Thursday 28 June 2012

Amarah Seorang Suami

Seorang wanita mengadu kepada ayahnya sambil menangis: "Wahai ayahku,antara aku dan suamiku ada masalah kelmarin . Dia marah kerana sebuah ucapan yang keluar dari mulutku. Ketika aku mengetahui kemarahannya, aku menyesali apa yang aku perbuat dan aku meminta maaf kepadanya. Dia tidak mahu berbicara denganku dan memalingkan wajahnya dariku. Kemudian  aku terus berada di depannya hingga ia tertawa dan kembali menerimaku. Sebelum aku sangat takut kepada Tuhanku bila Dia menghukumku atas saat-saat aku telah membuat darahnya membara ketika dia marah."

Tuesday 26 June 2012

Dua Pertiga Kehidupan Dah Tamat, Tinggal Lagi Satu Pertiga Harus Diteruskan

Apabila kitaran haid yang sedang atau telah dialami oleh seseorang wanita selama kira-kira 40 tahun menjadi kurang tetap dan kemudiannya berhenti, maka berlakulah satu peringkat baru dalam kehidupan , iaitu menopaus.

Purata umur wanita yang menopaus adalah 50 tahun namun ia juga boleh terjadi di antara umur 45 tahun hingga 55 tahun. Ini bergantung pada sel ovari yang ada pada seseorang. Ia menandakan tamatnya keupayaan pembiakan dan putus haid. Perubahan ini berlaku secara semula jadi dalam badan wanita. Pun begitu, menopaus sering membawa pelbagai akibat, baik dari segi fizikal atau mental.

Wanita menganggap menopaus sebagai satu jangka masa yang membawa impak dan perubahan besar ke atas hidup mereka. Sementara para doktor menganggap sebagai satu fenomena perubatan. Menopaus merupakan kebimbangan kepada semua wanita kerana ia bukan tahap hidup yang selesa bagi mereka. Menjelang masa ini, wanita mula nampak lebih tua dan peranan mereka di rumah serta di kalangan masyarakat akan berubah.

Saturday 23 June 2012

Pelbagai posisi penyusuan versi video


Penyusuan, salah satu perbuatan yang paling semula jadi di dunia yang sangatlah digalakkan kepada semua ibu-ibu di dunia untuk dijadikan  amalan. Mempelajari  bagaimana untuk memegang dan menyokong bayi anda dalam kedudukan yang selesa semasa aktiviti penyusuan di jalankan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

Perlu diingatkan kepada para ibu apabila ibu telah mengambil keputusan untuk menyusukan sendiri bayi maka ibu semua perlu tahu bahawa ibu akan menghabiskan banyak waktu dan masa bersama bayi anda.

Friday 22 June 2012

Setiap hari sel dan DNA diserang oleh radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit mata dan kanser. Bagaimana anda mampu mengubahnya?

Perlindungan Sel-Sel dari Dalam

Tahu kah anda apa itu Anti Oksida? Setiap hari, sel-sel di dalam badan anda diserang oleh berjuta-juta radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan DNA. Anti oksida merupakan nutrisi yang boleh melindungi sel-sel ini daripada radikal bebas, meningkatkan kesihatan sel secara menyeluruh dan menyediakan perlindungan untuk menentang kerosakan sel-sel.

Anda tak ingin DNA anda rosak secara perlahan-lahan? Maka anda memang perlukan Anti-Oksida.

Perlindungan Menyeluruh dan Berkesan


Perlindungan antioksida dapat ditingkatkan dengan pengambilan CarotoMax Shaklee. Shaklee mengambil perlindungan anti oksida yang terdapat pada buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman lain melalui cara pengasingan, penyaluran dan pembentukkan kerotin secara semulajadi. CAROTOMAX menyalurkan lima daripada karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.
5 jenis karotenoid yang paling berkhasiat
  • Purata pengambilan karotenoid, lutein, lycopena dan beta-karotena adalah 8 mg setiap hari manakala CarotoMax pula dapat membekalkan lebih 13 mg daripada karotenoid yang paling berkhasiat.
  • Membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang serta kesihatan mata, jantung, kulit, paru-paru, prostat dan serviks secara khasnya.
  • Menguatkan sistem imun
  • Biasanya disimpan dalam organ-organ tubuh kerana ia bersifat larut dalam lemak.
  • Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, ekstrak biji benih anggur, ekstrak brocoli bertunas, minyak jagung, minyak palma dan marigold. Dalam CarotoMax mengandungi karotenoid menyamai dengan buah-buahan seperti rajah di bawah.



