Friday, 14 September 2012

Kehamilan, Proses Mempersiapkan Keturunan yang Sempuna

Apa yang perlu diperhatikan pada masa kehamilan?
Nutrisi yang bagus membantu wanita menyiapkan tubuhnya untuk menjadi seorang ibu kerana proses kompleks yang terjadi selama masa kehamilan memerlukan  banyak protein, vitamin dan mineral untuk ibu dan bayi. Jika tubuh ibu sudah mempunyai simpanan nutrisi jauh beberapa bulan atau tahun sebelum masa kehamilan, keperluan nutrisi dapat ditutupi dengan pola makan yang sederhana. Tetapi jika simpanan nutrisi lebih rendah pada masa kehamilan, maka ibu hamil mempunyai risiko yang cukup besar seperti amnesia dan kesulitan kehamilan.
Sewaktu hamil anda memerlukan tambahan nutrisi bahkan harus menaikkan dua kali ganda dari keperluan biasa, terutama untuk Vitamin C dan Kalsium. Meskipun ada yang mendengar nasihat lama yang mengatakan bahawa makan untuk dua orang, tidak perlu diterapkan dalam  erti yang sebenarnya. Ingat, janin tidak sebesar orang dewasa dan memiliki keperluan nutrisi yang jelas berbeza.


Sebahagian besar wanita  mengeluarkan sedikit tenaga pada saat kehamilan, apalagi menjelang tahap-tahap akhir kehamilan. Meskipun secara teori keperluan tenaga selama masa kehamilan kira-kira sebesar 80.000 kalori. Anda tidak perlu meningkatkan sumber tenaga sampai tiga bulan terakhir, dimana ibu hamil memerlukan tambahan tenaga sebanyak 200 kalori setiap harinya. Tambahan tenaga ini dapat diperoleh dari segelas susu dan dua potong keju lapis yang rendah lemak.

Ibu hamil juga tidak perlu menaikkan sumber protein secara mendadak, sesuaikan dengan prinsip makanan sihat, seperti  daging, ikan, produk harian, nasi dan kekacang. Amat penting juga adalah menaikkan jumlah serat selama masa kehamilan. Ibu hamil sering menderita masalah buang air besar dan buasir  (haemorrhoid). Untuk menghindari masalah ini, ibu hamil boleh  meningkatkan serat dengan cara memakan roti dan bijirin, beras merah dan pasta. Ingatlah selalu untuk meningkatkan cairan tubuh kerana ini dapat membantu serat menjalankan tugasnya menjaga sistem pencernaan tetap sihat. 
 
Acid folic merupakan suplemen tambahan yang ditambah dalam makanan ibu hamil. Keperluannya kira-kira sebesar 200 mg perhari. Ibu hamil dapat menambah keperluan asid folic dari makanan seperti bijirin  sarapan pagi, roti gandum , roti tepung atau   sayur-sayuran hijau ( brokoli, bayam, tauge, kacang segar), juga kekacang. Perlu sangat ibu hamil tahu bahawa asid folic mudah rosak saat dimasak jadi perlu sangat  anda  tahu memasak sayuran dengan jumlah air dan waktu yang singkat sahaja.

Sebahagian besar wanita pula mempunyai kadar zat besi yang rendah. Itu sebabnya zat besi (atau haemoglobin) selalu diukur sepanjang kehamilan. Jika ada ibu hamil dengan kadar zat besi rendah maka dia dikatakan menderita anemia. Untuk mengatasinya doktor atau bidan yang memeriksa biasanya akan memberikan tambahan zat besi. Agar tak kekurangan zat besi ada baiknya makan  makanan yang kaya akan zat besi samada dari produk haiwan atau pun tidak. 

Tubuh sebenarnya tidak mudah untuk menyerap zat besi tapi dengan pengambilan Vitamin C membantu menambah penyerapan zat besi.
Di dalam teh juga terdapat sedikit kafein, yang menghalang penyerapan zat besi dengan baik.Jadi, makan  makanan yang kaya zat besi dan mengandungi vitamin C lebih baik daripada secangkir teh.

Vitamin A yang berasal dari produk seperti sayuran hijau dan buah-buahan berwarna kuning dan sayuran yang lebih dikenali sebagai karoten dalam bahan makanan tersebut.Zat ini juga banyak ditemui pada mangga, kentang manis, aprikot, tomato,lobak dan buah-buahan berair.

Vitamin D yang kadang-kadang dinyatakan sebagai “vitamin sinar matahari” kerana vitamin ini terbentuk pada saat tubuh terkena sinar matahari juga diperlukan untuk pembuatan kalsium dan fosforus yang sangat diperlukan dalam masa pertumbuhan terutama dalam pembentukan tulang dan gigi. Vitamin ini hanya ditemukan pada beberapa makanan seperti mentega yang diperkaya dan keju tabur rendah lemak, bijirin, minyak ikan daging dan sedikit dari susu dan telur. Hal lain yang juga harus diperhatikan para ibu hamil adalah memastikan jumlah  kalsium yang cukup yang boleh diperolehi dari produk susu, seperti keju dan yoghurt.
 
Kekurangan Vitamin D
Wanita yang kekurangan vitamin D selama masa hamil dapat menyebabkan bayi yang dilahirkannya memiliki tulang yang lemah. Wanita hamil yang cukup mendapat sinar matahari dan makan suplemen vitamin D cenderung melahirkan bayi dengan kepadatan dan kadar mineral tulang yang lebih tinggi.

Makan sayuran
Rajin makan sayuran hijau selama hamil, kelak dapat membuat bayi suka makan sayuran juga. Penelitian menyatakan bahawa apa yang kita makan ketika hamil akan mempengaruhi cita rasa cairan ketuban di mana bayi berkembang. Dan ini akan membuatnya bayi membesar dengan menyukai rasa tersebut.

Sekarang anda tahu bukan bertapa pentingnya vitamin dalam kehidupan seharian. Jika anda memang makan  makanan yang penuh nutrisi keperluan vitamin mungkin tidak berapa diperlukan, tapi bagaimana bagi individu yang kurang makan makanan berkhasiat ini?
 
Kenali SET VITAMIN IBU HAMIL. Sila KLIK

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...