Monday, 10 December 2012

Sekuat Mana Niat Ibu

Saya sebenarnya punya banyak cerita tentang penyusuan. Entry kali ini saya nak kongsi satu cerita. Pernah satu ketika saya ke sebuah Pusat Kesihatan, sementara menunggu nama dipanggil saya duduk lah sebelah seorang makcik umurnya lebih kurang lewat 50an. Tiada kawan untuk diajak bersembang, maka sembang lah dengan makcik sorang nih.


 
Makcik: Ada anak? Berapa orang?
Saya: Ada, baru seorang. Girl.

Makcik: Apa yang awak bawa tu?
Saya: Susu perahan saya untuk baby. Nak tinggalkan dalam kereta, kereta panas. Dalam beg ni pun ada ais. Dalam klinik ni sejuk sikit. Aircond.
Makcik: Berapa umur anak sekarang? Bukan ke menyusahkan aje nak usung-usung sana-sini. Zaman dulu takdela simpan susu dalam peti ni. Anak ok je pun. Zaman sekarang ni je jual pam harga sampai beratus.  Sampai bila nak susukan tu?
Saya: Umur anak saya 1 tahun lebih sekarang , Insyallah niat saya 2 tahun. Zaman sekarang ni lain makcik, ibu-ibu bekerja, cara nak pastikan anak dapat nutrisi sepenuhnya dari susu ibu caranya pam lah susu tu.  Keadaan dah berubah, dulu ibu-ibu tak kerja, mudahlah direct feed je.

Makcik: Kalau nak tahu susukan anak selama  6 bulan boleh dianggap terlalu lama, kalau dah lebih setahun its too much. Apatah lagi 2 tahun. Sanggup awak bertahan sampai 2tahun?
Saya: Yeke makcik.. takpe, saya nak anak saya rapat dengan saya dan dapat susu terbaik. Susu ni pun rezeki anak anak. Selagi masih ada tandanya rezekinya tak putus.  Lagipun susu formula mahal zaman ni, akan datang lagi lah mahal. Ada ke orang nak bagi kita duit untuk beli susu? Kadang orang pandai cakap je tapi nak ke orang tu sponsor anak kita susu formula selama 2 tahun dan lebih. Makcik sanggup? Hihi.. makcik jangan marah, gurau je tau.

Makcik: Ermm.. cucu makcik pun tak pernah makcik belikan walau setin susu. Hihi.. (makcik tu dah sengih malu). Lagipun anak makcik pun susukan anak dengan susu badan.
Saya: Ishh.. kesiaaaannnn cucu makcik…memang patut sangatlah cucu makcik tu minum susu FREE lagi berkhasiat dan cap gantung je… hahaha (saya gelak kuat sebenarnya menyindir)..

Jururawat pun panggil nama saya, end of conversation.
Cerita di atas mungkin sebahagian warna warni kehidupan. Lain orang lain caranya. Mungkin Makcik tu ada sebab berkata demikian kerana setiap manusia ada mentaliti yang berbeza, yang penting walau apa pun orang cakap dan Ibu hampir berputus asa dalam penyusuan, pasti ada caranya untuk berjaya dalam penyusuan ekslusif. Mungkin anak pertama Ibu tak berjaya, anak kedua pun tak berjaya, malah anak ketiga Ibu tak berjaya juga, tetapi percayalah Allah swt berikan rezeki dalam bentuk yang lain pula  buat Ibu dan anak. Ada ibu yang rasa bersalah gagal dalam penyusuan. Percayalah. There is no such thing as failure, there are only life experiences. Juga apa yang penting niat suci kita.

Memang payah, dan tidak mudah serta leceh sekali terutamanya pada bulan-bulan pertama bagi ibu yang tiada pengalaman. Puting merekah, susu kurang, bayi tidak melekap dengan baik di payudara dan banyak masalah lain mampu Ibu selesaikan sekiranya Ibu mencari ilmu dan membaca. Carilah ilmu penyusuan seberapa banyak untuk lengkapkan diri menempuh perjalanan penyusuan yang panjang.
SAYA SANGAT SUKA "CECAIR EMAS" MAMA. YANG PALING PENTING
SAYA SAYANG MAMA! TERIMA KASIH MAMA.
Saya percaya Iman adalah kurniaan dan amanah terbesar Allah swt untuk saya dan keluarga. Saya akan memastikan dia mendapat yang terbaik sejak di lahirkan dan dengan itu saya memilih susu ibu kurniaan Allah untuk Iman. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memudahkan perjalanan hidup saya. Second baby? Ermm..nanti dulu. Hihihi.. Chaiyokk  Mama Batrisyia..
Ibu inginkan teknik mengepam yang boleh hasilkan susu giler meriah? Sila KLIK.

 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...