Saturday, 19 May 2012

Mengapa Cik B berubah selepas kehamilan? Mengapa tak kekal sama je..


Bagaimanakah payu dara ibu-ibu akan berubah dari semasa kehamilan sehinggalah tempoh penyusuan.

Soalan-soalan yang sering kita dengar dari mulut seorang wanita yang telah menjadi ibu atau bakal ibu antaranya ialah,

Mengapa Cik B saya jadi semakin besar dengan cepat?

Sebab Cik B sedang bekerja untuk menghasilkan susu yang mencukupi untuk bakal baby yang akan lahir. Semasa kita hamil, paras hormon estrogen dan progesteron yang tinggi boleh menstimulasi kalenjar susu. Sebab itulah saiz bra lebih besar dalam tempoh awal kehamilan tetapi akan terhenti atau lambat pada penghujung trimester pertama. Silalah dapatkan saiz bra yang baru ye.

Mengapa puting kelihatan gelap dan berlekuk?

Ia berpunca dari hormon. Awal trimester pertama, puting akan menonjol dan kalenjar montgomery (behagian berlekuk yang kecil yang mengelilingi bahagian areola) juga menonjol tanda bersedia untuk menyusukan bayi nanti. Puting pula gelap juga sebab hormon dan ia menstimulasikan sel penghasilan pigmen. Oleh itu bersedialah  untuk dapat puting dan areola yang lebih gelap semasa kehamilan.

Cik B kelihatan macam tak simetri sebelum hamil. Tapi sekarang lagi teruk bila hamil. Mengapa?

Sebab Cik B sangatlah sensitif dengan hormon. Contohnya kalau ibu-ibu ada Cik B yang berat sebelah, sebelah yang lebih kecil mungkin kekurangan hormon kerana terdapat kurang tisu payu dara. Sebab itu masa kehamilan Cik B tak dapat membesar dalam kadar yang sama. Kes yang lain pula, kalau pernah buat pembedahan pada salah satu payudara , mana Cik B yang ada kesan parut juga akan kurang hormon kehamilan.

Ada cara tak nak halang atau kawal Cik B dari melendut?

Tidak ada banyak cara nak kawal Cik B dari melendut  kecuali pastikan memakai bra sokongan dan berat badan yang stabil. Kalau ibu-ibu ada Cik B yang melendut kadang kala faktor seperti keturunan, berat badan dan saiz Cik B semasa hamil turut memainkan peranan. kebanyakan payudara wanita akan berubah menjadi kecil, atau lebih besar atau yang bernasib baik akan kekal sama.

Ada banyak krim di pasaran yang boleh menegangkan semula Cik B tetapi dalam masa beberapa minit kesan nya akan hilang. Sapuan krim dan losyen pada bahagian luar Cik B tidak dapat memberi kesan di dalamnya.

Cik B rasa sakit semasa menyusukan  anak. Mengapa dan apa harus ibu-ibu lakukan?

Cik B mungkin bengkak dan itu petanda Cik B sedang mengalirkan susu. Cara terbaik ialah mengepam susu atau menyusu kan bayi dengan kerap. Ibu-ibu boleh juga letak pek ais pada bahagian yang bengkak bagi kurangkan rasa sakit. Nak cara tradisional boleh juga sejukkan kubis dalam peti sejuk. Bila dah sejuk ambil kelopak kubis dan letakkan dalam coli.

Ingin mengembalikan keanjalan Cik B anda ?? Jom la baca nak share dengan anda semua.      -KLIK-


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...