Wednesday, 23 May 2012

Manfaat telur untuk kesihatan anak

Telur adalah makanan berprotein tinggi yang mudah dan murah untuk didapati. Untuk memenuhi gizi protein anak, kebanyakan orangtua dulu-dulu  lebih mampu memberikan telur yang harganya jauh lebih rendah dari  daging, ayam atau ikan. Kerana keadaan kewangan yang terbatas, akhirnya orangtua memberikan makanan telur setiap hari kepada anaknya.



Tak perlu khuatir, kerana makan telur setiap hari ternyata bagus untuk anak. Memberikan telur setiap hari untuk anak tidak apa-apa malahan bagus yang penting adalah memberikan variasi. Putih telur mengandungi protein  yang baik. Jadi kalau  setiap hari ada telur yang boleh dipadukan dengan protein  lain seperti ayam dan ikan, misalnya hari ini telur dengan ayam, besok dengan ikan. Namun sebaiknya jangan sering memberi telur yang digoreng, tapi boleh divariasikan dengan membuat telur rebus atau dicampurkan dengan bahan makanan lain misalnya dalam sayur sup, dicampur dengan bahan lain lalu dipanggang atau boleh memasukkan putih telur ketika membuat puding agar-agar untuk anak.

Protein lain yang penting untuk diperolehi adalah protein  seperti dari tauhu, tempe dan juga makanan lengkap dengan lemak sihat seperti dari kekacang. Kandungan gizi dari sebutir telur adalah cukup lengkap kerana mengandungi protein  yang baik, vitamin A, asid amino esensial, vitamin D, vitamin B12 serta zat besi, dan juga kandungan kolesterol di bahagian kuningnya. Jenis makanan karbohidrat yang dipilih seeloknya yang kompleks bagi membolehkan penyerapan yang  perlahan seperti nasi merah atau roti gandum.

Walaubagaimana pun karbohidrat sederhana seperti gula pasir sebaiknya dihindari atau dibatasi kerana penyerapan langsung terus ke  tubuh dan jika terus menerus diberi anak boleh jadi diabetes pada peringkat remaja. Perbanyakkan juga karbohidrat dari buah dan sayuran serta yang berserat seperti dari bijirin oat. Pengambilan buah buahan dan sayur sayuran pelu dilatih supaya anak boleh makan. Untuk  snek, berikan makanan ringan yang sihat, misalnya membuat roti gandum yang ditambah sayuran di dalamnya, membuat kek atau kuih dari oatmeal atau boleh juga memberikan bubur kacang hijau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...