Saturday, 10 November 2012

Checklist !! Nak Berjaya Dalam Penyusuan

Saya ambil contoh mudah seorang ibu yang punya seorang anak umur 4 bulan yang bercadang nak susukan bayi sehingga paling kurang pun 1 tahun. Sebelum ini ambil suplemen prenatal dan sekarang hampir habis vitamin nya. Adakah patut si ibu dapatkan lagi suplemen itu? Diet harian si ibu tak lah “perfect” , 3kali sehari ditambah dengan snek yang tak berkhasiat. Patutkah ambil suplemen semasa penyusuan? Tak perlu pun takpe kan?
Penyusuan berjaya perlu ingat beberapa perkara!!
  • Rajin
  • Emosi stabil / tiada tekanan
  • Jadual pam yang konsisten
  • Kekerapan menyusukan bayi secara terus
  • Minum air 3-4liter
  • Diet makanan yang cemerlang
  • Sentiasa berfikiran positif

Sebelum pergi lebih detail. Apakata fahami testimoni dulu.
.



SET PENYUSUAN VITAMIN 3M
 (KUMPUL STOK EBM DARI BULAN OGOS 2012 HINGGA OKTOBER 2012)
 
Mengapa Puan Intan ambil suplemen? Puan Intan dah punya pengalaman pertama dimana masa anak pertama tak ambil suplemen pun. Kesannya badan letih, lesu dan stok perahan memang tak sempat untuk disimpan pun. Tahu tak bilamana badan letih dan lesu, kesannya pada penghasilan susu adalah sangat besar. Susu badan tak akan dihasilkan dengan banyak kerana perasaan emosi dan mental yang tak stabil. Tetapi bila badan cergas dan kuat, secara tak langsung kita akan rajin dan kerap pam susu. 

Kekerapan mengosongkan payudara akan menghasilkan lebih banyak susu. Walaupun malam masih boleh bangun untuk pam susu. Bila bangun pagi badan cergas, tak mengantuk walaupun berjaga malam. Saya dah merasai pengalaman yang hebat sepanjang proses penyusuan dengan amalkan suplemen. Bukan itu sahaja, bayi comel saya juga dapat khasiat dari pemakanan saya.
Jadi saya ingin kongsi pengalaman ini bersama anda yang bercita-cita untuk berjaya dalam penyusuan.

Jika tak ambil suplemen, susu tak banyak ke?
Kita perlu faham konsep suplemen ialah membantu mana-mana kekurangan dalam tubuh badan. Suplemen yang dikatakan sebagai membantu “MILK BOOSTER” iaitu kalsium dan ESP (Protein) banyak terdapat dalam sumber makanan seperti susu dan daging. Manakala Alfalfa boleh singgah supermarket macam Cold Storage ada jual rumput alfalfa ni leh buat ulam. Tetapi setiap hari ke nak makan rumput alfalfa ni? Sebab itu bila jika kita ambil makanan ini akan perasan susu badan meningkat. Samalah juga dengan suplemen. Jika susah dan pening nak fikir setiap hari nak makan apa untuk banyakkan susu, ambil lah suplemen tambahan. Mudah kan?
Snek yang berkhasiat yang boleh diambil ialah seperti popcorn, smoothies buahan, susu kocak rendah lemak, keju rendah lemak, stik sayuran seperti lobak serta biskut gandum. Paras vitamin/ mineral dalam susu ibu juga akan mendapat kesan dari diet si ibu yakni apa dimakan oleh si ibu tadi. Jadi berhati-hati kalau diet tu kurang menarik.
Sebenarnya kita akan dapat banyak nutrien dari pilihan makanan yang terbaik. Ini adalah cara yang terbaik, sebab dalam makanan lah banyak mengandungi pelbagai nutrien. Brokoli, contohnya mengandungi Vitamin C dan Vitamin A (terdapat dalam pil vitamin) ditambah pula denga fiber yang tidak terdapat dalam pil vitamin itu. 

Jika kita do eat well, pengambilan suplemen bukanlah satu kemestian.
Jika rasa adalah perlu ambil suplemen, lagi bagus kan. Pilihlah suplemen yang berkualiti, bebas pewarna dan bau serta bukan sintetik. Pastikan pilih salah satu suplemen yang ada unsur kalsium, B6, zinc, magnesium dan folic acid. Mengapa? Unsur suplemen ini lah yang kebiasaannya mudah merosot dalam badan seorang ibu yang menyusu bayi.

Nutrien lain penting termasuk iron, vitamin E, thiamin dan riboflavin. Kebanyakan
nutrien ini mudah didapati dalam diet. Sesetengah vitamin dan mineral boleh  meningkatkan kandungan pada pada paras yang “undesirable”, di mana tak selamat untuk bayi. Mana-mana nutrien yang diambil secara berlebihan adalah berbahaya. Contohnya Vitamin D dan iodine. Tubuh badan kita memang perlukan nutrien ini tapi jangan berlebih-lebih pula.

Sekiranya anda ragu-ragu tentang kualiti diet anda , adalah satu jaminan sekiranya ambil suplemen semasa penyusuan. Tetapi ambillah inisiatif untuk ubah dan baiki gaya dan habit pemakanan tu. Selain dari makan roti sahaja adalah lebih baik tambah keju dalam roti. Maka dapatlah lebih unsur kalsium disitu selain menaikkan selera makan. Juga makan buah buahan kering, kacang dan cereal.

Cita-cita anda besar?  Berharap sangat nak susukan bayi dengan susu badan. Syok tengok orang lain peti sejuk stok perahan berbotol-botol, berplastik-plastik. Apa yang boleh bantu anda. Bagaimana caranya?  Sila KLIK.

Sila jangan abaikan konsultasi yang betul dari pengedar yang betul.


Ingin dapatkan produk hebat ini? Hubungi:
CALL/SMS/ wsapp 017-6706342 (Azimah)
Emel: mamaBatrisyia82@gmail.com
PM FB: Azimah Su'ut
FB page: Mama Batrisyia e-shoppe

Area COD saya di kawasan UPM Serdang, Seri Kembangan, Bandar Baru Bangi, Kajang, Puchong, Putrajaya, Bukit Mahkota dan Kuala Lumpur (area Pavillion, Klcc, Bukit Bintang dan beberapa kwsn lain), Miri, Sarawak. Jika kawasan anda tiada dlm senarai, boleh hubungi dan maklumkan saya. 

Penafian: Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis,merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...