Wednesday, 14 November 2012

Keperluan Penyusuan Ikut Usia

Jangan khuatir apabila susu ibu yang keluar setelah melahirkan tidak seberapa jumlahnya. Biar berapa pun yang mampu Ibu hasilkan, itulah kuantiti tepat yang diperlukan oleh bayi. Seiring pertambahan usianya, jumlah susu ibu akan bertambah mengikut keperluannya.
 
Mama Batrisyia
 

Usia 1 hari
Bayi yang berusia sehari hanya memerlukan 5-7ml susu ibu atau setengah hingga sesudu makan bagi setiap sesi penyusuan. Pada usia ini saiz perutnya hanya sebesar biji kacang keras.

Usia 3 hari
Di usianya 3 hari pula , bayi memerlukan kira-kira 22-27ml bagi setiap sesi penyusuan. Bagi keperluan sehari pula dia memerlukan antara 200ml hingga hampir segelas air. Saiz perut bayi cuma sebesar buah ceria tau anggur ukuran sederhana.

Usia 1 minggu
Bayi yang berusia 1 minggu pula dianggarkan memerlukan susu ibu diantara 45-60ml bagi setiap sesi penyusuan. Dalam tempoh sehari, dia mampu menghabiskan kira-kira 400-600ml atau satu setengah gelas air. Memnadangkan growth spurt bayi semakin meningkat, jadi akan berlaku beberapa perubahan pada corak tidur dan penyusuannya. Hal ini terjadi dari perkembangan fizikal dan otaknya.

Usia 1 bulan
Apabila bayi mencecah usia  1bulan, keperluan penyusuanny mula meningkat. Dia memerlukan kira-kira 80-150ml susu ibu sekali penyusuan. Di bulan pertama dia akan menyusu 8-12kali sehari atau setiap satu setengah hingga tiga jam sekali mengikut permintaannya. Pada usia ini juga bayi sudah semakin mahir menyusu malah anada sendiri terutamanya yang baru bergelar ibu tidak lagi kekok untuk meyusukan si manja dengan selesa. Sekiranya anda akan kembali bekerja dalam tempoh terdekat, ini merupakan masa yang sesuai untuk memulakan latihan memerah, memberi susu ibu perahan dan menyimpan stok bagi kegunaan bayi ketika Ibu berpisah sementara dengannya nanti.

Usia 6 bulan
Ketika ini, bayi Ibu  sudah mula boleh diperkenalkan dengan makanan pejal namun penyusuan susu ibu masih perlu diperlukan bagi mengimbangi keperluan zat pemakanannya. Perlu ibu ingat bahawa makanan pejal yang diberikan bukanlah makanan utamanya diusia ini. Jadi susu ibu masih perlu diberikan seperti kelazimannya. Pada usia ini bayi memerlukan sekitar 720ml susu dalam tempoh sehari. Ibu digalakkan untuk menggunakan susu ibu perahan ketika menyediakan makanan pejal bayi. Ibu boleh campurkan dalam makanan bayi. Oleh itu rasa makanan pejal yang diberikan kepada bayi lebih kurang sama dengan susu ibu. Di usia tujuh bulan pula, keperluan susu ibu terus meningkat sehingga 875ml iaitu kira-kira 93% jumlah keseluruhan keperluan zat pemakanan si manja.

Usia 12 bulan
Dalam 11 bulan ke atas, keperluan susu ibu oleh si cilik mula berkurangan kepada sekitar 550ml sehari. Pada hari ulang tahun kelahirannya anak Ibu semestinya sudah biasa dengan makanan disajikan kepada orang dewasa. Oleh yang demikian, Ibu perlu pastikan rutin pemakanan sehariannya adalah pelbagai agar semua zat makanan yang patut diterimanya adalah seimbang.
Jadi, Ibu tak perlu bimbang lagi kalau-kalau bayi tak cukup susu atau sering tertanya mengapa bayi Ibu menyusu sekejap sangat. Bayi bila kenyang akan melepaskna puting payudara Ibu dengan sendirinya.
Inginkan bantuan supaya susu ibu lebih meriah? Ingin buat stok perahan sebelum kembali bekerja? Sila KLIK.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...