Wednesday, 29 August 2012

Tanda-tanda Bayi Tidak Mendapat Susu Secukupnya

Kadang kala kekerapan bayi menyusu tidak bererti bayi itu sentiasa kenyang kerana kekerapan nya menyusu menyebabkan kita fikir bayi mendapat susu yang cukup. Ketahui tanda-tanda bayi tidak mendapat susu yang secukupnya dari si ibu.
  • Bayi  tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.
  • Payu dara tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan. Selepas penyusuan payudara cenderung menjadi lebih ringan.
  • Bayi meragam atau sering letih.
  • Pipi bayi  lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda yang bayi  tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul.)
  • Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam.
  • Bayi  tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran.
  •  Bayi  semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama.
  • Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu.
  • Kulit bayi  tetap berkerut selepas minggu pertama.

Jika ibu risau mengenai sebarang tanda-tanda berikut, hubungi doktor atau ahli pediatrik keluarga.

Ibu-ibu  akan tahu yang anda menyusukan bayi dengan secukupnya apabila:
• Bayi anda melekap pada buah dada anda dengan baik dan menyusu apabila terasa lapar;
• Penyusuan adalah selesa dan tidak menyakitkan;
• dan, bayi  akan menukar ritmanya semasa menghisap dan berhenti seketika semasa penyusuan, mula menyusu tanpa berhenti dan melepaskan hisapan secara spontan apabila sudah kenyang.

Jika bayi menunjukkan tanda-tanda berikut, anda menyusukannya dengan secukupnya. Salah satu perkara yang paling sukar semasa memulakan penyusuan ialah merasa yakin bahawa anda menyusukan bayi anda secukupnya. Memang anda menyusu dengan betul, tetapi jangan teragak-agak untuk mendapat nasihat dan bantuan daripada ahli pediatrik, doktor keluarga atau perunding penyusuan semasa peringkat awal penyusuan.

Kenali SET VITAMIN PENYUSUAN.membantu perjalanan penyusuan lebih lancar dan teratur. Sila KLIK

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...