Monday, 7 May 2012

Relaktasi?Ingin menyusui kembali tapi susu dah kering??

Sejak beberapa hari nie ada yang bertanya pada saya bolehkah mereka menyusui semula bayi mereka sedangkan mereka dah lama berhenti menyusui bayi?

Jawapannya sudah tentu tetapi perlulah dengan keazaman dan semangat dah set dalam otak "saya pasti mampu menyusui semula bayi saya".  Jadi sekiranya ibu kembali menyusui anak inilah yang dinamakan RELAKTASI atau kembali menyusui. Akibat dari bayi berhenti menyusu inilah yang menyebabkan susu kering.

Persoalan nya MUNGKINKAH sudah berhenti menyusu tapi kemudian menyusu kembali padahal dah berhenti menyusu selama 2 bulan atau lebih..contohnya. Perlu diingatkan sepanjang tempoh "berehat" itu produksi susu dah tentu menjadi sangat berkurang atau langsung terus kering.

Nah.. pada saat ibu timbul keinginan untuk menyusu kembali, seluruh organ yang memproses susu ibu perlulah berada dalam keadaan bersedia sebab ibu dah memilih nak menyusu kembali. Ingat tu.. ibu perlu bersedia!!!


BERAPA LAMA PROSES RELAKTASI TU?

Apabila dah bersedia dari semua aspek perlu diingatkan setiap dari kita mungkin memerlukan masa yang berbeza untuk susu kembali. Ada sesetengah yang hanya memerlukan beberapa hari sahaja untuk susu kembali menjadi optimum. Tetapi sekiranya ibu dah berhenti menyusu terlalu lama proses nya mungkin akan mengambil masa 1-2 minggu untuk produksi susu kembali seperti biasa. Jangan putus asa pulak ye!!!

Usia anak juga mempengaruhi  misalnya susu akan cepat kembali apabila bayi berumur bawah bawah 2 bulan berbanding yang dah berumur lebih 6 bulan. Tapi bukan lah mustahil ye ibu-ibu.

BAGAIMANA NAK RELAKTASI SEMULA?
Memang ada teknik-teknik khusus untuk relaktasi ye.
  1. Melalui alat bantuan seperti pam payu dara
  2. Mengajar kembali anak menyusu semula (direct feed)
Di sini ada tips-tips ye mungkin boleh membantu.
  • Siapkan diri dan perlu kumpul banyak sokongan dari banyak pihak. Relaktasi perlu kesabaran yang sangat-sangatlah tinggi
  • Pengambilan Supplemen yang boleh membantu relaktasi semula.
  • Susu kan anak sekerap yang mungkin dan secara teratur.
  • Pam payudara 8-12 kali
  • Tawarkan kedua-dua payudara semasa bayi menyusu.
  • Lakukan dalam keadaan tenang dan anak dalam keadaan relax. Jangan paksa anak menyusu. Kalau anak menolak ini akan menganggu proses relaktasi. Kalau dipaksa-paksa nanti anak trauma, ibu pulak frust.
  • Sering lakukan "skin to skin contact" dengan cara merebahkan anak di dada ibu. cara ini sangat digalakkan.
  • Pengambilan makanan juga perlu dijaga. ambil makanan yang seimbang dan bernutrisi
Memang masalah relaktasi banyak kita dengar dalam masyarakat kita tapi HARUS diingatkan tiada yang mustahil.
Berdoalah agar niat baik ibu-ibu diperkenankan Allah swt.

Sekiranya anda bercadang untk dapatkan bantuan supplemen bagi proses relaktasi anda di mamaBatrisyia ada penyelesaian nya. Sila -KLIK-

Jika anda berminat nak dapatkan mana-mana SET PENYUSUAN di blog   ini sudi-sudikan hubungi mamaBatrisyia82@gmail.com / Tel:017-6706342 / Add FB Azimah SuĂșt boleh chat secara langsung dengan saya. Sudikan LIKE PAGE Mama Batrisyia e-shoppe ada juga banyak info produk di sana. Sudah pastinya saya pentingkan pelanggan saya. Oleh itu setiap pelanggan Mama Batrisyia akan dapat HARGA YG ISTIMEWA DAN KONSULTASI PERCUMA!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...