Thursday 16 August 2012

Pemulihan Kulit Dengan Vitamin E


Vitamin E dianggap sejenis vitamin berkeupayaan memberi pelindungan kepada kulit. Ia kerap dicampurkan bersama pelindung sinaran matahari, krim malam, pelembap dan sebagainya.Vitamin E adalah bahan penting dalam rawatan kulit kerana :-

  • KEUPAYAANYA MEMPERLAHANKAN PEMBENTUKAN TANDA PENUAAN dan 
  • DEGENERASI SEL KULIT. 
  • MEMPERCEPATKAN PEYEMBUHAN DAN PEMBENTUKAN SALURAN DARAH
  • KEKERINGAN KULIT

Selama ini vitamin E hanya dicampurkan ke dalam produk kosmetik dan produk penjagaan kulit sebagai bahan pelembap kulit semulajadi bagi merawat kekeringan kulit. Bagaimanapun kajian beberapa tahun lalu melaporkan vitamin bukan sahaja berupaya menghilangkan kekeringan pada kulit. BUkti membuktikan vitamin E apabila disapukan pada permukaan kulit dapat memberikan perlindungan daripada serangan radikal bebas. Untuk tujuan ini vitamin E acetate selalu digunakan berikutan ia bahan yang stabil.


Vitamin E juga sesuai bagi mempunyai kulit kering
dan bersisik

Apabila dicampurkan ke dalam produk penjagaan kulit pada kepekatan tertentu, bahan ini mudah diserap ke dalam kulit dan ditukar kepada vitamin E bebas. Salah satu kesan perubahan kepada vitamin E bebas ialah ia mempunyai antipengoksidaan.

Peranan vitamin E dalam kelembapan kulit.

Beberapa kajian melaporkan mengenai keupayaan vitamin E melembapkan kulit jika disediakan dalam kepekatan yang sesuai. Penggunaan vitamin E yang disediakan dalam bentuk imulsi ini menunjukkan kelembapan kulit meninkat 19% selepas 30minit menggunakannya dan ia meningkat sehingga 24% selepas 4hari menggunakannya pada kekerapan 2x sehari.

Bagaimanapun vitamin E tidak memberi sebarang kesan jika disediakan pada kepekatan 1% dan 2%. Ini menunjukkan vitamin E melembapkan kulit menjadi lebih ketara jika digunakan selalu. Dengan keupayaan vitamin E memasuki lapisan kulit dengan baik ia mungkin boleh dianggap sebagai bahan pelembap yang unggul masa kini.

Peranan vitamin E dalam krim pelindung UV.

Dikenalpasti cahaya matahari mencetuskan pembebasan radikal bebas dalam kulit. Kajian menunjukkan penggunaan krim vitamin E pada kepekatan 5% selama 10hari berupaya mengembalikan vitamin E dalam kulit 5x ganda. Ini menunjukkan vitamin E berupaya melindungi  kulit daripada kemusnahan sinaran matahari. Vitamin E juga mampu mengurangkan kemerahan pada kulit akibat panas matahari.  Kombinasi vitamin E dan produk pelindung matahari adalah rumusan unggul dan sesuai melawan proses penuaan kulit dan untuk tujuan awet muda.

Sementara itu kajian terhadap sabun mandi yang mengandungi 0.5% -1% vitamin acetate menunjukkan kesan kelembapan amat ketara pada kulit berbanding sabun mandi tanpa vitamin E. Sabun mandi ada vitamin E juga dibuktikan berupaya melembutkan permukaan kulit . Kesan dapat dilihat selepas beberapa hari menggunakan sabun berkenaan.

Vitamin E sebagai antipengoksidaan

Alpha-tocopherol adalah sejenis vitamin E yang lama digunakan sebagai antipengoksidaan. Diklasifikasi kan sebagai semulajadi yang menghalang radikal bebas daripada merosakkan bahan yang perlu disimpan lama.Tindakan vitamin E ke atas radikal bebas ini mnghalang atau melambatkan bahan makanan yang berminyak seperti minyak masak daripada cepat tengik.

Proses semulajadi yang berlaku dalam badan, cara hidup tertentu, kekotoran udara dan radiasi ultraungu boleh menyebabkan pembentukan radikal bebas yang boleh merosakkan pada sel, tisu dan mencetuskan proses penuaan seperti pembentukan kedut pada kulit.







Berkenalan dengan VITAMIN E COMPLEX SHAKLEE. Sila KLIK 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...