Saturday 5 May 2012

Masalah kesuburan? Peluang tingkatkan kehamilan dengan supplemen.

Masih "kosong"selepas beberapa bulan melayari bahtera perkahwinan mengundang keresahan ramai pasangan. Tekanan semakin hebat apabila bulan bertukar tahun,namun zuriat yang ditunggu masih tidak kunjung tiba
Bagaimana ini terjadi dan masih kah ada peluang untuk bergelar papa dan mama? Insyallah sekiranya anda berusaha jalan nya tentu ada.

Secara umumnya kesuburan seseorang wanita itu berkait dengan kemampuannya mengeluarkan telur. Telur akan keluar sekali dalam tempoh 1 pusingan haid. Waktu telur dikeluarkan dikenali sebagai waktu subur. Bagi wanita yang mempunyai pusingan haid teratur, pengeluaran telur akan biasa akan berlaku pada hari ke-13 atau 14 (dikira dari hari pertama haid keluar). Disebabkan itulah sekiranya ingin merancang mempunyai anak disarankan melakukan hubungan kelamin pada waktu ini.


Bagi lelaki masalah ketidaksuburan selalunya di kaitkan dengan sperma yang tidak normal,jangka hayat sperma terlalu singkat atau masalah ejakulasi. Masalah lain ialah seperti:
  • Keradangan pada testis
  • Pembengkakan salur darah testis
  • Pengambilan alkohol
  • Merokok
  • Hormon tidak normal
  • Terdedah pada bahan kimia beracun
  • Saluran testis tersumbat akibat jangkitan kuman
  • Memakai seluar ketat

Walaupun wujud pelbagai masalah berkaitan kesuburan ,ini bukanlah titik noktah kepada pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata. Ada banyak cara boleh dilakukan  untuk membantu mendapatkan zuriat. Yang penting perlulah berusaha dan bersedia dari pelbagai aspek kerana rawatan kesuburan merupakan proses yang panjang.

Tip kesuburan lelaki
  • Makan buah betik kerana ia kaya dengan vitamin C dimana vitamin ini mampu meningkatkan jumlah  dan kesuburan sperma. Kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan ketidaksuburan  sperma.
  • Berhenti merokok kerana boleh menyebabkan membrane sperma rosak dan mempengaruhi sperma mencapai sel telur
  • Banyak kan pengambilan zink kerana mampu mengaktifkan sperma.
  • Pakai seluar longgar bagi memastikan suhu alat kelamin terkawal
  • Kebersihan makanan
  • Minum banyak air kosong juga
Tip kesuburan bagi wanita
  • Jaga pemakanan seperti elakkan jeruk,makanan ringan, minum alkohol dan berkabonat
  • Senaman berkala
  • Berhati-hati mengambil ubat kerana sesetengah ubat mempengaruhi kesuburan
  • Periksa rahim dengan berjumpa doktor manalah tau kan ada masalah dalam rahim
Sekiranya ada antara anda yang mengesyaki anda dan pasangan berhadapan masalah kesuburan segeralah bertindak. Di sini saya mengesyorkan beberapa supplemen Shaklee yang boleh anda praktikkan sebagai salah satu usaha anda. Jom lihat apakah supplemen itu..  Check it out ya..

Supplemen kesuburan bagi lelaki. Sila klik di  -SINI-
Supplemen kesuburan bagi wanita. Sila klik di -SINI-


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...