 kredit: Shaklee

Tiada siapa pun yang ingin sel dan  DNA dalam tubuh rosak kerana radikal bebas. Bila sel dan DNA rosak sistem dalam badan boleh lumpuh secara perlahan-lahan tanpa kita sedari. Tubuh badan juga mudah lemah dan kita akan nampak tua sebelum usia.\

Anda berminat nak dapatkan CAROTOMAX, jangan malu segan hubungi mamaBatrisyia82@gmail.com / 017-6706342 / Add FB Azimah SuĂșt. Harga Istimewa untuk semua pelanggan mama batrisyia.


Produk ini tidak bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh/ atau mencegah sebarang penyakit




















* Produk ini tidak bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh/ atau mencegah sebarang penyakit.

Penyakit Mata Akibat Kurang Vitamin

Vitamin adalah zat yang diperlukan metabolisme tubuh, hasil kajian menemui, kebanyakan penyakit mata  berhubungan erat dengan kurangnya vitamin.Sifat vitamin yang tidak bersintetik di tubuh atau kurangnya jumlah sintetik, menyebabkan kita harus segera menyerap vitamin yang diperlukan melalui  makanan. Vitamin sangat penting bagi mencegah dan membantu serta mengurangi gejala penyakit mata tertentu. Seperti pepatah mengatakan MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI.  Jom kita kenali penyakit-penyakit mata apa yang akan mudah kita dapat jika kekurangan vitamin?

Thursday 21 June 2012

Bertenaga dengan Performance drink ketika bersukan

Apakah yang  boleh saya dan anda bawa ke gym atau taman air untuk mengekalkan badan dengan sedikit kelembapan dan beri  tenaga  supaya supaya stamina saya tak pancit sebelum masanya?
 Hmmm... Adakah minuman sukan popular seperti 100plus atau Gatorade? Jawapan nya tidak!
Saya bawa Performance Drink dari Shaklee berperisa oren.
Saya  bandingkan dengan minuman sukan kegemaran saya sebelum ini!
Rupa-rupanya  kebanyakan minuman sukan/isotonik mempunyai satu jenis gula sahaja manakala Performance Drink ada 3 jenis gula yang membolehkan tenaga dilepaskan dengan  lebih lama. Patutlah tak mudah letih, dapat rasa stamina masih  di situ.

Enggan Kecewa Lagi, Dambakan Cinta Sejati

KECEWA dan terus kecewa dalam percintaan dijalin. Kadang-kadang hati sudah bosan memikirkan soal perasaan sedang diri terus dimamah usia.
KECEWA dan terus kecewa dalam percintaan dijalin. Kadang-kadang hati sudah bosan memikirkan soal perasaan sedang diri terus dimamah usia.
Couple in love
Bosan sebenarnya apabila berakhir pada cinta yang salah. Alih-alih mengharap cinta sejati tetapi ia hanya kekal dan menjadi ‘cinta sehari’.

Ada waktu anda menyalahkan takdir yang menyebabkan sering kecundang lewat percintaan. Pernahkah mengkaji diri apa yang menjadi penyebabnya?
Kalau difikirkan kecantikan diri, rasanya tidak kalah dengan teman lain yang sudah punya kehidupan membahagiakan bersama pasangan masing-masing.Namun anda masih sendiri dan bagaikan orang berputus asa, anda sudah menanam cita-cita untuk tidak mahu mengharapkan sesiapa lagi.

Penyebab Suami Dingin Seks, Apa Yang Isteri Perlu Tahu?


Masalah seks suami selalu dikaitkan dengan masalah mati pucuk, ejakulasi pra matang dan sebagainya. Akibatnya , masalah ini , nafsu merudum dan tak kunjung datang hingga mengecewakan isteri. Namun mungkin tak ramai yang tahu bahawa selain daripada masalah sakit tuan, nafsu seks lelaki sebenarnya boleh juga terjejas gara-gara sikap isteri sendiri.Ada suami yang hilang ghairah di pertengahan hubungan seks gara-gara sikap isteri yang kurang menyenangkan.

