Kehamilan bukan masa yang mudah dalam kehidupan seorang wanita dan banyak dikaitkan dengan perubahan nutrisi, aktiviti fisik, ukuran baju, minat, kesihatan dan sebagainya.
Berikut empat mitos keliru tentang nutrisi selama kehamilan:
Mitos Pertama: wanita hamil perlu makan untuk 2 orang.
Seorang wanita hamil memerlukan tambahan 300 kalori satu hari. Hal ini bukan berertiwanita hamil harus makan lebih untuk dua orang. Suapan makanan yang berlebihan akan menyebabkan ibu dan juga bayi kelebihan berat badan.
Mitos Kedua: hemoglobin (sel darah merah) ada dalam jumlah standar pada saat kehamilan.
Ada penurunan fisiologi di tingkat hemoglobin selama kehamilan. Hal ini disebabkan kerana volume darah meningkat dan kandungan membesar. Oleh kerana itu, ibu harus menyediakan jumlah zat besi yang cukup ke tubuhnya.
Mitos Ketiga: tidak boleh minum kopi selama hamil.
Penelitian telah menunjukkan bahawa minum kopi yang berlebihan dapat menyebabkan keguguran atau bayi mungkin lahir kurang berat. Namun sebenarnya minum kopi masih dibolehkan untuk wanita hamil, asalkan bukan setiap hari dan jumlah pengambilan haruslah memadai dengan waktu kehamilan tertentu
Mitos Keempat: zat besi banyak di sayuran hijau.
Zat besi sebenarnya banyak terdapat dalam hati, daging sapi, kangkung, ayam dan ikan. Bijirin juga kaya zat besi. Sayuran hijau memang mengandungi zat besi, namun tidak sepenuhnya akan diserap dan dicerna.
No comments:
Post a Comment