Thursday, 12 July 2012

Kurang Selesa Ketika Penyusuan

Pengalaman pertama kali menyusukan bayi memang sukar dilupakan. Pertalian antara ibu dan anak terasa paling dekat pada waktu ini. Namun ada ibu yang berasa kurang selesa ketika menyusu disebabkan beberapa masalah. Apa yang penting ibu harus memastikan payu dara, khususnya kawasan areola dan puting sentiasa bersih dan kering.

Antara masalah yang lazim semasa menyusu ialah:

Puting sakit / luka
Ini adalah masalah yang paling kerap berlaku. Ia disebabkan oleh kedudukan bayi yang salah atau cara menghisap (latch on) yang tidak betul. Tunjuk ajar daripada jururawat penyusuan dalam membetulkan cara menyusu boleh mengatasi masalah ini.

Payu dara membengkak
Dalam minggu pertama bayi mungkin kurang menyusu dan ini membuatkan payu dara bengkak, berat dan sakit kerana banyak susu di dalamnya. Payu dara juga berasa keras dan menyukarkan bayi untuk menyusu dengan betul. perah keluar sedikit susu itu sebelum menyusu dan cuba susukan bayi sekerap mungkin. bagi mengurangkan rasa sakit pada payu dara itu, anda boleh cuba meletakkan beg penyejuk di atas nya kira-kira 20 minit sebelum menyusu.

Salur susu tersumbat
Bengkak susu atau memakai pakaian yang ketat mungkin puncanya. Atasi masalah ini dengan menyusu bayi sekerap mungkin. berikan payu dara yang sakit ini terlebih dahulu, dan pastikan bayi mengosongkan sebelum diberikan payu dara sebelah lagi. Juga pilih bra yang sesuai, jangan terlampau kuat.

Radang atau jangkitan payu dara
Sekiranya masalah salur susu tersumbat tidak dirawat dengan segera. Ia boleh menyebabkan jangkitan pada payu dara. radang akan kelihatan pada payu dara yang terjejas. Gunakan tuam panas untuk mengurangkan rasa sakit, diikuti dengan beg penyejuk untuk kurangkan bengkak.

Bayi mengigit
Bila bayi dah mulai tumbuh gigi, kadang-kadang bayi mungkin tergigit puting payu dara ketika menyusu. Hentikan seketika dan beri mainan untuk digigit sebelum kembali menyusu. kembali menyusu bila bayi dah bersedia untuk menyusu.

Kenali vitamin melancarkan penyusuan . Sila KLIK

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...