Sunday, 2 December 2012

Sungguh Hebat, 54oz Susu Perahan Dalam Masa 10jam

Berpisah dengan bayi buat sementara waktu bukan bererti anda harus berhenti menyusui bayi. Atas sebab apa sekalipun, apabila anda tidak dapat atau tidak mahu menyusui bayi buat sementara waktu, TETAPI perlu mengekalkan bekalan samaada memberikan bayi pada masa itu atau kemudian, anda perlu perah susu lebih kurang sama bilangan kalinya dengan bilangan penyusuan.

Ibu bekerja?  Saya juga begitu, juga ramai lagi ibu bekerja di  luar sana yang begitu bukan? Tetapi ada caranya, perlu tekadkan semangat dan belajar. Jangan dengar mereka yang tidak berjaya dan tidak berpengalaman untuk berjaya dalam penyusuan. Belilah pam yang berkualiti dan elok, latih dan biasakan diri dengan mengepam susu. Simpan stok dengan banyak dalam peti sejuk kerana bila sahaja anda buka peti sejuk automatik pasti semangat  anda akan dicas semula. Tak sabar nak tambah lagi stok banyak-banyak.

Walaupun saya melakukan sesi mengepam di pejabat, dalam masa yang sama, saya juga sebenarnya terkekang dengan keadaan masa, kerana tugasan di pejabat kadangkala membuatkan saya tidak dapat menumpukan sepenuhnya kepada pengepaman dan penyusuan. Namun, usaha yang berterusan semestinya akan berhasil bukan?

Namun bagaimana pula dengan seorang Ibu dalam testimoni ini. Boleh lagi mengepam walaupun sedang berkhusus untuk beberapa hari dan jarak dari hotel tempat berkhusus adalah 35km, Ibu ini tidak menjadikan alasan berjauhan untuk tidak bekalkan susu yang cukup buat bayi.
Alhamdulilah dapat sokongan suami yang sanggup berulang alik untuk ambil stok susu perahan di hotel buat bayi.


Mama Batrisyia
TESTIMONI SET B + ESP

Bagaimana dapat susu perahan sebanyak 54oz dalam masa 10jam? Pasti ada tips nya.
  • Semangat yang tinggi serta tekad juga rajin
  • Konsisten dengan aktiviti perahan, walaupun sibuk jadual pack, ambil masa.
  • Tingkat penghasilan susu dengan pam paling kurang 3kali sehari.
  • Jika ada pam berganda, lagi bagus, buat double pumping, jimat masa dan lebih praktikal.
  • Minum air 3-4liter sehari
  • Ambillah vitamin untuk bantu penyusuan sekiranya perlu.
  • Iringi dengan doa selalu
Dalam set B terkandung Alfalfa, merupakan raja segala tumbuhan. Membantu meningkatkan sistem imunisasi dan membuatkan sistem badan berjalan lancar. Bertindak sebagai milk booster dan membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU. Juga membantu menyelesaikan masalah wanita, termasuklah masalah keputihan.
Protein adalah contoh utama yang menjadikan susu ibu nutrisi unik.  Susu ibu punya kualiti rendah protein namun tidak bermakna kekurangan nutrisi. Memandangkan komposisi susu ibu adalah juga protein, tiada salahnya menambah  Protein ESP kerana ia terbukti  membantu dalam penyusuan ibu.
Kadang kala ada Ibu menyusu yang perlukan bantuan dlm penyusuan, Lain orang, lain keperluannya.. Beruntung bagi yg dikurnia dengan susu yang meriah hebat, tapi bagi yang TIDAK bagaimana?

Beberapa tips penyusuan ingin saya kongsikan buat ibu berkerjaya memandangkan kita berjauhan dengan bayi selama hampir 9 jam atau mungkin lebih.
  • Pastikan simpanan perahan susu yang cukup
  • Usah memberi tekanan kepada diri sendiri dan jangan lupa untuk berehat, walaupun sebentar
  • Amalkan pemakanan bernutrisi, seimbang, dan minum air banyak.
  • Bangun 30minit lebih awal dan susui bayi walaupun dia masih mamai.
  • Bersarapan pagi dan sebelum pergi kerja susui bayi sebelum dihantar ke pengasuh
  • Susui bayi dalam 1 jam pertama setelah kembali bekerja.
Kini bayi saya sudah pun berusia setahun,  saya masih meneruskan penyusuan bayi sepenuhnya disamping makanan tambahan (solid food) tanpa sebarang susu gantian (formula). Saya dapati setiap bayi berbeza dari segi keperluan masing-masing. Yang penting ibu harus serasi mengenali bayinya. Saya percaya, ibu yang serasi dengan anaknya akan berjaya dalam apa jua usaha demi anaknya.

Saya tidak pernah menyesal tetapi bersyukur kerana diberi ketabahan diri mengharungi saat-saat sukar seawal kelahiran bayi saya. Namun, kerana keyakinan yang begitu tinggi, saya percaya anak yang diberi susu ibu jauh lebih rapat dengan ibunya, hubungan penuh kasih saying  dan suci ini tidak dapat anda rasai jika tidak menyusukan anak. Susu ibu tidak mungkin setanding dan sama dengan susu formula.

Buat para ibu, kemahuan adalah perkara yang paling utama. Jangan sesekali mengatakan anda TIDAK CUKUP SUSU. Tidak cukup susu kerana anda tidak memberi rangsangan pada payudara secukupnya dan bayi tidak menghisap sekerap yang mungkin. Sekiranya air susu berkurangan, biasanya adalah kerana saya tidak memerah pada waktu yang sama dan lebih kerap. Oleh itu lebihkan waktu memerah apabila di pejabat. Begitu mudah kan..
Ingatlah ini, the more you pump, the more you will get.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu bekerjaya yang menyusukan anak secara eksklusif, anda juga boleh mengambil Energizing Soy Protein(ESP) dan Ostematrix (Kalsium Magnesium dengan Vitamin D) untuk membantu  penghasilan susu ibu yang banyak dan kesan yang maksimum.
Inginkan TESTIMONI SET B lagi? SILA KLIK.
Ingin dapatkan produk hebat ini? Hubungi:
CALL/SMS/ wsapp 017-6706342 (Azimah)
Emel: mamaBatrisyia82@gmail.com
PM FB: Azimah Su'ut
FB page: Mama Batrisyia e-shoppe

Diclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis,merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...