Wednesday, 9 May 2012

Kenali jerawat apa yang menyerang muka anda?

Entri kali ni berkisah tentang jerawat.Sapa suka jerawat? Tiada seorang pun yang akan cakap suka jerawat. Betul tak?? Pernah tak antara kite bertanya kenapa bentuk jerawat yang timbul kat muka kita nih berbeza dengan bentuk jerawat yang timbul kat muka kawan-kawan, ahli kuarge,sepupu sepapat or atuk nenek kite. Warna jerawat yang ada kat muka korang warnanya merah,besar pulak tu sedangkan kat muka teman korang tu putih kecik-kecik ja.

Well, jawapan nya ialah jerawat di muka korang adalah berbeza dengan yang di muka teman tadi tu. Jerawat kat muka korang namanya jerawat papule sedangkan kat teman tu namanya whiteheads. Bagi yang bingung,meh sini saya jelaskan tentang jenis-jenis jerawat tersebut.


 Diperkenalkan jerawat-jerawat itu...

1. Tipe Non-Inflammatory atau jerawat di peringkat Grade 1.
  •  Jerawat ni tak sakit dan akan jadi besar pun. kategori jerawat nih ialah whiteheads dan blackheads. kedua-dua jerwat ini disediakan pori-pori tersebut yang disebabkan sel kulit mati dan kelenjar minyak yang berlebihan di kulit.
  • Kalau liang nya tertutup disebut whitehead, kalau liang nya terbuka disebut blackhead. Warna hitam kat blackhead tu bukanlah kotoran tapi merupakan penyumbat pori yang dah bertukar warna akibat teroksidasi dengan udara.
  • Jerawat jenis nih mudah nak dirawat iaitu pegilah facial muka tu. Kalau tak dirawat akan jadi jerawat peringkat ke 2.
    2.   Tipe Inflamatory atau jerawat di peringkat Grade 2.
  • Jerawat peringkat sederhana. jerawat yang menimbulkan rasa sakit dan kemungkinan menjadi besar, biasanya warna merah. ia berbeza dengan jerawat di peringkat pertama kerana jerawat peringkat ini adalah disebabkan oleh infeksi bakteria.
  • jenis jerawat ini ialah papule (jerawat merah dan kecil), pustule (orang kite panggil jerawat nasi sebab bentuk nya macam nasi) Pustule berisi nanah dan berwarna keputihan.
  • Bilangan jerawat akan membiak dan terdapat nanah yang pecah.
  • Pada remaja, jerawat ini suka merebak dikawasan hidung,dahi,muka dan belakang badan.
  • Jerawat ini boleh jadi ke peringkat ke-3 bagi yang suka MEMICIT dan MENCUNGKIL jerawat.
 3.    Grade 3 - Nodule
  •  Tahap ni dah dikira teruk tapi belum parah.
  •  Jerawat ini termasuk jerawat besar,bila dipegang terasa sakit
 4.    Grade 4 - Cyst
  • Ini adalah bentuk jerawat yang paling parah. Ukurannya besar bahkan kadang sangat besar sehingga seperti bengkak.
  • Berbeza dengan jerawat lainnya, cyst biasanya tersebar ke seluruh wajah/tidak di satu tempat saja. Kebanyakan pengidap cyst seringkali juga memiliki anggota keluarga yang mengalami hal yang serupa sehingga kemungkinan besar jerawat jenis ini bersifat genetik.

Nah, bagaimana dah dapat belum gambaran jerawat yang tumbuh kat muka korang tu? Pesan saya, jangan pernah mengalah! Selalu ada cara untuk menghilangkan jerawat asal saje korang semua nak berusaha. ok?

Jom jejalan lagi kat blog mama Batrisyia nih dengan ketahui supplemen apa yang boleh membantu korang dengan masalah jerawat tu. Syyhhh.. rawatan dalaman la pulak ye..asik tukar-tukar rejim pencuci muka tak jugak berkesan. Try la pulak cara lain. Insyallah berhasil. Jom usya-usya blog nih..

Sila -KLIK-  untuk Vitamin E

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...