Tuesday, 18 December 2012

Ibu Menyusu ~Bolehkah Minum Kopi?~

Ibu yang menyusukan bayi perlu berpada-pada ketika mengambil minuman berkafein. Biasanya bayi yang berumur kurang dari enam bulan lebih  sensitif  terhadap pengambilan kafein oleh ibunya. Jika si ibu mengambil minuman berkafein, ia akan meresap masuk ke dalam aliran darah yang seterusnya meresap ke dalam susu badan. Sekiranya ambil kopi lebih kurang 4 cawan sehari, ia akan memberi kesan kepada bayi. Oleh itu si ibu tadi dinasihatkan untuk kurangkan pengambilan kafein ketika masih menyusukan bayi. Bukan tak boleh langsung tapi sila kurangkan saja.
1 atau 2 cawan kopi mahupun sebarang minuman berkafein mungkin tidak memberikan kesan kepada si ibu atau bayi. Tetapi jika diambil berlebihan, mungkin akan menyebabkan bayi resah, meragam dan sukar tidur. Tips untuk kurangkan minuman berkafein minumlah air lebih kurang lapan gelas air biasa setiap hari.

Adakah minum kopi penyebab susu badan  kurang?
Tiada bukti sebenarnya kopi menyebabkan susu kurang. Apa yang pasti secara teori, bila bayi meragam kerana perut yang tidak selesa dek kerana kafein yang terkandung dalam susu ibu, automatik bayi akan kurang menyusu. Apabila bayi kurang menyusu, penghasilan susu  akan terjejas kerana penyusuan yang tidak efektif.
Sekiranya si ibu tadi penat, janganlah ambil kopi untuk hilangkan penat, sebaliknya atasi kepenatan secara semulajadi. Amalkan pemakanan sihat dan ubah gaya hidup. Rehat dan tidur secukupnya adalah cara terbaik untuk mengelakkan kepenatan. .
Dalam pada itu pastikan rehat bila berkesempatan, minum air banyak mengikut saranan iaitu 8 hingga 12 gelas sehari,  ambil makanan mengandungi karbohidrat dan protein bersama-sama untuk kekalkan tenaga. Seimbangkan pengambilan protein kerana kekurangan protein akan memudahkan anda letih.
Protein terbaik juga MILK BOOSTER terbaik ? Sila KLIK
Disini artikel yang ingin saya kongsikan sedikit buat Ibu

Caffeine affects the composition of your breastmilk. The breastmilk of women who regularly drink three cups of coffee per day during pregnancy and breastfeeding contains a third less iron than women who don't drink coffee. This can result in lower hemoglobin and hematocrit in mothers who drink coffee and their babies. Iron-deficiency anemia is prevalent in countries where heavy coffee consumption is common.
Tip: Avoiding coffee and other caffeinated foods and drinks will improve the nutritional quality of your breastmilk.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...