Tuesday, 13 November 2012

Sayangi Anugerahmu


Saya baru setahun jagung bergelar ibu namun wawasan saya inginkan penyusuan ekslusif buat bayi sulung saya.Mari ikuti rahsi saya.

Sebelum bergelar Ibu saya mengaku lepas habis kerja kadang-kadang boleh menyinggah ke mana-mana, gi Alamanda, gi Jusco atau pun jumpa kawan. Tapi sejak ada buah hati tersayang, macam ada magnet pula yang menarik suruh balik cepat lepas habis kerja. Tak sabar tau nak balik rumah cepat nak peluk-peluk , nak cakap-cakap dengan baby. Giler seronok.

Mama Batrisyia
BUAH HATI TERSAYANG PAPA & IMAN NUR BATRISYIA

Kehidupan sekarang adalah kerja, suami dan anak juga bisnes vitamin untuk kesihatan dan penyusuan. Itu sahaja. Tiada lagi sempat nak berpeleseran macam dulu lagi. Suami selalu balik lambat, so tugas ambil baby di rumah pengasuh adalah saya sebab pagi suami punya turn hantar baby. Inilah perubahan paling ketara, kalau keluar masa rehat panjang, hari Jumaat pun beli barang anak. Saya rasa semua yang bergelar Ibu pun akan jadi macam nie. Beli barang baby dulu, baju sendiri tak berganti pun takpe. Itulah perasaan dah jadi Ibu ni.

Sekarang Iman dah makin bijak, sejak dah dapat kaki ni, memang tak reti diam lah dan dah makin bijak menawan hati papa dan mama nye. Bagi yang memang dah lama bergelar Ibu mesti setuju jika saya  katakan kegembiraan melihat keletah anak membesar memang mengujakan dan di luar jangkaan. Saya sentiasa berdoa dan mengharapkan hari esok yang lebih baik buat Iman.

Tak percaya sebenarnya masa memang cepat berlalu, Iman dah pandai jalan tapi pengalaman hamil dan bersalin tu memang tak boleh nak lupa. Rasa macam baru je lagi. Masih terbayang lagi sebenarnya saat meneran ketika bersalin tapi Iman payah benar nak keluarnya. Kedudukan kepalanya tinggi Akhirnya kaedah vacuum terpaksa digunakan sebab mama nya dah tak larat dah habis tenaga. Alhamdulillah semua selamat, "its a girl. Bersyukur sangat, pengalaman pegang Iman di dada sejurus lepas selamat di vacuum memang perasaan yang tak boleh dilupakan. Inilah yang dikatakan rezeki Tuhan untuk memberi saya menikmati nikmat rasa keibuan itu.

Saat yang paling dinantikan. Menyusukan bayi?  Wow..perasaan tu tak tergambar best sangat. Masa Iman bayi lagi tak dapat lihat eksperi wajahnya. Bagi je terus je hisap. Tapi sekarang, pandai senyum-senyum, acah-acah. Bila lihat je saya standby nak susukan dia, mesti dia gelak. Kadang-kadang dicium nya punyalah sayang dia kat Cik B tu. 

Alhamdulillah penyusuan penuh dengan susu badan masih lagi bertahan. Mesti kena maintain kalau tak apa guna saya jual suplemen kan kalau saya sendiri tak success. Bila balik kerja, tak sabar nak susukan Iman. Bila anak menyusu, dapat dengar tegukan air susu yang diminum tu. Kadang-kadang dia leh berhenti gelak sendiri. Nak tahu apa yang paling best, bila dah pandai mendongak tengok mama dia. Gelak lagi pastu sambung minum susu semula. Mungkin Iman nak cakap terima kasih mama. Mungkin kot.

Jika diikutkan hati mahu saja jaga sendiri baby tak perlu hantar pengasuh, tapi belum dapat green light dari En.Suami. Tapi takpe..janji mama n papa dapat berikan yang terbaik buat mu Iman, jadi anak yang solehah, diberikan kesihatan yang baik dan bijak mengatur perjalanan hidup. 

Ingin saya kongsi di sini, tingkah laku anak sebenarnya mengikut siapa yang mendidiknya. Saya didik anak saya ikut cara ibubapa saya didik saya. Jadi, biar orang lain nak cakap apa, sebab itu anak kita, biar kita sendiri yang mencorakkan warna pada dia.

So, ibu-ibu yang ingin berkongsi cerita menarik anda tentang kehamilan, penyusuan dan bayi boleh email cerita  anda di mamaBatrisyia82@gmail.com. Juga mohon izin dapatlah saya kongsi kat blog saya ni. Happy sharing mommies!!

Inginkan TIPS PENYUSUAN? Sila KLIK

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...