Saturday, 29 September 2012

Ayuh Berpantang Pikat Kembali Hati Suami


Rawatan berpantang mesti diamalkan oleh ibu selepas bersalin untik kesihatan jangka panjang. Tidak semua orang masih mempunyai ibu untuk menolong penjagaan semasa dalam pantang atau mampu mengambil confinement lady ke rumah.

Mengapa perlu berpantang?

·        Mengurangkan tekanan perasaan selepas melahirkan

·        Membetulkan peredaran darah

·        Mengurangkan angin daripada badan

·        Mengurangkan sakit kepala

·        Melancarkan pengaliran susu badan

·        Mengelakkan angin meroyan atau postnatal depression

·        Membantu menstabilkan emosi ibu

Amalan berpantang ibu selepas bersalin boleh dilakukan sama ada di salon khusus, mengambil pakej rawatan lepas bersalin oleh bidan professional  atau buat sendiri di rumah. Ada beberapa tips yang boleh dirujuk jika ingin mencari bidan atau tukang urut. Jangan sampai tertipu dek kerana ghairah dengan pelbagai tawaran pakej yang ditawarkan.

·        Pastikan bidan tersebut dicadangkan oleh kawan-kawan yang pernah menggunakan khidmatnya

·        Pilih bidan yang mengamalkan kebersihan diri dari aspek kuku yang pendek,basuh tangan sebelum mengurut dan tidak memakai aksesori yang boleh menganggu proses urutan

·        Berpengalaman dan jika boleh ada ilmu pendidikan tentang bidang urutan

·        Ambil bidan yang dekat dengan kawasan rumah bagi mengurangkan caj kos pengangkutan

·        Jika ambil pakej di salon pastikan pakej adalah telus iaitu tiada kos sembunyi. Apa yang ditawarkan mesti masuk bil.

·        Untuk mengelakkan tertipu jangan bayar deposit pakej yang diambil sebelum bertemu dengan bidan/tukang urut.

·        Jika memilih pakej di salon pastikan salon terbabit dikenali dan anda tahu lokasinya.

·        Pastikan tukang urut mementingkan kesihatan ibu iaitu ada serba sedikit ilmu perubatan asas.

Bagi ibu bepantang yang ingin mengambil jamu seeloknya jamu diambil selepas 30hari tempoh bersalin untuk mengelakkan masalah bayi yang menyusu susu ibu cirit birit atau demam. Bagi bayi yang terkena jaundice/kuning perlu dielakkan makan jamu kerana takut lebih memudaratkan kesihatan bayi.
Kini zaman dh maju dan moden, ramai ibu juga ambil vitamin bagi  mengembalikan tenaga serta mengembalikan kecantikan dan kesihatan dalaman dan luaran. Tidak bermakna dah ambil vitamin tak boleh ambil jamu. Ia boleh tiada masalah.
Kelebihan vitamin ketika berpantang ialah:

·        Boleh terus ambil vitamin sejurus lepas bersalin

·        Jika anak  terkena jaundice/kuning boleh makan vitamin terus. (lagi cepat anak baik jika menyusu badan)

·        Wanita bersalin banyak kehilangan darah.Vitamin zat besi mengandungi komponen haemoglobin dalam set darah merah, ia mengangkut oksigen ke seluruh tubuh bagi mengelakkan anemia.

·        Ambil vitamin bayi tak berisiko terkena cirit birit.

·        Luka bersalin juga cepat sembuh kerana adanya elemen penyembuhan dalam vitamin.


Antara rawatan tradisional yang boleh dilakukan sendiri di rumah ialah:

·        Mandi herba - lancarkan peredaran darah, kembalikan mood,beri kesegaran, buang angin

·        Urut point detox – menyahtoksik dan melancarkan peredaran darah

·        Urut penyusuan – melancarkan peredaran susu ibu dan kurangkan bengkak susu

·        Bertungku – menghangatkan badan ibu kerana urat mengembang lepas bersalin

·        Tapel perut – mengempiskan perut yang buncit dan bakar lemak

·        Berbengkung – bentuk semula bahagian pinggang dan perut

·        Bertangas – hilangkan masalah keputihan , menyah bau badan, ketatkan kembali rahim  dan vagina

Amalan berpantang tetap perlu diamalkan untuk baiki semula tubuh ibu selepas bersalin. Ia mengembalikan perut geleber menjadi kempis, badan yang kembang jadi langsing dan bahgian intim kembali anjal demi keharmonian hubungan suami isteri. Urutan yang dilakukan sediri dengan bantuan suami dapat mengeratkan hubungan suami isteri. Suami lebih memahami keperluan penjagaan isteri semasa berpantang.

 Kenali SET VITAMIN BERPANTANG. Sila KLIK

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...