1) Membuat Tuntutan Kepada Suami
Menjadi kebanggan suami apabila dirinya dapat memuaskan isteri dalam hubungan kelamin. suami akan berasa bangga dan hebat setelah memberi kepuasan batin buat isterinya.
Namun perasaan bangga atau hebat seorang suami dalam hubungan seks tidak akan tercapai apabila isteri membuat tuntutan tertentu ketika aktiviti seks berlangsung.

Wednesday 20 June 2012

A Gift From Heaven - Anak istimewa Autisme

Autisme adalah gangguan perkembangan yang muncul pada peringkat  3 tahun pertama kehidupan seorang kanak-kanak, ia memberi kesan kepada perkembangan normal otak kanak-kanak tersebut seperti kemahiran sosial dan komunikasi. Kehidupan kanak-kanak autisme sangat MISTERI. Sukar membaca apa sebenarnya yang berlegar dalam fikiran mereka.

Kanak-kanak autisme tidak suka bertentang mata, tiada ekpresi muka apabila bercakap, ada juga yang suka bermain sendirian. Autisme boleh dikesan sejak bayi lagi tetapi kebanyakan ibu bapa menyedari nya apabila kanak-kanak itu mencapai usia 3 tahun.

Autisme berlaku 3-4 lebih kerap pada kanak-kanak lelaki berbending kanak perempuan. Tahap serius autisme berbeza antara satu sama lain. Ada kanak autisme yang mampu hidup berdikari manakala sebahagian lagi mungkin terpaksa memerlukan bantuan sepanjang hayat.

Tuesday 19 June 2012

Seronok bila dapat pakai baju kebaya zaman anak dara lepas amalkan LECITHIN!!

Lecithin merupakan pengemulsi semulajadi dan berupaya memecahkan lemak. Lecithin juga  mempunyai kesan melekat kat lemak dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan. Ramai yang dah berjaya kurus kan badan dengan lecithin

Testimoni Puan Ainul Fadzilah


Testimoni Puan Hairul

Testimoni Puan Mazidah



Memang dah terbukti ramai yang berpuas hati dengan LECITHIN. Dengan Lecithin "spare tyre"pun dapat dikempiskan. Anda semua bila lagi nak kurus?

Kalau nak try set slimming terus lagi bagus.. Jom KLIK

Sesiapa yang berminat nak dapatkan LECITHIN jangan malu-malu jemput hubungi mamaBatrisyia82@gmail.com / 017-6706342 / Add FB Azimah SuĂșt. HARGA ISTIMEWA buat semua pelanggan di mama batrisyia..

OK atau tak kalau cadang nak pump dan bottle feed baby tanpa direct feed?

Breast vs Bottle Feeding
Sudah semestinya OK!! Sebab pilihan di tangan sendiri dan tiada siapa boleh cakap itu cara yang salah. Sebenarnya ramai ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi dengan susu badan tetapi dalam masa yang sama tak nak direct feed baby terus kat payudara. Ini lah yang saya namakan "process vs product". Yang mana lebih penting perlakuan penyusuan atau nutrisi yang bayi dapat dari penyusuan itu? Atau dua-dua penting untuk kebaikan bayi?

Sekali lagi ini adalah pilihan sendiri , tiada yang betul dan tiada yang salah. Ada ibu-ibu yang kurang selesa dengan idea bayi perlu menyusu di payudara.

Saturday 16 June 2012

Sakit Pinggang Lepas bersalin Hilang, Bayi Pula Senang Melawas

Kalsium adalah mineral yang dijumpai dalam kebanyakan makanan. Badan memerlukan kalsium untuk mengekalkan tulang yang kuat dan menjalankan banyak fungsi yang penting. Hampir semua kalsium disimpan dalam tulang dan gigi, di mana ia menyokong struktur dan kekerasan tulang dan gigi kita.
Badan juga perlu kalsium untuk otot  bergerak dan untuk saraf bagi membawa mesej di antara otak dan setiap bahagian tubuh badan. Di samping itu, kalsium digunakan untuk membantu saluran darah membawa darah ke seluruh badan dan untuk membantu hormon pelepas dan enzim yang memberi kesan kepada hampir setiap fungsi di dalam tubuh manusia.

Tapi bukan itu sahaja, kalsium juga turut membantu masalah-masalah lain. Tak percaya, jom baca testimoni.

Apakah manisan syurga kurniaan Allah SWT pada ibu-ibu?

