Wednesday, 15 August 2012

Perlukah PENGELUPASAN KULIT?

Vitamin ditakrifkan sebagai sekumpulan bahan organik yang diperlukan dalam jumlah yang sedikit untuk menghasilkan tindak balas tertentu bagi membolehkan aktiviti dalam sel dan untuk sel hidup secara normal dan sihat. Bukan hanya tubuh badan perlukan vitamin tetapi juga kulit perlukan vitamin untuk  untuk pemeliharaan dan pemuliharaan agar kelihatan segar dan sihat.

Antara jenis vitamin yang lazimnya diperlukan kulit yang sihat ialah vitamin A, Pro vitamin B5, E dan C. Vitamin bukan sekadar untuk kesihatan kulit tetapi juga diperlukan kulit yang cedera dan perubahan yang dilakukan secara mendadak pada kulit  sebagai contoh PENGELUPASAN.
Kaedah pengelupasan sama ada dilakukan secara pasif atau agresif secara hakikatnya mencederakan permukaan kulit. Sel yang terdapat dibawah kulit yang sedang mengalami kecederaan ini akan mengalami beberapa perubahan mendadak agar pemulihan permukaan kulit yang luka ini dapat berlaku dengan sempurna.

Dalam proses ini sekiranya vitamin kulit tidak diberikan,proses pemulihan kulit tidak berjalan dengan baik dan ini boleh menyebabkan kerosakan pada kulit serta beberapa gejala kronik seperti kulit menjadi terlalu sensitif pada pancaran matahari dan bahan kimia, tompok hitam timbul secara mendadak serta parut.

Tidak dapat dinafikan banyak produk penjagaan kulit masa ini menjanjikan kesan menakjubkan dalam sekelip mata. Jika diperhatikan dari segi saintifik dan ilmu perubatan, janji yang ditaburkan oleh produk ini amat membimbangkan kerana boleh membawa kesan mudarat dalam jangka masa panjang.

Hakikatnya perubahan mendadak yang dilakukan pada kulit seperti pengelupasan kulit tahap keterlaluan bagi individu yang mempunyai kulit kurang sensitif boleh menjadikan kulit kelihatan lebih menarik TETAPI apakah sel kulit kita terlalu AJAIB dan KEBAL dari kecederaan tanpa perlindungan zat semulajadi yang diperlukan kulit?
Anatomy of the normal skin

Kajian vitamin dalam kecantikan masih dianggap baru ini kerana selama ini produk kosmetik lebih menjurus kepada hiasan, bertujuan menampal dan melindungi ketidaksempurnaan pada permukaan kulit SEBALIKNYA mengabaikan pemuliharaan kulit. Hakikatnya kita tahu jika kulit dah cantik dan sempurna kita tentu tak perlukan kosmetik, mekap tebal kan untuk melindungi kecacatan pada kulit?

Peranan vitamin dah terbukti melalui kajian dan bukti kukuh mengenai beberapa peranan vitamin pada kulit. Contohnya terbukti berkeupayaan melindungi sel dan tisu badan dari kemusnahan akibat proses penuaan semulajadi, cara hidup tidak sihat seperti merokok dan minum minuman beralkohol dan pendedahan pada persekitaran yang kotor dan sebagainya.

Tidak perlulah kita mencederakan kulit dengan aktiviti kosmetik yang menakutkan seperti pengelupasan kulit, suntikan botox mahupun pembedahan kosmetik. Hanya ambil vitamin untuk kesan yang lebih selamat dan semulajadi.

Berkenalan dengan VITAMIN KECANTIKAN. Jom KLIK

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...