Thursday, 17 May 2012

Rezeki kurniaan Allah SWT

Kita sering beranggapan rezeki itu wang ringgit. Pada hal sebenarnya wang ringgit hanyalah secubit daripada limpahan rezeki kurniaan ilahi buat hambanya.

Bagaimana nak terangkan pada anak-anak apa itu rezeki?

"Ibu, Mimi pelik kenapa Atuk Usop hidupnya miskin sedangkan Atuk Usop tak pernah tinggal solat, baik, slalu berdoa minta dimurahkan rezeki.. Allah tak sayang Atuk Usop ke ibu?

Orang miskin hidupnya miskin tak bermakna Allah tak sayangkan Atuk Usop.Atuk Usop mungkin miskin wang tapi Atuk Usop kaya pahala,kaya budi pekerti dan Allah berikan Atuk Usop tak sakit. Rezeki adalah luas bukan semata-mata wang ringgit. Tubuh badan yang sihat tak selalu sakit dan perasaan tenang juga adalah rezeki.


Kenapa orang kaya banyak duit? Pada zahirnya memang nampak senang dan banyak duit tapi sebenarnya sama je dengan orang yang gaji nya rendah dan sederhana. Mengapa? Dalam kehidupan hari-hari ada banyak benda yang perlu di bayar. Tak kirala orang kaya atau orang sederhana. Ansuran kereta,rumah, segala bil bagai dan banyak lagi semua nak kene bayar. Cuma yang bezanya jumlah wang yang dikeluarkan untuk bayar semua tu.

Orang kaya walaupun banyak duit, nak kene bayar duit ansuran kereta mewah tetapi orang pendapatan sederhana hanya perlu bayar duit kereta buatan tempatan yang dah semestinya lagi murah. Samalah juga dengan ansuran rumah dan bil letrik. Dah semestinya rumah orang kaya lagi besar-besar, maknanya kuantiti elektrik yang digunakan jauh lebih tinggi dari orang yang duduk rumah apartmen dan teres kos rendah.

Saya buat perbandingan antara dua keluarga. Keluarga Mak Limah dan Mak Bedah. Kedua-duanya bekerja di tempat yang sama, gaji pun sama. Tapi kenapa keluarga Mak Bedah jauh lebih senang banding keluarga Mak Limah?

Di sinilah konsep rezeki. Keluarga Mak Bedah jarang sakit,selalu bersedekah,rajin solat, beli barang hanya yang perlu,rajin dan ikut perintah Allah,tinggalkan yang dilarang dan selalu berdoa. Tapi keluarga Mak Limah selalu tak sihat sebab suke hisap rokok,suke membazir,suke bergaduh, minum arak dan tak rajin solat.

Nampak tak perbezaan hidup dinikmati oleh dua keluarga ni? Inilah konsep rezeki. Walaupun gaji yang diterima sama tetapi cara dibelanjakan jauh berbeza. Disinilah letaknya keberkatan duit yang diterima. Tanya pada anak antara dua keluarga ini yang mana jadi pilihan?

Beritahu anak, Allah swt menjanjikan rezeki bagi orang Islam melalui amal solehnya. yang penting mestilah yakin dan ikhlas sematanya kerana Allah swt. Banyak mana pun rezeki yang Allah beri kita mestilah bersyukur. Pun begitu bersyukur bukan setakat ucapan Alhamdulillah tetapi dengan perbuatan. Taat segala perintah dan tinggal yang ditegah.

Bersyukur kita tinggal di Malaysia. Negara aman makmur. Orang  kita mati sebab makan. Kat Afrika nun, orang  mati sebab tak makan .

Salam Jumaat.. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...