Susu ibu adalah manisan syurga kurniaan Allah swt pada ibu-ibu untuk diberikan kepada anak mereka. Ia mengandungi kolustrum bermanfaat yang bertindak sebagai imunisasi bagi bayi dalam satu jam pertama selepas dilahirkan.

Malah dalam surah Al-Baqarah ayat 233, Allah SWT berfirman bahawa, "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun penuh iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.

وَŰ§Ù„ْوَŰ§Ù„ِŰŻَۧŰȘُ يُ۱ْ۶ِŰčْنَ ŰŁَوْÙ„Ű§َŰŻَهُنَّ Ű­َوْلَيْنِ كَŰ§Ù…ِلَيْنِ لِمَنْ ŰŁَ۱َۧۯَ ŰŁَن يُŰȘِمَّ Ű§Ù„Ű±َّ۶َۧŰčَŰ©َ وَŰčلَى Ű§Ù„ْمَوْلُÙˆŰŻِ لَهُ ۱ِŰČْقُهُنَّ وَكِŰłْوَŰȘُهُنَّ ŰšِŰ§Ù„ْمَŰčْ۱ُوفِ Ù„Ű§َ ŰȘُكَلَّفُ نَفْŰłٌ Ű„ِÙ„Ű§َّ وُŰłْŰčَهَۧ Ù„Ű§َ ŰȘُ۶َ۹۱َّ وَŰ§Ù„ِŰŻَŰ©ٌ ŰšِوَلَŰŻِهَۧ وَÙ„Ű§َ مَوْلُÙˆŰŻٌ لَّهُ ŰšِوَلَŰŻِهِ وَŰčَلَى Ű§Ù„ْوَۧ۱ِŰ«ِ مِŰ«ْلُ Ű°َلِكَ فَŰ„ِنْ ŰŁَ۱َۧۯَۧ فِŰ”َŰ§Ù„Ű§ً Űčَن ŰȘَ۱َۧ۶ٍ مِّنْهُمَۧ وَŰȘَŰŽَŰ§Ùˆُ۱ٍ فَÙ„Ű§َ ŰŹُنََۭۧ Űčَلَيْهِمَۧ وَŰ„ِنْ ŰŁَ۱َŰŻŰȘُّمْ ŰŁَن ŰȘَŰłْŰȘَ۱ْ۶ِŰčُÙˆŰ§ْ ŰŁَوْÙ„Ű§َŰŻَكُمْ فَÙ„Ű§َ ŰŹُنََۭۧ Űčَلَيْكُمْ Ű„ِŰ°َۧ ŰłَلَّمْŰȘُم مَّŰą ŰąŰȘَيْŰȘُم ŰšِŰ§Ù„ْمَŰčْ۱ُوفِ وَۧŰȘَّقُÙˆŰ§ْ Ű§Ù„Ù„ّهَ وَۧŰčْلَمُÙˆŰ§ْ ŰŁَنَّ Ű§Ù„Ù„ّهَ Űšِمَۧ ŰȘَŰčْمَلُونَ ŰšَŰ”ِÙŠŰ±ٌ
Terjemahan
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan"
Susu ibu adalah makanan istimewa yang menjadi penyambung silaturahim antara bayi dan ibu, membuatkan bayi berasa selamat dalam dakapan ibu dan mengesahkan bahwa itulah ibu yang melahirkannya.

Menurut penyelidikan yang dijalankan anak-anak diberi susu ibu secara ekslusif dan meneruskannya sehingga umur dua tahun mempunyai tahap IQ yang tinggi serta mempunyai antibodi melawan penyakit yang kuat. Insyallah.



p/s . sekiranya ada yang mahu share artikel ini sila beri kredit www.mama-batrisyia.blogspot.com




Thursday 14 June 2012

Badan tak letih, HB yng rendah pun naik, luka bersalin cepat sembuh

Vitamin pranatal adalah multivitamin yang direka khusus untuk kehamilan dan penyusuan. Jumlah vitamin dan mineral dalam makanan tambahan ini adalah selamat dan sesuai semasa  hamil dan selepas bersalin mahupun semasa  sedang menyusukan.
Vitamin pranatal adalah seperti jaringan pemakanan yang selamat yang membantu ibu  mengekalkan vitamin dan mineral dalam tubuh ibu  dan perkembangan bayi yang sihat semasa dalam rahim.

