Tuesday, 29 May 2012

Di manakah susu saya? Tiba-tiba bekalan susu merudum

Sebagai individu yang amat menyokong penyusuan susu ibu, saya sering mendapat pertanyaan dari beberapa orang rakan yang  kebingungan apabila merasakan bahawa bekalan susu mereka  secara tiba-tiba kering. Sebenarnya kebanyakan ibu-ibu boleh merasai  perubahan pada payudara. Apabila susu mula dihasilkan pada minggu selepas kelahiran bayipayudara akan  berasa berat, keras, membesar dan mungkin bengkak. Berbanding bulan yang pertama  badan kita akan mengawal selia bekalan susu yang terhasil untuk memenuhi keperluan bayi kita. Apabila ini berlaku, payudara akan berasa lebih lembut dan ringan melainkan kita mempunyai jarak waktu rehat yang  panjang antara suapan (bayi tidak menyusu dalam tempoh masa yang panjang) Perubahan ini berlaku lebih cepat dengan kehamilan berikutnya.


Sebenarnya, sekiranya hanya melihat pada luaran payudara tidak akan dapat memberi gambaran yang jelas apa yang berlaku di dalam payudara kita. Perkara yang terbaik adalah dengan melihat bayi kita. Adakah bayi  masih menyusu berterusan, konsisten dan kerap? Adakah dia masih menunjukkan tanda-tanda yang dia sudah kenyang? Jika ya, ibu tidak perlu risau dan boleh menikmati hakikat bahawa payudara ibu berasa kembali normal.Walau bagaimanapun, jika bayi ibu  didapati sangat cerewet pada payudara, menangis dan menarik puting, atau tidur di saat menghisap adalah sangat perlu ibu mengenalpasti punca masalah itu

Punca bekalan susu merudum?

Beberapa faktor penyebab susu merudum adalah:
  • Kegagalan bayi melekap pada payudara. (teknik latching) dengan betul semasa penyusuan
  • Kekerapan penyusuan secara terus di payudara adalah kurang
  • Kekerapan mengosongkan payudara adalah kurang
  • Kurang pengambilan air
  • Penggunaan botol susu lebih kerap dari penyusuan terus.
  • Penggunaan pacifier menyebabkan bayi kurang menyusu
  • Menghadkan penyusuan terus pada bayi secara berjadual, susu akan cepat kering.
  • Susu merudum semasa datang bulan
  • Masa tidur yang tidak cukup
  • Kurang pengambilan makanan berkhasiat
  • Kurang rehat
Ada banyak lagi faktor penyebab lain yang mungkin boleh dikenal pasti sebagai punca.

Sekarang ibu semua dah tau faktor-faktor penyebab susu merudum. Sesetengah ibu mengambil vitamin tambahan yang sebenarnya amat membantu proses penyusuan lebih lancar dan untuk satu tempoh yang panjang sekurang-kurang nya 2 tahun.

Kenali "milk booster"terhebat. Sila KLIK












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...