malah jika pengunaan botol yang terlalu kerap atau disalahgunakan, berupaya menjejaskan penghasilan susu ibu. 

Sebenarnya, selepas 4-6bulan, bayi tidak perlu lagi diperkenalkan dengan botol. Pada usia ini dia sudah boleh memegang cawan. Jika perlu, cuba pelbagai jenis cawan yang berbeza untuk kenalpasti yang mana satu sesuai buat bayi.

Ingin tinggalkan anak dibawah jagaan pengasuh? Ada segelintir bayi yang mungkin menolak untuk minum menggunakan mana-mana cawan atau botol. Dalam keadaan begini, cuba gunakan penitis atau picagari. Jika bayi sudah mula diperkenalkan  dengan makanan pejal, campurkan makanan dengan susu ibu yang banyak. Boleh juga sediakan yogurt yang dihasilkan dari susu ibu.

Selamat mencuba.

Inginkan lebih TIPS PENYUSUAN? Sila KLIK.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...