Wednesday, 2 May 2012

Dilema wanita: Rambut yang gugur melampau-lampau..

"Rambut saya banyak gugur lah lepas bersalin"

Sering kali terdengar ramai kaum wanita mengadu mengalami keguguran rambut. Itu adalah normal kerana  wanita mempunyai anggaran 100 ribu helai rambut di atas kulit kepala sudah semestinya ada rambut yang gugur setiap hari kan.

Bagi wanita yang lepas bersalin mesti ada yang cakap "Rambut saya banyak gugur lah lepas bersalin". Si suami pulak menegur rambut mama ade di mana-mana, dalam bilik,atas katil,kat dapur, ditepi-tepi dinding, dalam toilet lagi la segenggam kot rambut mama bile dikumpul.


Bila si suami dah cakap macam tu semestinya hati bimbang kan walaupun dah tau memang lumrah nya rambut akan gugur selepas bersalin. Bukan nya tenangkan hati kita..lagi buat susah hati plak..lagi banyak rambut gugur akibat STRESS la pulak. Masa balik kampung saya cakap kat ibu, Iman dah pandai menyembur...lantas aje ibu cakap siaplah nanti rambut gugur bila anak dah pandai menyembur. Tak caya gi tanya kakak. Itu kata orang tua apabila anak mula pandai buat "buih" rambut si ibu akan gugur. Sebenarnya itu hanyalah mitos kerana ada faktor lain kenapa masalah ini menghantui ibu-ibu yang baru melahirkan.

Kalau dulu rambut panjang mengurai tetapi sekarang kene potong bagi pendek sebab rambut banyak gugur.. Kenapalah semua nie terjadi lepas melahirkan si manja ye?

Ada 9 perkara perlu mama semua tau.

1. Ibu baru bersalin hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari. Hampir semua terjadi pada wanita.
2. Hormon dalam darah berubah selepas melahirkan. Harus difahami faktor hormon ye.
3. Jangan panik!! walaupun rambut banyak gugur, mama semua tak akan botak ok. Semua akan kembali ok menjelangnya ulang tahun pertama si manja.
4. Ini fakta ye..biasanya lebih kurang 85-95% rambut , 5-15% adalah rambut dalam keadaan peringkat rehat.
5. Selepas peringkat rehat berlakulah peringkat gugur. Peringkat yang ditakuti mama semua.
6.Ketika hamil, rambut mama semua kelihatan lebat, cantik gitu sebab peningkatan hormon estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Masa nie hanya sedikit rambut berehat,maka kuranglah gugur.
7. Selepas hamil, tahap estrogen turun, rambut mama yang cantik tu mulai la gugur kerana banyak folikel rambut masuk peringkat rehat.
8. Rambut akan kembali normal mengambil masa 6-12 bulan selepas bersalin. Lama jugak tu kan?
9. Wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah rambut gugur ni.



APA MAMA SEMUA PERLU LAKUKAN BAGI ATASI MASALAH INI?

Mama semua perlu ingat ya, mama tidak boleh menghentikan masalah rambut gugur, tetapi boleh mencuba mengurangkan bilangan rambut yang banyak gugur kepada hanya sedikit gugur.


Jom lihat  apakah penyelesaian pada rambut gugur. Sila -KLIK-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...