Thursday, 10 May 2012

Antara suami yang romantik dan bertanggungjawab, yang manakah menjadi dambaan?

Salam Jumaat sume..Saya terpanggil nak menulis tentang hubungan suami isteri selepas membaca luahan rasa seorang wanita tentang kehidupan nya selepas berkahwin. Ini saya nak jadikan pengajaran buat yang lalai.
Saya nak berkongsi cerita nya begini..Al kisahnya hubby nya tak pandai memujuk,berbual dan berkomunikasi apatah memuji si wifey pandai masak,pandai bergaya or segala pujian yang patut dapat oleh seorang isteri.
Yang buat lagi klakar, si hubby nye dahle payah nak memuji tapi bile memuji sakit nye hati bukan kepalang.. yelah kan.. sape yang tak marah or kecik hati kalau hubby memuji guna ayat camni..
"Cantiknya hari ni , macam nak pegi mengurat Mat Bangla, tak pun Pria Lombok".
Kot ye pun nak menegur janganle guna bahasa yang kasar sebab bahasa macam ni wifey benci tau walaupun teguran tu adalah benar.


Bila dah berlaku macam ni mulalah wifey rasa hidup tak dihargai kecuali bila hubby mahukan hubungan intim ja. So, wifey nih rasa macam hidup dengan orang asing.. Dahla si wifey tak kerja sebab berhenti  nak jaga sepenuhnya kepeluan suami dan anak-anak. Hal begini buat wifey rasa tertekan dan rasa tak berguna. Bila di ajak berbincang , hubby jawab "Maaf, abang tak tahu nak cakap apa"..
Kesian kan si wifey.

Kesimpulan nya dari cerita kat atas, saya sendiri akur bukan semua wanita bertuah dapat kahwin dengan "jejaka"cukup serba serbi, seorang suami soleh dan bertakwa, pandai berlawak, mahir memikat dan bertanggungjawab pada anak dan isteri. Tidak semua lelaki memiliki pakej lengkap!!

Oleh itu.. saya biarkan korang sume dengan satu soalan:
"Antara suami yang romantik dan bertanggungjawab, yang manakah menjadi dambaan?"

Ingin Romantik ala Rasulullah.. teladan terbaik buat suami yang mencintai dan menghargai isteri,banyak menunjukkan kasih sayangnya dalam bentuk non-verbal. Ini betul ye.. ada tercatit dalam hadis-hadis baginda, antaranya:

  1. Bersegera menemui isteri jika tergoda
          Sabda Rasulullah "Apabila seseorang antara kamu melihat seorang wanita yang menarik,hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isteri nya itu ada  hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu." (Riwayat al-Tirmizi)

    2.  Bergilir minum pada tempat yang sama

           Daripada Aisyah r.ha, beliau berkata "Aku biasa minum dari cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan tersebut lalu meletakkan mulutnya di tempat aku meletakkan mulut ku, lalu Baginda minum, Kemudian aku mengambil cawan, lalu aku menghirup isinya, kemudian baginda mengambil daripadaku, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat aku meletakkan mulutku, lalu baginda pun menghirup" (Riwayat Abdul Razzaq dan SaĆ­d bin Mansur)

Doa saya buat isteri dan suami di luar sana berkasih sayang lah anda. Jangan dipersiakan hubungan dan sentiasala bertolak ansur bagi menjaga kerukunan rumah tangga. Bagi si suami pula sayangilah anak dan isteri kerana itu tanggungjawab yang Allah Swt berikan buat anda. Amin.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...