Sunday, 5 August 2012

Penggemar Durian? 10 Fakta Menarik Perlu Tahu Tentang Durian

RAJA BUAH DURIAN
Durian.. yes saya penggemar durian. Tapi saya bukanlah hantu durian. kalau saya makan durian tidaklah sampai berbiji-biji durian tetapi cukup sekadar berulas sahaja. Kampung saya jauh, kalau balik pun takde kebun durian pun. Terpaksa lah nak makan durian beli aje kat tepi jalan gerenti banyak booth-booth durian. Sekadar merasa bila tiba musim.cukup lah kan.

Ade setengah kita tahu makan aje tapi tak tahu perkara penting perlu tahu tentang durian. Bukan ape ade setengah kita dah mindset katanya durian tinggi kalori bleh buat badan gemuk. Bila dah tinggi kalori..tinggi la kolesterol.begitu ke? Tidak ye. Lebih senang baca je fakta kat bawah. :p

 

10 Fakta Menarik Buah Durian

Tinggi Kalori? Ramai yang menganggap buah durian tinggi kalori dan menggemukkan. TIDAK !!Seulas durian baru mempunyai 50kcal. Tak tinggi sangat pun kan?

Tigggi Kolesterol? Bukan durian je apa-apa jenis buah  pun TIDAK ada mengandungi kolesterol. Kolesterol hanya boleh didapati dalam  sumber haiwan, bukan tumbuhan.

Ada nilai nutrisi ke? Semestinya ADA .Buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant iaitu:-
Kalori dalam seulas durian
(cekodok.com)
vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah. Durian juga mengandungi calcium dan phosphorus

Alamak Tinggi lemak? ADA tapi lemak tak tepu. Satu ulas durian baru ada dalam 1-2g lemak dan tu pun bukanlah lemak tepu (saturated fat). Tak tinggi mana pun kan?

Aduss Tinggi pulak gula? Satu ulas durian ada dalam 10g gula. Tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda.Kalau makan tak ingat dunia memang tinggi lah gamaknya kandungan gula tu. Bagaimana dengan minuman bergas? Itu lagi tinggi kandungan gula jika nak compare dengan 2-3 ulas durian.

Wahh panaskan badan? Ini BETUL. Buah durian mempunyai kualiti memanaskan badan jadi elak makan berlebihan, lagi-lagi kalau anda mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi.Berjaga-jaga lebih baik dari bila dah terkena baru gelabah.

Ouchh tingkatkan nafsu seks? BETUL. Ini berbalik kepada kualiti panaskan badan – peningkatan peredaran darah. Sekali lagi, hati-hati sekiranya anda hypertension dan elakkan berkissing-kissing :)

Ermm Ada diabetes tak boleh makan? BETUL. Tapi itu bukan soal durian semata-mata tapi mereka yang ada diabetes atau kencing manis harus kawal pengambilan gula dan makanan/minuman yang tinggi glukosa.

Lega kurangkan stress? Bergantunglah kot tetapi buah durian mengandungi amino asid bernama tryptophan yang bantu tingkatkan  hormon serotonin (yang mengantukkan) jadi anda lebih senang tidur, rasa lebih “ringan” dan lebih tenang.

Eehh jangan makan berlebihan pulak dah? Memang BETUL. Tapi semua jenis makanan pun kita perlu ambil tidak secara berlebihan kan.


Telah diubahsuai (fakta sahaja kredit kevinzahri.com)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...