Tuesday 25 December 2012

Penyimpanan, Mencairkan dan Memanaskan Susu Ibu

Penyimpanan susu secara teratur perlu dilakukan bagi memastikan kualiti susu ibu dikekalkan pada tahap maksimum. Untuk itu, pastikan setiap bekas penyimpan susu dibersihkan dengan sempurna . Labelkan setiap bekas susu mengikut tarikh dan masa perahan.

Pada suhu bilik 18-22°C, susu boleh kekal segar sehingga lapan jam. Di dalam peti sejuk (bahagian bawah), susu ibu boleh bertahan lebih kurang 3-5hari. Manakala di dalam peti sejuk  1 pintu (bahagian beku), susu dapat bertahan sehingga 2 minggu.

Jika bahagian dingin bekunya berasingan (peti sejuk 2 atau 3 pintu), susu beku boleh bertahan selama 3 bulan. Jika mahu menyimpan susu pada kadar lebih lama (sehingga 6 bulan) pula, susu perlu disimpan di dalam bekas dingin beku yang mempunyai suhu tetap di bawah 19°C.
Bagaimana mencairkan  susu beku?
Mama Batrisyia
Bagi ibu bekerja yang meninggalkan anak pada pengasuh pastinya ada kekeliruan bagaimana nak cairkan susu beku sedangkan esoknya anak perlu dihantar pada pengasuh. Bukan kah akan ambil masa yang lama untuk cair? Ini caranya:
Keluarkan susu beku pada malam hari sebelumnya  untuk dinyahbeku terlebih dahulu di bahagian bawah peti ais semalaman. Keluarkan jumlah susu yang akan digunakan sahaja dan rendam bekas susu itu di dalam aliran air paip kemudian bolehlah di simpan di dalam peti sejuk bahagian bawah semula. Keesokkan harinya susu dah mencair dan tidaklah perlu Ibu beri susu yang masih beku pada pengasuh. Silap hari anak meraung inginkan susu, tetapi susu lambat cair nya.

Mungkin ada pengasuh yang kurang faham tentang sensitiviti susu ibu, oleh itu wajar lah di ingatkan pada pengasuh agar simpan susu perahan dalam peti sejuk. Ini bagi kes pengasuh yang baru pertama kali mengendalikan susu ibu.

Bagaimana memanaskan susu ibu?
Apabila tiba waktu menyusu, ambil satu botol pada satu masa dan letakkan di dalam bekas berisi air suam atau “warmer” dan berikan kepada bayi bila susu sudah suam.  Keluarkan susu mengikut keperluan anak sahaja agar tidak mebazir.  

Susu yang telah dipanaskan perlu diberikan kepada bayi dalam tempoh 1-2 jam dan lebihan susu yang tidak habis diminum tidak boleh dibekukan semula.
Nota buat ibu:

Jangan sekali-kali menggunakan ketuhar mikro untuk mencairkan/ memanaskan susu ibu. Kaedah ini boleh mengubah komposisi susu dan berpontensi melecurkan mulut bayi.
Lemak di dalam susu akan terpisah dan timbul di permukaan susu, hanya perlu goncangkan perlahan-lahan bekas susu, lemak yang terasing akan bercampur semula. Susu beku yang sudah cair tidak boleh dibekukan semula.

Saya sarankan guna susu ibu mengikut aturan yang masuk dahulu, keluar dahulu walaupun kita boleh bekukan susu ibu selama 3-6bulan. Ini kerana semakin lama susu di simpan ia akan mengubah komposisi susu ibu menurut usia bayi itu.

Penting buat IBU BERKERJAYA. Sila KLIK.

 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...