Tuesday 15 May 2012

Berkerjaya bukan penghalang untuk menyusukan si manja!

Ramai ibu-ibu berkejaya dalam dilema sama ada berjayakah penyusuan susu ibu secara ekslusif pada c manja sedangkan kekangan waktu membataskan proses untuk memerah susu di tempat kerja??

Ramai ibu yang keliru dan tertanya bila dan bagaimana hendak melakukan pemerahan sewaktu di tempat kerja. Berapa kali? Di mana? Bagaimana?Sempatkah? Berapa lama perlu memerah bagi satu sesi. Saya cadangkan ibu semua perlu ada 1 jadual pemerahan yang sesuai dengan jadual sibuk di pejabat dan susukan bayi sebelum pergi kerja.


Saya amalkan pemerahan setiap 3 jam agar payu dara dapat dikosongkan. Contoh nya. saya mengepam jam 10pagi, 1 tengahari dan juga 4 petang. Kalau saya tak sempat jam 4 petang, balik dari kerja saya pasti akan lakukan sesi mengepam antara jam 5-7 ptg. Pemerahan haruslah konsisten dan kalau boleh jangan melebihi tempoh tiga jam bagi mengelakkan susu ibu kelihatan cair. Sekiranya sebelum pergi kerja saya tak sempat susukan Iman, jam 8 sampai di ofis saya mesti akan pam. Kalau tak Cik B saya bengkak.

Penyimpanan susu ibu

Ramai yang keliru dengan tempoh penyimpanan susu ibu. Susu ibu sangatlah bernilai dan tiada satu pun susu buatan di dunia ini yang dapat meniru kandungan dan kebaikan susu ibu. Sebab tu la susu ibu perlu disimpan dengan baik.

Disarankan susu ibu terus disimpan di dalam peti sejuk sejurus selepas diperah. Tetapi saya tidak terus simpan susu yang diperah terus dalam peti, sebalik nya saya biarkan selama lebih kurang 10minit pada suhu bilik. Kenapa? sebab suhu susu ibu adalah sama dengan suhu badan manusia. Lepas suhu turun baru saya masukkan dalam peti sejuk. Namun jika tiada peti sejuk di opis bolehlah simpan di dalam beg sejuk yang ada ice pack sebagai alternatif lain. Sekarang nie berjenis ice pack yang boleh dibeli dengan ketahanan mencapai 16 jam. Walau bagaimanapun tempoh ini bergantung  kepada jumlah ice pack yang diguna dan keluasan  bekas sejuk.. Lazimnya lebih besar bekas, lebih banyak ice pack diperlukan.

Bagi ibu yang menghantar anak ke nursery yang keliru bagaimana nak bekalkan susu pada pengasuh kalau susu beku.  Apa yang saya buat  setiap malam saya akan keluarkan stok susu beku yang perlu sahaja dan saya cairkan semalaman di bahagian sejuk iaitu bahagian bawah peti sejuk. Contohnya saya keluarkan susu jam 9 malam( cth hari Ahad). Kalau Iman masih ada susu cair yang belum terusik  saya akan pastikan Iman menyusu susu itu sebelum jam 9 malam (hari Isnin). Sebabnya, susu beku yang dah cair hanya tanya 24jam je. Kalau tak minum terpaksa la buang. Sebab tu perlu ingat dan bajet berapa oz susu anak kita minum sehari untuk elak pembaziran.

Peringatan bagi ibu yang mungkin terlupa!!
  • Susu ibu yang dah cair perlu dihabiskan dalam tempoh 24jam.
  • Susu ibu yag dah dipanaskan, pelu digunakan dalam tempoh 1 jam. Buang kalau tak guna. Sebab bakteria mudah membiak pada suhu bilik.
  • Suhu paling ideal untuk panaskan susu ialah <40C atau suhu badan manusia. Belilah warmer untuk panaskan susu.
  • Sentiasa guna susu ibu perahan paling awal. Amalkan konsep First in First Out!
Susah ke penyusuan susu ibu? kalau dah biasa mudah je yang penting kesungguhan...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...