Agama: Masihkah Ada Taubat Bagi Dosa Yang Berulang

 
Soalan:
 Prof Madya Dr MAZA, saya seorang pemuda dan sering melakukan dosa. Sudah berulang kali saya bertaubat. Tapi kemudian saya tidak mampu kawal diri, saya buat lagi. Sudah berapa kali saya taubat sehingga saya rasa Allah sudah tidak mahu terima lagi taubat saya. Adakah taubat saya palsu? Adakah saya bohong Allah? Saya terus hanyut dengan perbuatan saya sendiri. Saya hendak taubat lagi, tapi rasa macam Allah dah tidak terima, atau takut saya sendiri ulang lagi. Boleh tak Dr berikan nasihat kepada saya?

Safwan, Melaka.

Agama: Ciri-ciri suami pilihan

Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Sumber: http://hafizfirdaus.com/content/view/492/1/

Apakah ciri-ciri yang patut dicari dan dipertimbangkan oleh seorang wanita apabila dia ingin memilih calon suami? Berikut disenaraikan ciri-ciri yang penting, berdasarkan turutan kepentingannya.

Pertama: Agama.
Ciri pertama yang mesti diperhatikan ialah agama calon suami. Pastikan suami seorang muslim. Jika dia seorang bukan muslim, jemputlah dia ke arah agama Islam. Pastikan sebab utama dia memeluk Islam ialah kerana sayangkan Allah dan Rasulullah, bukan kerana sayangkan anda.

Agama: Hukum berjimak ketika isteri sedang mengandung

Soalan:
assalamualaikum,
apakah hukumnya melakukan hubungan seks sewaktu isteri masih mengandung?

***************

Jawapan:
Wa'alaikumussalam

Tidak ada larangan untuk mengadakan hubungan seks dengan isteri semasa dia sedang hamil, sesungguhnya Allah swt membenarkan suami menikmati isterinya didalam keadaan apa sekali pun. Disana terdapat firman Allah yang menyebut :-

Wednesday 13 June 2012

Berjaya kumpul stok 1326oz susu dalam masa 55hari

Sebelum nih dah banyak juga testimoni set penyusuan yang saya dah tulis. Tapi saya takkan jemu nak share dengan pembaca atau bakal pelanggan supaya anda semua lebih yakin nak amalkan Shaklee.

Lihat pada testimoni kat bawah Puan Shima menggunakan set 3M ditambah dengan vitamin E,Performance drink dan GLA.  Kalau tengok memang banyak juga vitamin yang di ambil oleh Puan Shima nih. No wonder la susu banyak giler kan. Siap ade deep freezer lagi leh tahan susu tu sampai 6bulan.


Tak sedar susu dah overflow dengan set 3M

Set 3M adalah set  penyusuan paling glamer dan laris. Kenapa? Sebab ada tiga "milk booster" Boleh bayangkan kalau dah tiga "milk booster"tu dah tentu susu banyak kan? Insyallah dengan pengambilan vitamin secara konsisten, minum air 3-4 liter sehari, jadual mengepam yang konsisten serta DOA! Anda pasti berjaya dan success... Malas nak tulis banyak-banyak.. Let's the picture story.. hihii..

Testimoni Puan Tg Muzlina





Tuesday 12 June 2012

Susu lebih pekat dan tak cair makin bertambah dengan ESP dan Set B

Mommies sume jom saya bawa lagi baca testimoni ESP dan set penyusuan. Seperti yang dah sedia maklum ESP dan set penyusuan memang laris macam goreng pisang panas. Sebab sangat banyak kebaikan yang mommies dapat dengan pengambilan supplemen ESP dan set penyusuan nih.

Testimoni Puan Liza Hamid


Monday 11 June 2012

Sakitnya meneran ketika buang air besar

Dah lama sebenarnya saya nak highlight topik nih memandangkan ade kawan-kawan yang mengadu penat meneran bila membuang. Sakit pulak tu...Entry yang sebelum nih saya dah tulis pasal buasir dan sembelit, adakah tanda berdarah ketika membuang itu buasir? Rujuk lah semula entri sebelum nih ye.

