Anak anda berkemungkinan mendapat ekzema jika ada ahli keluarga yang mempunyai masalah ini atau alahan lain. Ekzema bukan hanya berlaku pada kanak-kanak tetapi turut berlaku pada mana-mana peringkat umur. 85% kanak-kanak yang mengidap ekzema ialah lingkungan umur 5 tahun.
Tanda Ekzema:
- kulit kering dan gatal
- ada tompok merah dan kasar pada pipi,celah siku, lutut dan buku lali,kulit kepala dan leher
- pada bayi dipanggil ruam susu yang kadang-kadang boleh di lihat di kulit kepala yang menyerupai ala-ala kelemumur

- alahan susu lembu
- alahan pada wangian sabun dan losyen
- persekitaran yang kotor,berdebu dan bulu haiwan
- Alahan terhadap makanan
Apa yang perlu dilakukan sekiranya anak anda ada ekzema?
- Segera berjumpa doktor
- Pakaikan pakaian dari kain kapas kerana ia adalah gentian semulajadi
- Elak guna sabun dan pelembut yang ada wangian
- Air mandian jgn terlalu panas dan guna pembersih dan losyen pelembap yang tiada wangian
- Bebaskan bilik tidur dan tempat bermain dari permaidani kerana ia memerangkap habuk
- Elakkan bela haiwan kerana bulu nya boleh menyebabkan alahan.
Saya akan sambung lagi cara rawatan yang mungkin boleh membantu anak anda yang menghadapi ekzema di entry akan datang.
No comments:
Post a Comment