Monday, 19 November 2012

Ikan Baik Untuk Jantung Bantu Perlahankan Pemendapan Kolesterol

Masalah berlebihan kolesterol atau hypercholesterolemia menjadi satu isu kesihatan di zaman moden ini. Pelbagai jenis ubat dicipta untuk mengurangkan paras kolesterol darah. Tetapi ironinya masalah ini masih lagi membelenggu masyarakat kita dan statistic kematian akibat serangan jantung terus meningkat dari tahun ke tahun.

Di antara punca kenapa amat susah menurunkan paras kolesterol adalah kesilapan dalam pemilihan makanan seperti makan makanan tinggi karbohdidrat, gula berlebihan, lemak tepu, makanan tinggi dengan asid lemak trans dan makanan proses selain kurang aktiviti fizikal.
Hakikatnya jika makanan punca kolesterol tinggi, maka cara terbaik untuk mengawal paras kolesterol ialah makan makanan yang boleh menurunkan paras kolesterol .Terdapat banyak kajian membuktikan makan ikan boleh menurunkan paras kolesterol darah.
Saya ingin ambil contoh mudah, orang Eskimo kadar penyakit jantung amat rendah dan paras kolesterol lebih rendah berbanding masyarakat biasa di Bandar Amerika Syarikat dan Eropah. Sedangkan diet pemakanan orang Eskimo  tinggi lemak dan minyak walaupun amat kurang makan sayur-sayuran. Mengapa? Kerana kandungan makanan orang Eskimo ini amat tinggi Omega 3. Orang Eskimo makan ikan dan makanan laut lain dengan banyak. Ini buktinya makanan laut amat kaya Omega 3.
Ikan mempunyai banyak lemak. Kadang-kadang kita takut dengan istilah “lemak” hingga kita menyangka semua lemak adalah sama dan boleh meningkat paras kolesterol. Sebenarnya lemak ikan contoh lemak yang “sihat” dan amat baik untukkesihatan. Buktinya asid lemak Omega 3 boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari.

Omega 3 menurunkan paras trigliserida, kolesterol “jahat” iaitu LDL dan menaikkan paras kolesterol “baik” iaitu HDL. Ikan seperti salmon, sardine, markerel dan trout mempunyai kandungan Omega 3 amat tinggi.  Secara ringkas, Omega 3 akan memperlahankan pemendapan kolesterol pada dinding saluran darah dan mengurangkan “inflamasi” mikro seluruh tubuh manusia.
Makanlah ikan setiap hari untuk kesihatan jantung dan menurunkan paras kolesterol darah. Semua jenis ikan mengandungi kandungan Omega 3 yang tinggi banding makanan lain. Jika anda tidak mahu makan ikan setiap hari, maka pengambilan suplemen Omega 3 juga membantu menurunkan paras kolesterol.
Makan sandwich tuna dengan roti berserat penuh adalah satu contoh makanan yang amat baik menurunkan paras kolesterol. Pengambilan 1 gram EPA dan DHA setiap hari sekurang-kurangnya dengan makan ikan untuk mengurangkan risiko sakit jantung koronari.
Mama Batrisyia

Shaklee juga punya vitamin minyak Ikan yang dikenali sebagai OMEGA GUARD.
Bagi wanita hamil

Sangat baik juga diambil oleh wanita hamil kerana ia bagus untuk otak dan jantung bayi. Ia juga membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan bantu kembangkan memori. DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Sangat penting untuk 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa dalam kandungan.
Bagi wanita menyusu

Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, cegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran.
Bagi kanak-kanak
Meningkat sistem imun  tubuh, kanak-kanak lebih peka dan fokus pada pelajaran, meransang perkembangan otak kanak-kanak. Insyallah otak geliga.
Orang dewasa
Mencegah sakit salur darah tersumbat atau strok, menyihatkan paru-paru, cegah kanser, pelihara fungsi sendi dan banyak lagi.

Apa kelebihan Minyak Ikan Shaklee berbanding jenama lain?

  • Minyak ikan terbaik di dunia
  • Merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA,DHA,ALA dan banyak lagi.
  • Satu sajian Omega guard dapat bekalkan 905mg asid lemak Omega 3 EPA dan DHA
  • Menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal terknologi terkini – proses penyulingan proprietary tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega 3 yang paling tulen.
Oleh itu, jika tidak suka makan ikan, bolehlah ambil makanan lain yang kaya dengan Omega 3 seperti minyak kanola, kacang walnut, telur diperkaya Omega 3 dan suplemen Omega 3 yang berada di pasaran.
Selamatkah pengambilan minyak ikan bagi ibu hamil? Sila KLIK.



Jika anda berminat nak dapatkan SET HEBAT ini sudi-sudikan hubungi mamaBatrisyia82@gmail.com / Tel:017-6706342 / Add FB Azimah SuĂșt boleh chat secara langsung dengan saya. Sudikan LIKE PAGE Mama Batrisyia e-shoppe ada juga banyak info produk di sana. Sudah pastinya saya pentingkan pelanggan saya. Oleh itu setiap pelanggan Mama Batrisyia akan dapat HARGA YG ISTIMEWA DAN KONSULTASI PERCUMA!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...