Nak cerita pasal buasir, dulu masa saya sekolah perkataan buasir nih jadi bahan lawak kawan-kawan. Saya pun tak tahu nape tapi sikit-sikit dorang bila bergurau mesti ayat nih" kau jangan..nanti buasir".. Tapi bila dah meningkat ke usia dewasa nih baru lah kesedaran mengenai buasir dan meneran kuat-kuat masa kat tandas tu tak bagus. Tambahan pula dah jadi ibu nih masa pregant tu memang nak jaga sangat pemakanan takut ape tuh..sembelit. Bila dah sembelit jadi lah proses meneran. Bila selalu meneran jadilah proses buasir..

Najis selalu ada darah...adakah petanda buasir?

BUASIR adalah bengkak yang mengandungi salur darah vena yang mengembang di bawah kulitnya.

Ia disebabkan tekanan berlebihan dan berpanjangan seperti meneran (akibat sering sembelit), batuk kronik, tabiat sering mengangkat berat, ketumbuhan di dalam abdomen dan seumpamanya.

Rawatan buasir yang paling penting adalah untuk menjaga supaya faktor tekanan di atas dielakkan atau diubati. Jika tidak, selepas rawatan membuang daging lebih terbabit, buasir boleh berulang.

Sunday 10 June 2012

Animasi 3D proses penghasilan dan pengeluaran susu

Tahu kah ibu semua bagimana proses penghasilan dan pengaliran susu badan berlaku lebih-lebih lagi ketika bayi sedang menyusu. Adakah ibu  tahu bagaimana susu dihasilkan? Bagaimana ia mengalir keluar? Apakah mekanisme yang berlaku disebalik hisapan bayi pada payudara ibunya?

Terdapat 2 proses pengeluaran susu berlaku iaitu
  • Proses penghasilan
  • Proses pengaliran

Saturday 9 June 2012

Agama: Tolak Jodoh = Tolak Takdir??

Soalan :
Assalamu’alaikum warahmatullah Ustaz, saya ada soalan seperti di bawah:
1) Adakah jodoh kita telah ditaqdirkan? Maka kita hanya menerima sahaja siapa sahaja jodoh kita? Jika begitu adakah menjejaskan kita dengan “Aqidah hanya menerima taqdir”?

2) Begitu pula sebaliknya dengan orang yang tidak dapat menerima jodohnya adakah menjejaskan aqidahnya dengan “Aqidah menolak Taqdir?”

Agama: Batuk,bersin semasa solat dan puasa.


SOALAN:
:salam
Semasa batuk dan bersin kita banyak rembeskan air liur ke dalam mulut…
1- Sekiranya batuk/bersin semasa solat perlu ke berhentikan solat untuk berkumur dengan air mutlak sebelum mula solat balik? Takut tertelan air liur yg asalnya bukan dari mulut.
Begitu juga semasa puasa, perlu ke berkumur dengan air mutlak ?

Agama:Hukum onani (masturbasi) bagi lelaki dan wanita

Assalamualaikum, Apakah Hukum melakukan onani?
Jawapan Oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi
Kadang-kadang darah pemuda bergelora, kemudian dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun. Cara semacam ini sekarang dikenal dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimta’ atau adatus sirriyah).
Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yang berbunyi:

Berat badan turun 7kg lepas bersalin dalam masa 3bulan

Semakin ramai wanita hari ini tidak sanggup melihat diri mereka di hadapan cermin kerana tidak puas hati dengan bentuk badan mereka. Bukan mereka tidak pernah cuba untuk mengurangkan berat badan, tetapi semangat hilang apabila jarum penimbang tidak pernah terhenti ditempat yang diharapkan setiap kali menjejakkan kaki ke atas penimbang. Salah satu faktor yang menyebabkan kegagalan dalam usaha mengurangkan berar badan ialah tidak dapat menahan godaan makanan-makanan enak yang biasanya tinggi lemak serta tinggi kalori.

Thursday 7 June 2012

Fasa pertama kehamilan / First Trimester

Early pregnancy test
Seronok nye bila dapat tahu berita gembira dah preggy kan. Entri nih saya nak menulis nak share dengan semua ibu mengandung lebih-lebih lagi bakal-bakal ibu baru. Share sikit pengalaman saya lepas dapat tahu hamil, ape saya buat untuk surprise kan en.hubby, hadiahkan sepasang kasut baby kat die.. :-)

Wednesday 6 June 2012

Wahai wanita ..Kenali GLA Complex

GLA,VITAMIN E, DAN MINYAK BENIH BUNGA MATAHARI

GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal.

