Monday, 1 October 2012

Kolostrum dan Kehamilan

Bercadang ingin hamil kembali dalam masa terdekat tetapi masih punya anak yang masih menyusu badan. Adakah kehamilan akan mengurangkan kuantiti kolostrum setelah bersalin?

Kehamilan tidak menjadi masalah dan halangan untuk meneruskan penyusuan sepanjang tempoh kehamilan. Malah apabila bayi lahir , masih boleh menyusukan anak yang masih menyusu itu. Ia dipanggil tandem nursing. Penyusuan ketika hamil adalah normal tetapi harus diingatkan agar mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang sepanjang tempoh kehamilan.

Puting dan payudara mungkin menjadi lebih lembut dan sensitif terutamanya di awal usia kehamilan. Hal ini disebabkan oleh perubahan hormon. Oleh sebab itu penyusuan susu ibu ketika hamil mungkin boleh menyebabkan puting berasa sakit.

Bekalan susu ibu juga mungkin akan berkurangan sedikit disebabkan oleh perubahan hormon. Biarpun begitu teruskan penyusuan untuk anak sekarang sepanjang tempih kehamilan. Menjelang penghujung kehamilan, (bulan 4 dan 5 kehamilan), susu ibu kan berubah jadi kolostrum yang kaya dengan kandungan berkhasiat yang diperlukan oleh bayi yang bakal lahir untuk beberapa hari pertamanya kelak. Anak yang sedang menyusu itu nanti akan perasan perubahan rasa pada susu ibu itu. Kuantitinya juga berkurangan. Dalam keadaan tertentu, dia mungkin akan ambil keputusan bercerai susu. Walau bagaimanapun  ada  juga yang meneruskan penyusuan.

Jika anak masih mahu menyusu, teruskan  saja menyusu, jangan risau jika dia mengambil kolostrum itu. Tubuh ibu hamil akan terus menghasilkan kolostrum sehinggalah bayi yang dikandung dilahirkan. Jangan risau sebab bekalan kolostrum tidak akan habis.

Sebenarnya juga adalah perlu ibu hamil fikirkan tentang penyusuan selepas bayi dilahirkan kelak. Biarpun ia adalah  keputusan peribadi, ketahuilah bahawa para ibu yang mengamalkan tandem nursing akan kurang mengalami masalah mastitis berbanding ibu yang hanya menyusu seorang bayi.

Jika tidak mahu tandem nursing, adalah lebih baik bercerai susu ketika hamil. Jika bayi dah lahir nanti, mungkin anak akan berasa diabaikan sehingga mungkin anak akan berfikir banyak perkara negatif.
Inginkan vitamin kehamilan dan vitamin membantu penyusuan. Sila KLIK.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...