Haid huru hara lebih teratur, tak senggugut ,jeragat di muka semakin hilang

Gangguan haid berlaku oleh kerana berbagai-bagai punca seperti tekanan jiwa dan emosi, keadaan hormon yang tidak seimbang, kehamilan, penyusuan bayi, kegunaan hormon, penyakit dalam kelenjar pituitary atau ovary atau ketumbuhan seperti barah dalam rahim atau pangkal rahim.

Ramai wanita mengalami gangguan haid seperti haid tak teratur menyebabkan sukar menjangka bilakah tahap kesuburan sebenar. Ini meyebabkan sukar untuk merancang kehamilan. Ada juga yang hamil tanpa sedar tetapi agak sukar menganggar bilakah tarikh jangkaan bersalin kerana haid tidak teratur ini.

Tuesday 5 June 2012

Rahsia wanita: Datang Bulan.

 
Mengenali haid anda.
Haid yang dialami oleh setiap individu berbeza dari seorang ke seorang. Berikut merupakan satu contoh sahaja, namun ia boleh berbeza-beza dari seorang ke seorang.
Pada kebiasaannya pada hari pertama haid tidak keluar begitu banyak, haid bertambah pada hari kedua dan ketiga. Pada hari keempat ia mula berkurangan dan pada hari kelima ia hampir kering, pada hari keenam dan ketujuh darah kering langsung dan meninggalkan mungkin kesan spotting seperti bintik-bintik coklat pada seluar dalam atau pada panty-liners. Ia nampak seperti seurat lendir yang berwarna kehitaman ke coklat kemerahan.

Hormon kejelitaan wanita

Hormon kejelitaan wanita

Sewaktu proses berlakunya haid terjadi penghasilan hormon yang sangat penting. Hormon ini ialah hormon utama yang menentukan pembentukan seks atau jantina seorang individu yakni hormon estrogen. Estrogen merupakan satu-satunya hormon yang penting dan berkuasa. Sekiranya ia tinggi di dalam badan seorang manusia maka ciri-ciri wanita akan lebih menonjol. Estrogen melahirkan sifat kewanitaan terserlah serta berpunca untuk membentuk tubuh badan wanita tumbuh buah dada dan datang haid setiap bulan. Dikatakan apabila wanita ketandusan hormon ini maka dia kesan awet muda pun mulai nampak dan kekedutan dan kekeringan mula kelihatan di permukaan kulit terutama muka. Ia disitilahkan sebagai “The fountain of youth”.

Agama: Hukum suami gemar menghisap payu dara isteri

Soalan:

Apakah hukum seorang suami gemar menghisap payu dara isteri sambil terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks. Ini kerana suami saya amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan saya juga menikmatinya. Pada masa yang sama, saya menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan.

Monday 4 June 2012

Stok susu 600oz hanya dalam masa kurang 1 bulan


Testimoni kali ini bukan nak tunjuk stok susu semata-mata tapi lebih nak bagi inspirasi pada ibu-ibu di luar sana yang mungkin sedang giat menyimpan stok susu. Kadang-kadang dengan hanya lihat gambar macam ni perasaan dan semangat nak buat stok susu tetiba boleh mencanak-canak naik.

Saturday 2 June 2012

Wanita hamil sangat perlukan vitamin!!!

Kehamilan dan vitamin prenatal

Bagi memastikan kesihatan seorang ibu dan kesihatan bayi berada di tahap sentiasa baik, adalah  dinasihatkan mengambil "vitamin prenatal" semasa mengandung. Apakah vitamin prenatal? Ia adalah multivitamin yang dirumuskan khas yang membantu membentuk apa-apa kekurangan pemakanan dalam diet ibu. Manakala tambahan lain mengandungi pelbagai vitamin dan mineral, asid folik, besi, dan kandungan kalsium adalah amat penting.

Friday 1 June 2012

Perkembangan janin bulan ke bulan

Tahniah buat ibu baru yang berjaya hamil. Mungkin ada antara anda yang masih dalam dunia kehamilan so kat sini saya ada buat entry ringkas mengenail kehamilan khas buat bacaan semua.
Entry ini adalh berkisar tentang peringkat kehamilan dari trimester pertama hingga trimester ke-3. Let's enjoy the picture and happy reading.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...